Hak terhadap makanan
PENASIHAT MEDIA KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2007 – Walaupun Pengisytiharan Hak Kemanusiaan pada tahun 1948 telah mengenalpasti makanan sebagai salah satu hak manusia, tetapi untuk memastikan terdapatnya makanan yang berterusan seringkali melanda sekurang-kurangnya satu pertujuh daripada populasi dunia, termasuklah 146 juta orang kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun daripada negara-negara yang sedang membangun. Kebuluran bukan seperti lain-lain masalah sosial; ia merupakan satu-satunya ancaman yang paling asas terhadap kewujudan manusia. Bersama dengan malnutrisi yang kronik, kebuluran menyumbang lebih dari separuh daripada semua kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang berjangkit di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun. Cabaran yang wujud terhadap kebuluran dan kemiskinan, kesihatan, populasi dan alam sekitar adalah merupakan perkara yang yang boleh menyebabkan kematian ataupun membantu kehidupan kepada berjuta-juta orang manusia. Kebuluran mengancam kehidupan, kesihatan, dan fungsi-fungsi kognitif. Kebuluran boleh membawa maut. Kebuluran, dalam erti kata lain, adalah merupakan satu isu untuk kewujudan manusia dan juga merupakan isu moral untuk masyarakat. Kebuluran juga merupakan ancaman utama kepada keselamatan dan keamanan untuk kita semua, masa kini dan juga masa hadapan. Kebanyakan kematian dan kesengsaraan yang dilalui oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki adalah disebabkan oleh kebuluran dan malnutrisi serta kekurangan zat-zat berkhasiat merupakan sesuatu yang boleh dicegah. UNICEF percaya bahawa penyelesaian untuk masalah ini boleh didapati. Kita tahu apa yang perlu kita lakukan sekarang. Hak terhadap makanan – ini merupakan tema bagi Hari Makanan Sedunia, yang diraikan setiap tahun pada 16 Oktober – ia menekankan hak setiap manusia terhadap makanan yang berterusan, makanan yang cukup berkhasiat dan boleh diterima oleh masyarakat setempat, untuk kehidupan yang sihat. Ia adalah merupakan hak untuk memberi makanan kepada diri sendiri sebagai suatu maruah, berbanding dengan hak untuk diberi makanan. Lebih daripada 850 juga orang yang masih tidak mendapat makanan yang mencukupi, hak terhadap makanan bukan sahaja penting dari segi ekonomi, moral dan politik – ia juga merupakan tanggungjawab yang termaktub. Garis panduan hak terhadap makanan telah dimajukan ketika berlangsungnya Perjumpaan Pemakanan Sedunia pada tahun 2002 untuk memastikan hak setiap kanak-kanak, wanita dan lelaki terhadap makanan yang mencukupi dapat dicapai. Pada tahun 2004, setelah melalui perbincangan intensif, garis panduan tersebut telah diterima secara meluas oleh ahli-ahli Persatuan Makanan dan Agrikultur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO). Di dalam memberi sokongan terhadap tanggungjawab pihak kerajaan untuk menghormati, melindungi dan memenuhi hak terhadap makanan, Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP) telah mewujudkan “Inisiatif untuk menghentikan kebuluran dan malnutrisi kanak-kanak” pada tahun 2006, berdasarkan tiga objektif utama iaitu:
Untuk mencapai objektif-objektif ini, kita perlu membina dan meluaskan lagi perkongsian dengan pelbagai agensi yang boleh menyokong tindakan yang praktikal di peringkat kebangsaan, daerah dan masyarakat. Badan-badan organisasi sivil, NGO, institusi-institusi teknikal, sektor swasta serta pihak media harus melibatkan diri dengan pihak kerajaan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium 1, dan 2, yang bertujuan untuk menurunkan kadar populasi yang terpaksa menghadapi kebuluran dan malnutrisi menjelang tahun 2015. Ia mestilah menjadi tanggungjawab dan objektif utama kita untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak, wanita dan lelaki, tidak kira di mana mereka menetap di dunia ini, mempunyai hak terhadap makanan. Sebuah dunia di mana hak terhadap makanan dicapai oleh setiap orang adalah sebuah dunia di mana mereka di setiap peringkat adalah peserta yang aktif dalam masyarakat. Hak terhadap makanan tidak patut hanya dapat memberi manfaat kepada sesetengah pihak sahaja. Ia perlulah menjadi hak dan memberi manfaat kepada kepada semua orang. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Hari Makanan Sedunia 2007 Sumber Hapuskan kebuluran dan malnutrisi kanak-kanak* Risalah – Hak terhadap makanan* Suara remaja – Hentikan kebuluran* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Berita Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |