Persidangan “Women Deliver" menyediakan landasan untuk memulakan tindakan global terhadap kadar kematian wanita mengandung
NEW YORK, AS, 17 Oktober 2007 – Setiap minit setiap hari, seorang wanita meninggal dunia ketika mengandung atau ketika melahirkan anak, kebanyakannya berlaku di negara-negara yang sedang membangun. Kematian wanita-wanita ini bukan kerana masyarakat antarabangsa tidak mempunyai keupayaan untuk menyelamatkan mereka, tetapi kerana mereka tidak mempunyai semangat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri. Persidangan “The Women Deliver”, yang akan bermula tiga hari selepas perbincangan yang akan diadakan di London pada keesokan hari, akan mengubahnya. Dengan menyatukan badan-badan antarabangsa dan negara-negara utama dari seluruh dunia di bawah satu tema, ‘Melabur untuk wanita – ia membawa pulangan yang tinggi’, bengkel global yang pertama sekali diadakan akan membincangkan:
Ketidaksamaan yang wujud di seluruh dunia Persidangan ini bermatlamat, pada masa yang sama menekankan ketidaksamaan yang berlaku pada kadar kematian ibu mengandung di seluruh dunia. Kunci utama untuk mencapai MDG (Matlamat Pembangunan Milenium) Statistik yang ditunjukkan amat ketara – bukan sahaja wanita-wanita ini patut menerima sesuatu yang lebih baik, tetapi keupayaan mereka untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan sejahtera merupakan kunci utama di dalam mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG), seperti meningkatkan kesihatan kanak-kanak dan menurunkan kadar kemiskinan (sebagai tambahan kepada MDG5, yang memanggil tindakan untuk menurunkan kadar kematian ibu mengandung kepada tiga perempat, menjelang tahun 2015). Ini kerana kematian seorang ibu muda ketika melahirkan anak akan membawa kepada kesan-kesan negatif seperti:
“Women Deliver” bertujuan untuk menyakinkan masyarakat sednuia bahawa kesihatan wanita, ibu-ibu dan bayi-bayi adalah penting kepada kesihatan dan pembangunan semua negara. Dengan peningkatan pelaburan kewangan dan komitmen di peringkat politik, boleh menjamin kesinambungan kehidupan dan kesihatan kebanyakan wanita dan bayi agar keluarga, masyarakat dan negara dapat maju dan membangun dengan sejahtera. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Wanita bersalin Pautan berkaitan MDG 5: Mengurangkan kadar kematian ibu mengandung* Malaysia: Kesihatan ibu mengandung & bayi yang dikandung * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |