Pusat Remaja PROSTAR dapat sokongan Manchester United
Oleh Indra Nadchatram KUALA LUMPUR, 30 November 2007 – Pusat Remaja PROSTAR Malaysia yang telah disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bansga Bersatu (UNICEF) yang terletak di utara semenanjung Malaysia, iaitu di negeri Kedah dan Perlis kini mendapat sokongan daripada salah sebuah persatuan bola sepak yang terkenal di dunia, Manchester United FC. Kelab ini telah mendapat sokongan populariti yang semakin meningkat di Malaysia dan juga di seluruh dunia, baru-baru ini telah menyumbang sebanyak and RM 500,000 (US$ 150,000) kepada UNICEF melalui perkognsian yang dikenali sebagai Bersatu untuk UNICEF yang menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan HIV melalui enam buah pusat remaja PROSTAR di Kedah dan sebuah lagi di Perlis. Sumbangan ini telah diumumkan oleh UNICEF ketika berlangsungnya Forum Remaja bersempena dengan Hari AIDS Sedunia 2007 dan Persidangan AIDS Kebangsaan yang Pertama. Penghargaan yang telah diberikan kepada program Pusat Remaja ini dari seluruh dunia telah diulangi sekali lagi dengan pelancaran buku “AmalanTerbaik bagi Pendidikan Rakan Sebaya Remaja terhadap Pencegahan HIV/AIDS di Malaysia” oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Haji Ramlee bin Haji Rahmat dan Penasihat bagi AIDS UNICEF Rantau Asia Timur dan Pasifik, Cik Wing-Sie Cheng di upacara Pembukaan Forum Remaja. Program Pusat Remaja PROSTAR ini adalah antara insiatif pendidikan dan pencegahan bagi remaja yang paling berjaya dipaparkan di dalam buku tersebut. Kota janji pada kanak-kanak Di dalam kenyataan yang ditujukan kepada UNICEF, pemain bola sepak terkenal Manchester United, Christiano Ronaldo telah memanggil semua sektor di dalam masyarakat agar mengambil tindakan bersatu di dalam tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda daripada kemudaratan HIV. Sebagai tambahan, Ronaldo juga telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik bagi tahun 2007 dan juga Pemain Muda Terbaik bagi tahun 2007 oleh Persatuan Bola Sepak Profesional yang telah merekodkan pengumuman perkhidmatan umum (PPA) khas untuk remaja di Malaysia sebagai tanda sokongan beliau terhadap kempen UNICEF, Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS. PPA ini akan disiarkan oleh TV ASTRO bermula pada 1 Disember ini. Seperti mana-mana tempat di seluruh dunia ini, golongan muda di Malaysia menyumbang kepada peningkatan bilangan jangkitan HIV setiap tahun. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2006, lebih daripada satu per tiga daripada jangkitan HIV di Malaysia adalah di kalangan golongan muda yang berumur di antara 13 sehingga 29 tahun. Ini disebabkan oleh sikap tidak mahu diuji dan juga masa yang diambil untuk tanda-tanda penyakit ini dapat dilihat, kebanyakan remaja yang dikenalpasti telah dijangkiti HIV sebelum mencapai umur 30 tahun berkemungkinan besar telah dijangkiti ketika berumur di awal dua puluhan dan kadangkala ketika di peringkat awal remaja. “Persekitaran yang didiami oleh mereka sememangnya banyak mempengaruhi kelakuan mereka. Golongan muda yang telah melalui pengalaman kehidupan keluarga yang tidak stabil, yang mengamalkan kelakuan yang berisiko, dan mempunyai rakan-rakan sebaya yang negatif, adalah lebih cenderung untuk melakukan seks lebih awal dan sebelum mendirikan rumahtangga”, kata Dato’ Dr. Haji Ramlee bin Haji Rahmat. “Mereka yang berisiko khususnya adalah remaja jalanan, anak-anak yatim piatu dan remaja yang terbiar”. Guna bahasa yang sesuai bila berbicara dengan remaja Menurut Cik Wing-Sie Cheng, kita perlu berusaha untuk mencapai golongan muda dengan menggunakan bahasa serta platform yang memberi motivasi dan inspirasi kepada mereka. “Pengalaman UNICEF diperingkat global telah menunjukkan bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk memberikan mesej pencegahan HIV kepada remaja adalah melalui remaja itu sendiri. Oleh itu kami percaya dengan menggunakan PPA dariapda selebriti remaja seperti Ronaldo adalah penting bagi kami untuk bekerja dengan golongan muda,” terang beliau. “Apabila mesej yang diberikan itu datang daripada seorang yang dipercayai seperti Ronaldo, ia akan kekal dengan lebih lama di kalangan golongan muda, di mana mereka boleh melakukan perkara yang sama di dalam hidup mereka.” Forum UNICEF yang berlangsung selama satu hari ini telah berjaya mengumpul seratus orang remaja yang berumur di antara 16 sehingga 24 tahun daripada seluruh negara di bawah tema “Meraikan Tindakan Kepimpinan Remaja”. Para pemimpin remaja ini, yang mewakili sepuluh buah organisasi yang terlibat dengan HIV dan AIDS, mereka telah berdebat, mencari jalan penyelesaian dan beriltizam dan berjanji untuk mengubah hala tujuan epidemik ini di Malaysia. Selebriti tempatan seperti Rina Omar dan Xandria Ooi juga telah menghadiri Forum ini sebagai tanda sokongan mereka, manakala para pendidik rakan sebaya daripada AISEC Malaysia telah mengendalikan perbincangan-perbincangan yang diadakan untuk memajukan agenda HIV dan AIDS bagi golongan muda untuk tindakan. “Memberikan peluang kepada golongan muda untuk menunjukkan kepimpinan mereka adalah amat kritikal. Apabila kita melibatkan golongan muda, kita pelajari tentang keperluan mereka, dan bersama kita boleh mencari jalan penyelesaian”, tambah Cik Cheng. “Golongan muda sememangnya inovatif. Mereka mempunyai tenaga, motivasi dan komitmen untuk membolehkan semua ini berlaku.” TAMAT FORUM REMAJA UNICEF Badan-badan organisasi yang telah menghantar wakil pada Forum ini adalah:1. AIESEC Malaysia 2. BRATS, The Star 3. Pertubuhan Persekutuan Perancangan Keluarga Malaysia 4. Pertubuhan Perkhidmatan Sokongan Kuala Lumpur 5. Persatuan Bulkan Sabit Merah Malaysia 6. Pusat Remaja PROSTAR 7. Yayasan PT 8. Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia 9. Universiti Teknologi MARA 10. Yayasan Remaja Sedunia 11. Kelas Pencapaian Muda, Yayasan Televisyen Kanak-kanak Malaysia Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Persidangan AIDS Nasional Pertama Hari AIDS Sedunia 2007 Berita berkaitan 1 December 2007: 30 November 2007: 22 November 2006: Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS Menentang HIV/AIDS di Malaysia |