Setiausaha Agung PBB menjadi Pengerusi majlis ‘Stand up against Poverty’
Oleh Anwulika Okafor NEW YORK, AS, 17 Oktober 2007 – Beratus-ratus orang berkumpul di hadapan ibu pejabat PBB di New York hari ini bersama-sama dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon untuk menandakan ulangtahun ke-20, Hari Antarabangsa untuk Membasmi Kemiskinan, dan “Stand Up against Poverty 2007”. “Stand Up against Poverty” adalah satu tindakan global yang dilaksanakan selama 24 jam dengan tujuan untuk memberi suara kepada penduduk yang paling terpinggir dan terdedah kepada pelbagai risiko, serta pada masa yang sama memberi peringatan kepada para pemimpin dunia tentang komitmen mereka terhadap inisiatif-inisiatif untuk membasmi kemiskinan dan Matlamat Pembangunan Milenium. Pada tahun lepas, lebih daripada 23 juta orang daripada 87 buah negara telah mengambil bahagian di dalam lebih daripada 11,000 buah acara-acara di bawah kempen “Stand Up”. ‘Perkongsian dan kerjasama untuk mencapai kemajuan’ “Kita mesti melipat gandakan usaha-usaha kita serta pada masa yang sama membina perkongsian dan kerjasama yang ikhlas untuk mencapai kemajuan, iaitu perkongsian di antara negara-negara yang kaya dan miskin,” kata En. Ban. “Sebab itulah kita pada hari ini, berganding bahu di dalam usaha-usaha kita bersama-sama dengan mereka yang hidup di dalam kemiskinan – usaha yang menyatukan badan-badan organisasi sivil, sektor swasta dan individu-individu dari serata dunia.”Dihadiri oleh duta-duta dan delegasi-gelegasi remaja, acara PBB pada hari ini yang dianjurkan bersama-sama “International Movement ATD Fourth World”, iaitu sebuah badan organisasi bukan kerajaan yang berdedikasi di dalam membasmi kemiskinan. Mengingati MDG Kempen “Stand Up against Poverty 2007” mengingatkan kita kepada Matlamat Pembangunan Milenium serta beberapa objektif global – termasuklah pembasmian kemiskinan – yang telah dipersetujui oleh 189 buah ahli-ahli PBB pada tahun 2000.Pengisytiharan Milenium yang telah ditandatangani oleh semua ahli, mengikut petikan yang diambil: “Kita tidak akan mensia-siakan sebarang usaha kita untuk membebaskan rakyat kita, wanita dan kanak-kanak daripada keadaan yang daif disebabkan oleh kemiskinan, di mana lebih daripada sejuta bilion orang kini menghadapinya setiap hari. Kita berkomited di dalam memastikan hak untuk mencapai kemajuan dapat dijadikan suatu realiti untuk semua orang dimana ia akan membebaskan seluruh manusia daripada menginginkannya.” Masih terdapat banyak kemajuan di dalam mencapai matlamat-matlamat ini, tetapi bilangan penduduk yang masih hidup di dalam kemiskinan masih kekal – walaupun MDG yang pertama memanggil tindakan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada setengah menjelang tahun 2015. Tahun ini menandakan kita sudah pun mencapai separuh daripada masa yang diberikan oleh MDG, pihak penganjur kempen “Stand Up against Poverty” percaya bahawa sekarang merupakan masa untuk membuat advokasi bagi mendapatkan komitmen di peringkat global untuk mengurangkan kemiskinan. Sebelum En. Ban mengundurkan diri daripada majlis hari ini, beliau telah memimpin orang ramai ketika beliau membaca ikrar “Stand Up against Poverty” iaitu: “Pada hari ni dan setiap hari, kita akan berdiri dan bersuara menentang kemiskinan. Kita mewakili berjuta-juta suara yang bersatu dan bersama-sama untuk berkata: Pegang kepada janji, hentikan kemiskinan sekarang!” Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Hari Makanan Sedunia 2007 Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |