Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Kemajuan untuk Kanak-kanak – UNICEF lancarkan laporan lima tahun terhadap matlamat yang ditetapkan pada Sesi Khas

© UNICEF/HQ06-1391/Pirozzi
Martha (6) dan adik perempuannya kini menetap di pusat jagaan kanak-kanak di luar daerah Cape Town, Afrika Selatan. UNICEF komited di dalam memastikan pihak kerajaan bertanggungjawab terhadap kebajikan kanak-kanak, yang dipersetujui ketika Sesi Khas 2002.

Oleh Elizabeth Kiem

NEW YORK, AS, 10 Disember 2007 – Lima tahun selepas para pemimpin dunia berkumpul di Sesi Khas untuk Kanak-kanak, Persidangan Umum PBB, UNICEF hari ini telah melancarkan laporan ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak: Kajian Semula Statistik Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’.

Laporan ini merupakan laporan penilaian statistik yang paling terperinci yang pernah dilakukan sehingga kini yang mengkaji perkembangan-perkembangan yang telah dicapai di dalam mewujudkan ‘Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’ – iaitu visi yang ditetapkan hasil daripada Sesi Khas yang telah diadakan pada tahun 2002.

Antara hasil yang didapati adalah, ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak’ telah menunjukkan kemajuan yang amat mendadak di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, iaitu ia adalah kurang daripada 10 juta orang kanak-kanak pada tahun 2006, dan ia merupakan kali yang pertama di dalam sejarah.

Laporan ini juga telah mengetengahkan beberapa intervensi yang telah terbukti keberkesanannya terhadap kehidupan kanak-kanak. Contohnya:

  • Pada tahun 2005, lebih daripada empat kali ganda kanak-kanak telah menerima dos berganda vitamin A berbanding dengan tahun 1999
  • Penggunaan kelambu yang telah dirawat dengan racun serangga telah meningkat tiga kali ganda di negara-negara yang sering diancam malaria semenjak tahun 2000
  • Penyusuan badan sepenuhnya kini telah meningkat secara mendadak di kawasan Sub-sahara Afrika sepanjang satu dekad yang lepas – di beberapa buah negara, ianya telah meningkat sebanyak 20 peratus

Kebimbangan terhadap kesihatan, HIV dan AIDS

Dirangka berdasarkan Matlamat Pembangunan Milenium, atau MDG, iaitu fokus utama usaha-usaha bantuan antarabangsa, laporan ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak: Kajian Semula Statistik Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’ mensasarkan empat bidang strategik: menggalakkan kehidupan yang sihat; memberikan pendidikan yang berkualiti;  melindungi kanak-kanak daripada penderaan, eksploitasi dan keganasan; serta membenteras HIV dan AIDS.

Walaupun terdapat berita yang menggalakkan berkenaan kesinambungan kehidupan kanak-kanak, didapati ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak’ tidak menunjukkan sebarang peningkatan terhadap matlamat untuk memperluaskan liputan rawatan untuk penyakit-penyakit utama seperti pneumonia dan malaria.

© UNICEF/HQ06-1391/Pirozzi
Johnson Maisiri, 16, sedang memimpin perbincangan berkumpulan tentang HIV di sekolah menengah yang dibiayai oleh UNICEF di Zimbabwe.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk membenteras HIV dan AIDS kerana bilangan orang yang hidup dengan HIV masih terus meningkat di seluruh dunia. Terutama sekali, kerana hanya 11 peratus daripada wanita-wanita mengandung yang hidup dengan HIV daripada negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana, menerima rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi mereka.

Kemajuan di dalam pendidikan serta cabarannya

Salah satu penemuan yang didapati daripada laporan ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak’ adalah kebanyakan negara hampir mencapai pendidikan primer universal, iaitu bermaksud bilangan kanak-kanak yang tidak menghadiri sekolah rendah telah menurun secara mendadak semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Pendaftaran di sekolah-sekolah rendah telah mencapai lebih daripada 90 peratus di 60 buah negara yang sedang membangun.

Tetapi kadar pendaftaran, walaupun tinggi, tidak menjamin kadar kehadiran yang memuaskan. Di daerah Afrika timur dan selatan, sebagai contohnya, kadar kehadiran adalah 13 peratus kurang daripada pendaftaran.

Data tentang kehadiran pelajar di peringkat sekolah menengah juga turut mengundang kebimbangan. Hanya 60 peratus daripada populasi kanak-kanak yang sepatutnya berada di peringkat sekolah menengah, menghadiri sekolah.

Kemajuan di dalam pengumpulan data

UNICEF juga telah menyokong peningkatan pengumpulan data, iaitu salah satu keutamaan yang telah dikenalpasti ketika Sesi Khas, iaitu untuk mengumpul maklumat bagi ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak’.

Kemajuan pengumpulan data yang dicapai telah dibuktikan sebagai satu faktor yang kritikal di sebalik laporan tersebut. UNICEF juga telah bekerja keras sepanjang sepuluh tahun yang lalu untuk memperbaiki kaji selidik yang dilakukan agar ianya lebih terperinci dari segi teknikal untuk mendapat hasil yang dikehendaki di dalam laporan  ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak’.

Semenjak tahun 1995, hampir 200 Kaji Selidik Pelbagai Penanda Berkumpulan (Multiple Indicator Clusters Survey) yang dimulakan oleh UNICEF telah dilaksanakan di dalam 100 buah negara dan kawasan, dan MICS juga telah dilaksanakan di lebih daripada 50 buah negara pada tahun 2005-06. Disertakan dengan data yang diperolehi daripada Kaji Selidik Kesihatan dan Demografi (DHS) yang disokong oleh USAID, kaji selidik- kaji selidik ini merupakan sumber maklumat MDG utama yang terbesar dan paling terkini didapati.

Maklumat asas untuk perlindungan kanak-kanak

Sebelum pertengahan tahun 1990an, terdapat jurang di dalam pengumpulan data yang telah menyebabkan analisa yang kurang tepat pada beberapa bidang utama – terutama sekali di dalam bidang perlindungan kanak-kanak daripada penderaan, eksploitasi dan keganasan, yang kini telah diperolehi melalui MICS dan DHS.

“Buat pertama kalinya, kita mempunyai maklumat asas terhadap pelbagai jenis isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak, daripada perkahwinan bagi kanak-kanak kepada buruh kanak-kanak dan displin kanak-kanak,” kata Karin Landgren, Ketua Bahagian Perlindungan Kanak-kanak UNICEF.

‘Kemajuan untuk Kanak-kanak: Kajian Semula Statistik Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’ akan menjadi asas bagi perbincangan pakar yang akan diadakan pada minggu ini di Pejabat UNICEF dan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, apabila para advokat remaja dan para pempimpin kerajaan berkumpul daripada seluruh dunia untuk menghadiri acara-acara, panel-panel perbincangan serta forum yang akan membawa kepada sesi-sesi perbincangan Persidangan Umum yang merupakan kemuncak aturcara.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

December 2007:
Wartawan UNICEF, Elizabeth Kiem mempertengahkan isu-isu penting yang terkandung di dalam laporan Kemajuan Kanak-kanak: Penelitian Statistik Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak. 
VIDEO max | min

Penyiaran video berkualiti berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket.

Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.


 


Progress for Children 2007

Laman Multimedia

Laporan (pdf)

Foto esei

Video Max Ι Min

Laman web dan video di dalam Bahasa Inggeris.


Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5

Search:

 Email this article

unite for children