Kempen ‘Goals for Girls!’ bermula
Oleh David Koch NEW YORK, AS, 7 September 2007 – Menjelang Piala Dunia Bola Sepak Wanita FIFA di China 2007, di mana ia akan berlangsung daripada 10 sehingga 30 September, UNICEF telah melancarkan satu set perkhidmatan pengumuman awam (PPA) yang amat dinamik. Ianya di bawah arahan Leonardo Ricagni daripada ‘Uruguayan film impresario’ dan ianya menerapkan gambaran-gambaran pertandingan bola sepak FIFA, iaitu badan organisasi profesional bola sepak dunia, dan PSA ini diterbitkan oleh UNICEF Bahagian Komunikasi. “Video PPA yang kami terbitkan dengan FIFA adalah bertujuan untuk merakamkan keseronokan di dalam sukan bola sepak dan semangat yang ditunjukkan oleh wanita-wanita serta anak-anak gadis yang mengambil bahagian di dalam sukan yang diminati oleh mereka,” kata Pengarah Hubungan Perkongsian Awam, Peter Crowley. “Ia juga merupakan satu percubaan untuk menunjukkan hubung-kait di antara kanak-kanak perempuan yang bermain di dalam komuniti mereka sendiri dengan jaguh-jaguh yang telah berjaya di peringkat antarabangsa.” En. Crowley menambah dengan mengatakan bahawa video tersebut “membawa mesej yang mengatakan melalui sukan – dan pendidikan – setiap kanak-kanak perempuan boleh mencapai segala yang telah dicapai oleh jaguh-jaguh dunia tersebut.” Selain daripada disiarkan melalui televisyen di seluruh dunia, PPA ini juga akan dimainkan di hadapan beratus-ratus ribu orang peminat bola sepak sebelum bermulanya setiap perlawanan Piala Dunia Bola Sepak Wanita FIFA di negeri China pada bulan ini. Anak gadis memainkan peranan penting di dalam masyarakat Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di seluruh dunia, dan UNICEF telah mendapati bahawa ia marupakan satu cara yang terbaik untuk mendekati anak-anak gadis – dengan memberikan mereka ‘role model’ dan peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka, serta memberikan mereka keyakinan untuk mencapai matlamat mereka melalui sukan, dan mencabar stereotaip yang seringkali dikaitkan dengan gender. “UNICEF telah mengenalpasti kepentingan sukan, rekreasi dan permainan semenjak dahulu lagi, bukan sahaja sebagai satu hak tetapi sebagai satu jalan untuk mencapai pendirian yang lebih positif untuk perkembangan kanak-kanak, menggalakkan keamananan dan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium,” kata En. Crowley. 20 peratus daripada anak-anak gadis dan wanita di seluruh dunia menetap di negara China, dan Piala Dunia Bola Sepak Wanita FIFA pada tahun ini mewakili peluang yang julung kali didapati untuk mencapai penduduk di seluruh dunia dengan memberikan mesej-mesej kesaksamaan gender dan kepentingan pendidikan. Tentang kempen ini ‘Nu’, merupakan satu karakter bahasa China yang mewakili ‘wanita’, ia juga merupakan intipati utama kempen komunikasi global FIFA-UNICEF untuk Piala Dunia Bola Sepak wanita FIFA di China 2007.Rekaan logo kali ini menunjukkan bayangan seorang wanita yang sedang bergerak, berlari, menari serta maju ke hadapan. Walaupun kempen yang bertajuk ‘Goals for Girls!’ merupakan satu tema di peringkat global, tetapi di negara China ia bertajuk ‘Equality Creates Opportunities’, iaitu satu slogan yang mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada warga tempatan.Tetapi matlamat utama kempen FIFA-UNICEF ini adalah – untuk memperkasakan anak-anak gadis serta wanita untuk maju ke hadapan – dan ia adalah sama di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
UNGEI Inisiatif Pendidikan bagi Anak Gadis oleh UNICEF* (Rangkaian Luar) * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Pendidikan di Malaysia |