Man U memberi sokongan kepada 3R-UNICEF Futsal Wanita 2007
KUALA LUMPUR, 5 November 2007 – Kelab Bola Sepak Manchester, adalah salah satu kelab bola sepak yang paling popular di seluruh dunia, telah bersetuju untuk memberi sokongan terhadap program untuk anak-anak gadis di bawah kempen 3R-UNICEF All Women’s Futsal Playoffs 2007, kempen ini diadakan bersempena Hari AIDS Sedunia sebagai sokongan terhadap kempen global UNICEF iaitu “Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS". “Manchester United amat berbesar hati kerana dapat memberi sokongan kepada program - program UNICEF di dalam membentuk golongan muda di Malaysia. Kami berharap usaha kami ini dapat menggalakkan lebih ramai lagi anak-anak gadis melibatkan diri di dalam sukan, untuk mengekalkan kesihatan, dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang HIV dan AIDS, dan juga pada masa yang sama dapat melindungi diri mereka sendiri,” kata Pengarah Bahagian Komunikasi Manchester United FC, Phil Townsend. Melalui perkongsian dan kerjasama dengan UNICEF iaitu , ‘Bersatu untuk UNICEF’, Manchester United akan menyokong pertandingan futsal di peringkat sekolah bagi kategori perempuan di bawah umur 18 tahun beserta bengkel-bengkel pendidikan di pelbagai sekolah-sekolah perempuan peringkat menengah di negeri-negeri Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di antara bulan November 2007 sehingga bulan Januari 2008. “Kami memang amat gembira apabila Manchester United telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada pertandingan ini. Ia memberikan mesej yang kuat kepada anak-anak gadis dan wanita bahawa galakan yang sama diberikan kepada mereka seperti yang diberikan kepada golongan lelaki untuk bermain sukan seperti bola sepak,” kata Kartini Ariffin, iaitu Duta Muhibbah UNICEF dan juga pengacara program TV, 3R. “Futsal mempunjyai kuasa yang amat menakjubkan. Ia membantu anak-anak gadis ini bergembira dan menjaga kesihatan mereka serta pada yang sama memberi mereka ruang untuk mengembangkan kepimpinan diri serta mengenali diri mereka sendiri.” Futsal telah dicipa di Uruguay pada tahun 1930, ia merupakan versi bola sepak yang hanya memerlukan lima orang pemain di dalam satu pasukan dan ia dimain di luar padang ataupun di dalam padang yang tertutup di atas gelanggang yang berukuran sama dengan gelanggang bola keranjang. Pada asalnya ia dikembangkan untuk pertandingan remaja di YMCA, namun begitu sukan jenis ini telah menjadi popular dan kini dikendalikan oleh FIFA, iaitu Federation International de Football Association. Permainan yang semakin popular ini dimainkan di dalam lebih daripada 120 buah negara di seluruh dunia dan kini berkemungkinan besar akan dipertandingkan di dalam Olimpik pada tahun 2008 nanti. Raikan wanita dan anak-anak gadis Acara pertandingan 3R-UNICEF All Women’s Futsal Playoffs ini dikendalikan oleh UNICEF dan program TV 3R (Respek, Relaks, Respons) buat kali keduanya untuk wanita dan anak-anak gadis, dan memperkasa mereka agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui sukan. Lebih daripada 500 orang anak-anak gadis dan wanita yang berumur 13 sehingga 50 tahun mengambi bahagian melalui 72 buah pasukan untuk acara yang telah diadakan pada tahun 2006. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Disember 2006, kadar bilangan wanita yang telah dilaporkan dijangkiti HIV di Malaysia telah meningkat secara mendadak dalam masa sepuluh tahun yang lepas. Pada tahun 1995, wanita dan anak-anak gadis hanya menyumbang sebanyak 4% daripada kes-kes baru yang dilaporkan pada tahun tersebut. Bilangan tersebut telah meningkat tiga kali ganda menjelang akhir tahun 2006, dengan seorang wanita atau anak-anak gadis dilaporkan dijangkiti bagi tujuh kes-kes baru yang dilaporkan. Penasihat Serantau UNICEF bagi Asia Timur dan Pasifik untuk AIDS, Cik Wing-Sie Cheng percaya bahawa setiap usaha mesti dilakukan untuk mencapai lebih ramai anak-anak gadis sekiranya kita ingin melindungi mereka daripada HIV. “Program pencegahan mesti mengambil kira keperluan-keperluan khusus anak-anak gadis dan mengapa mereka terdedah kepada HIV. Sukan merupakan satu platform untuk mengubah norma-norma gender, dan memperkasa anak-anak gadis ini dengan pengetahuan dan keyakinan agar mereka dapat membuat pilihan-pilihan yang positif dan sihat bagi diri mereka sendiri,” tambah Cik Cheng. Pengalaman UNICEF di peringkat global telah menunjukkan bahawa sukan menyediakan persekitaran yang selamat serta terdapat sokongan untuk anak-anak gadis di dalam masyarakat mereka. Sukan bukan sahaja mengajar golongan muda tentang kemahiran hidup yang penting seperti kemahiran di dalam berkomunikasi dan perbincangan, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai saluran untuk memberikan maklumat yang penting tentang kesihatan reproduktif dan HIV/AIDS. Di Malaysia, UNICEF telah bekerja bersama pembimbing rakan sebaya daripada AIESEC dan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk memberikan pendidikan terhadap HIV dan AIDS setiap bulan kepada pemain-pemain bola sepak muda melalui program “First Touch Football”. Pendidikan HIV dan AIDS melalui sesi-sesi ini telah diberikan melalui permainan dan juga lakonan yang diadakan di luar dan juga di padang bola. sepak. Di bawah acara pertandingan 3R-UNICEF All Women’s Futsal Playoffs 2007, para pendidik rakan sebaya AIESEC akan berganding bersama-sama Kartini dan rakan-rakan pengacara program TV 3R yang lain yang juga merupakan Duta Muhibbah UNICEF Malaysia, Celina Khor dan Rafidah Abdullah untuk mengendalikan bengkel-bengkel pendidikan HIV untuk 500 orang pelajar-pelajar perempuan daripada sekolah-sekolah menengah. Bengkel-bengkel ini akan diadakan di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan ia akan menggunakan pelbagai kenis konsep pengajaran untuk menjadikan pendidikan HIV menarik dan seronok. Panggilan untuk semua wanita dan anak-anak gadis Kemuncak utama acara pertandingan 3R-UNICEF All Women’s Futsal Playoffs 2007 ialah semestinya pertandingan futsal itu sendiri di mana ia akan mencapai seramai wanita dan anak-anak gadis dari seluruh negara dengan tiga pertandingan akhir yang akan didakan di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Setiap pertandingan ini akan mempunyai kedua-dua kategori terbuka dan peringkat sekolah di mana setiap pasukan akan bertanding di antara satu sama lain untuk trofi pertandingan serta wang tunai RM 1,500 (kategori terbuka) dan RM 1,000 (kategori sekolah). Hadiah-hadiah juga akan diberikan kepada pemenang kedua, ketiga dan keempat. Jadual dan pendaftaran dan tarikh tutup pertandingan ini adalah seperti berikut:
“Kami berharap lebih ramai wanita dan anak-anak gadis dapat menyertai pertandingan ini pada tahun ini – samada sebagai pemain ataupun penyokong. Usaha menentang HIV dan AIDS memang amat penting bagi kami. Pertandingan futsal ini adalah salah satu cara untuk berseronok, belajar dan untuk semua wanita dan anak-anak gadis dapat bersatu menentang AIDS bagi kanak-kanak dan golongan muda,” tegas Celina, Kartini dan Rafidah. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana anda dapat melibatkan diri dan mendaftar, slia hubungi Kartini di talian 019 764 0081. .................................................................................... Tentang Bersatu untuk UNICEF Manchester United merupakan kelab bola sepak yang pertama yang telah mengambil untuk bergandingan bahu bersama UNICEF di dalam arena bola sepak. United for UNICEF (Bersatu untuk UNICEF) telah dilancarkan pada tahun 1999 dan merupakan kerjasama yang paling lama di antara kelab bola sepak Utama dengan satu badan organisasi global. Sehingga kini, kelas ini telah berjaya meraih sumbangan sebanyak £2 juta dan telah membantu lebih daripada 1.5 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia. Manchester United merupakan rakan kongsi korporat yang pertama UNICEF di dalam menyokonga kempen AIDS UNICEF, Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS. Untuk pertanyaan media sila hubungi: Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
3R - UNICEF Futsal Wanita 2007 Hari AIDS Sedunia 2007 Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS Berita 4 Mac 2008: 17 November 2007: 10 November 2007: 5 November 2007: 6 Mei 2007: 20 Mei 2007: 8 Januari 2007: 22 Mei 2006: * Berita di dalam Bahasa Inggeris.
Menentang HIV/AIDS di Malaysia |