Forum Remaja pemangkin penyediaan mesyuarat PBB 'Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5'
Oleh Chris Niles NEW YORK, AS, 9 Disember 2007 – Lebih kurang 75 orang kanak-kanak dan golongan muda daripada 50 buah Negara telah berkumpul dan bertemu di ibu pejabat UNICEF di New York, sebagai persediaan untuk sesi hak kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada minggu ini. Mesyuarat Persidangan umum ini bertujuan untuk menilai kemajuan terhadap ‘Dunia yang Bersesuaian untuk Kanak-kanak’, iaitu pelan tindakan yang telah dipersetujui oleh negara-negara PBB ketika penutup Sesi Khas untuk Kanak-kanak Persidangan Umum tahun 2002. ‘Anda boleh membawa perubahan’ “Lima tahun semenjak 2002, kita masih mempunyai perjalanan yang jauh di dalam kemajuan dan juga pengalaman untuk mewujudkan dunia yang bersesuaian untuk kanak-kanak,” kata Penasihat UNICEF bagi Perkembangan Remaja, Victor Karunan ketika berlangsungnya Forum Remaja.“Cabarannya kini berada di tangan anda. Anda boleh melakukan perubahan,” kata beliau, pada masa yang sama menggalakkan kanak-kanak agar lebih berani di dalam berkongsi idea mereka dengan orang-orang dewasa pada sesi-sesi mesyuarat dan perbincangan yang akan datang.
“Kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara. Kita perlukan anda semua untuk menjadikannya suatu realiti,” tambah Bill Bell, ketua bahagian Perlindungan Kanak-kanak di “Save the Children UK”. Kemajuan serta harapan yang tinggi Dua puluh orang kanak-kanak dan golongan muda telah dipilih sebagai delegasi remaja rasmi untuk menghadiri mesyuarat PBB. Dua daripada mereka telah dipilih untuk memberi ucapan pada Persidangan Umum yang akan berlangsung iaitu seorang ketika upacara pembukaan dan seorang lagi pada upacara penutup.Sesi-sesi perbincangan ini akan berlangsung secara serentak dengan pelancaran laporan lima tahun UNICEF terhadap matlamat-matlamat yang telah ditetapkan pada Sesi Khas untuk Kanak-kanak pada tahun 2002. ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak: Kajian Semula Statistik untuk Lima Tahun’ telah mendapati terdapatnya kemajuan-kemajuan penting di dalam pendaftaran kanak-kanak di sekolah dan juga terhadap kesinambungan kehidupan kanak-kanak, tetapi cabaran-cabaran masih tetap wujud di dalam lain-lain bidang seperti bidang kesihatan dan pencegahan HIV. “Saya rasa amat seronok,” kata Galaletsang Matlhaga, 22 tahun, daripada Botswana. “Kita akan berbicara tentang sesuatu yang penting buat kita semua, dan kita berada di sini untuk mencapai satu matlamat – dan matlamat tersebut adalah untuk mencapai dunia yang lebih baik untuk semua kanak-kanak.” Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Video December 2007: Penyiaran video berkualiti berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket. Laporan video di dalam Bahasa Inggeris.
Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5 Progress for Children 2007 |