Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Anak gadis dan wanita rai Pertandingan Futsal Wanita 3R 2007

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah mendapat maklumat mengenai kempen "Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS" ketika pelancaran pertandingan futsal bagi Peringkat Zon Selatan di Johor Bahru.

oleh Indra Nadchatram

JOHOR BAHRU, 17 November 2007 – Lebih kurang 300 orang wanita serta anak-anak gadis di sekitar kawasan selatan Semenanjung Malaysia telah bersama-sama meraikan kehidupan pada hari ini dan menyertai Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF peringkat Selatan, yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, permaisuri kepada Raja Muda Johor.

Dianjurkan oleh program TV inovatif, 3R (Respek, Relaks & Respon) dan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), acara Hari AIDS Sedunia 2007 ini telah direka untuk memperkasa golongan remaja perempuan dan wanita untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui penglibatan diri di dalam sukan.

Lebih dari satu per tiga mereka yang hidup dengan HIV di seluruh dunia berada di bawah lingkungan umur 25 tahun, dan hampir dua per tiga daripada mereka adalah wanita. Di Malaysia, bilangan wanita dan anak-anak gadis yang dilaporkan telah dijangkiti HIV telah meningkat secara mendadak semenjak sepuluh tahun yang lepas. Pada tahun 1990, bagi setiap 83 buah kes-kes yang telah dilaporkan, hanya satu adalah wanita. Menjelang tahun 2006 bilangan tersebut telah meningkat kepada satu daripada tujuh kes yang dilaporkan.   

Eratkan wanita dan anak gadis

Ketika memberikan ucapan di pelancaran pertandingan tersebut, Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah telah menekankan kepetingan untuk mewujudkan persaudaraan di kalangan wanita dan anak-anak gadis agar mereka dapat membantu dan memberi sokongan di antara satu sama lain.

“Apa yang paling penting adalah untuk memberikan wanita dan anak-anak gadis maklumat yang tepat mengenai HIV kerana tiadanya pengetahuan hanya akan membawa kepada meningkatnya statistik mereka yang telah dijangkiti. Tetapi dengan kesedaran dan pendidikan, kita boleh mengurangkan bilangan kes-kes HIV di kalangan wanita dan anak-anak gadis”, titah baginda.

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Peserta-peserta memulakan acara "Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF" di Johor Bahru.

Pertandingan ini juga telah mengetengahkan kempen UNICEF “Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS” yang menyeru setiap peringkat masyarakat di seluruh dunia agar bersatu di dalam meletakkan penjagaan dan perlindungan untuk kanak-kanak, remaja dan anak-anak muda di tengah-tengah agenda HIV dan AIDS.

Bersempena dengan kempen ini, 3R dan UNICEF akan menyalurkan segala sumbangan yang diraih melalui pembayaran pendaftaran pertandingan peringkat akhir kawasan selatan kepada “Intan Lifezone”, sebuah NGO tempatan di Johor yang memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan wanita yang telah dijangkiti oleh HIV dan AIDS.

“Kini semakin hari wajah yang dilihat yang dijangkiti HIV adalah terdiri daripada mereka yang muda dan terdedah, lebih-lebih lagi anak-anak gadis. Anak gadis seringkali berada di risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh HIV berbanding dengan remaja lelaki. Ini merupakan Ini mungkin kerana anak-anak gadis lebih senang dipengaruhi dan dipaksa untuk melakukan seks dan tidak dapat mengawal dengan siapa, bila dan bagaimana mereka melakukan seks,” kata Rafidah Abdullah, salah seorang pengacara program 3R dan Duta Muhibbah UNICEF.

Tambah Kartini Kamalul Ariffin, rakan pengacara dan juga Duta Muhibbah UNICEF, “Tambahan pula, tanggapan-tanggapan sosial terhadap seks dan pendidikan seks mungkin juga menjadikannya agak sukar bagi anak-anak gadis untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan untuk melindungi diri mereka daripada virus tersebut”.

Memperkasa anak gadis melalui pendidikan dan sukan

UNICEF dan 3R percaya bahawa kunci untuk membalikkan epidemik HIV dan AIDS di Malaysia adalah dengan memperkasa wanita dan anak-anak gadis untuk melindungi diri mereka dan keluarga mereka. Sukan merupakan satu platform untuk membantu anak-anak gadis membina keyakinan diri dan kesedaran diri kerana ia mengajar mereka integriti dan juga pengurusan diri dengan meletakkan objektif piawai yang boleh diusahakan oleh mereka agar ianya tercapai. Sukan juga membantu anak-anak gadis mengenali siapa diri mereka sendiri serta pada masa yang sama dapat memajukan kemahiran kepimpinan mereka. .

Lebih kurang tiga puluh buah pasukan telah mendaftarkan diri untuk pertandingan ini, termasuklah enam buah pasukan untuk kategori sekolah. Pasukan-pasukan ini akan bertanding untuk memenagi hadiah wang tunai sebanyak RM1,200, serta piala kejuaraan. Ini merupakan tahun ke empat 3R telah menganjurkan pertandingan ini (dan yang kedua bagi UNICEF, di mana ianya telah direkodkan sebagai bilangan pasukan wanita yang teramai telah direkodkan di dalam mana-mana pertandingan futsal di Malaysia tiga tahun berturut-turut.

Selain daripada perlawanan futsal, para peserta di pertandingan tersebut juga telah dihiburkan oleh Dina, iaitu finalis Malaysian Idol sementara pasukan sorak Convent Johor pula telah hadir untuk memberikan sokongan bersemangat mereka kepada para pemain futsal. 

Program Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF2007 ini telah disokong oleh Persatuan Bola Sepak Manchester United melalui kerjasama dengan UNICEF yang dikenali sebagai “United for UNICEF”. Pertandingan-pertandingan peringkat akhir akan berlangsung di Pulau Pinang (24 November) dan di Kuala Lumpur (2 Disember).

Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana untuk menyertai ataupun mendaftar, sila hubungi Becky di talian 014 332 4084, atau Kartini di talian 019 764 0081 atau sila layari http://www.3r.com.my/ untuk mendaftar online.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

3R - UNICEF Futsal Wanita 2007

Hari AIDS Sedunia 2007

1 Disember 2007
Kepimpinan
Hentikan AIDS – Tunaikan janji

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Berita WAD 2007

Bersatu untuk UNICEF

Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children