Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF lantik jurucakap rasmi bagi isu keganasan terhadap kanak-kanak, manakala laporan PBB menunjukkan tanda harapan

© UNICEF/2007/Toutounji
Pengarah Eksekutif UNICEF Ann M. Veneman (kanan) mengalu-alukan kedatangan jurucakap rasmi UNICEF bagi isu keganasan terhadap kanak-kanak, iaitu, Sarah Jones.

Oleh Chris Niles

NEW YORK, AS, 19 Oktober 2007 –Maklumat terkini yang dibentangkan ketika Persidangan Umum PBB yang berlangsung pada hari ini telah menunjukkan kemajuan di dalam usaha-usaha untuk mencapai pemansuhan beberapa jenis keganasan yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Laporan ini dibentangkan ketika UNICEF telah melantik seorang aktres yang telah memenangi Anugerah Tony, iaitu Sarah Jones sebagai jurucakap rasmi bagi isu-isu keganasan terhadap kanak-kanak.

Menurut laporan ini, kadar perdagangan haram kanak-kanak, eksploitasi seksual secara komersil, keganasan di dalam persekitaran, pendidikan dan beberapa jenis buruh kanak-kanak telah menunjukkan perubahan yang lebih baik– ia telah dibentangkan ketika berlangsungnya Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada hari ini untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan kajian Setiausaha Agung terhadap keganasan kanak-kanak setahun yang lalu.

Menurut laporan yang baru ini, kemajuan juga boleh didapati pada 12 usulan-usulan yang dibuat melalui kajian pada tahun 2006, termasuklah reformasi undang-undang; latihan untuk ahli profesional yang mengendalikan kanak-kanak yang telah menghadapi keganasan; kempen kesedaran orang awam; dan tanggungjawab.

Laporan ini juga mencadangkan agar masyarakat antarabangsa dapat bergerak untuk mewujudkan persekitaran yang memberi laluan kepada perubahan sosial, dimana ianya mendapat sokongan politik dari semua peringkat. Ia juga menekankan bahawa kerjasama yang melibatkan kanak-kanak dan golongan muda di dalam proses ini adalah amat penting.

‘Hentikan keganasan terhadap kanak-kanak’

“Kita semua mestilah bersatu, tidak kira samada latar belakang sosial, ekonomi dan budaya kita adalah berlainan, untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak,” kata Cik Jones.

Untuk menandakan pelancaran maklumat terkini kajian terhadap keganasan tersebut, lebih kurang 1,000 buah badan-badan organisasi bukan kerajaan daripada 134 buah negara telah memanggil agar tindakan diambil terhadap isu ini di PBB. Cik Jones, pemenang Anugerah Tony, telah mempersembahkan sebuah pementasan yang telah ditulis oleh beliau untuk menarik perhatian orang ramai kepada isu ini.

Di dalam pementasan tersebut – seperti mana produksi Broadway beliau yang terkenal, ‘Bridge and Tunnel’ – Cik. Jones telah melakonkan beberapa watak yang berlainan. Di dalam pementasan ini, setiap satu watak yang dibawanya memberi pandangan yang berlainan tentang keganasan terhadap kanak-kanak

Harapan untuk kemajuan

“Ia memberikan beberapa pandangan alternatif – bukan sahaja melihat kisah di dalam berita atau membaca statistik tetapi melihat dan mendengar dengan sendiri suara serta wajah yang terlibat,” kata Cik. Jones, merujuk kepada usaha-usaha beliau untuk meningkatkan kesedaran orang ramai melalui persembahan beliau. “Ia membawa kesan yang lebih mendalam,” tambah beliau lagi.

“Saya memang amat berharap agar kemajuan secara umumnya boleh dicapai di dalam isu keganasan terhadap kanak-kanak,” Cik. Jones meneruskan. “Salah satu perkara yang memberi saya harapan, secara ironiknya, ialah ia merupakan suatu yang memberi kesan kepada kita semua di seluruh dunia. Tidak kira di mana anda berada, keganasan terhadap kanak-kanak merupakan satu fakta di dalam kehidupan seharian kita.”

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children