Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Pencapaian yang mengagumkan, iaitu kematian kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun telah menurun kepada 10 juta orang setiap tahun

© UNICEF/HQ05-1407/Nesbitt
Kanak-kanak pra- sekolah di Rumah Penjagaan Konsol yang disokong UNICEF melalui program di Malawi kelihatan tersenyum. Di bawah program ini, kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun menurun sebanyak 29 peratus di antara tahun 2000 dan 2004.

Oleh Amy Bennett

NEW YORK, AS 13 September 2007 – Seluruh dunia kini telah menyaksikan satu titik bersejarah terhadap kesinambungan kesihatan dan kehidupan kanak-kanak. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah moden kini, angka kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah menurun kepada sepuluh juta orang setahun.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh UNICEF baru-baru ini melaporkan terdapatnya perkembangan yang kukuh, dengan kematian kanak-kanak di seluruh dunia direkodkan serendah 9.7 juta orang setahun – iaitu telah menurun daripada 13 juta orang pada tahun 1990.

Pencapaian ini akan meningkatkan momentum untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin dunia pada tahun 2000. Untuk mencapai MDG 4 – iaitu penurunan sebanyak dua pertiga angka kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada tahun 1990 menjelang tahun 2015 – boleh mengelakkan kematian kanak-kanak seramai 5.4 juta orang setahun.

Intervensi melalui asas kesihatan

Pengarah Eksekutif UNICEF, Cik Ann M. Veneman telah menggelarkan bilangan terbaru tersebut sebagai suatu yang “bersejarah” tetapi beliau juga menekankan bahawa masih banyak lagi usaha dan kerja yang perlu dilakukan. “Kehilangan lebih kurang 9.7 juta nyawa kanak-kanak di dalam setahun sememangnya sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata beliau. “Kebanyakan kematian ini boleh dicegah, dan mengikut perkembangan terkini, jalan penyelesaian yang telah ditemui telahpun dicuba dan diuji.”

© UNICEF/HQ06-2411/Markisz
Seorang bayi lelaki suku kaum Wayuu menangis ketika diberikan imunisasi yang telah disokong oleh UNICEF di kawasan Zulia, yang terletak di utara-barat Venezuela.

Malahan, kebanyakan kemajuan yang dicapai dapat dilihat melalui angka kematian kanak-kanak yang telah menurun disebabkan oleh pelaksanaan intervensi melalui asas kesihatan  seperti penyusuan ibu sepenuhnya, imunisasi demam cacar, penambahan zat vitamin A untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kanak-kanak, dan juga penggunaan kelambu yang telah dirawat dengan bahan racun serangga untuk mencegah malaria.

Rawatan yang bersesuaian untuk pneumonia, penyakit-penyakit cirit-birit dan malnutrisi yang teruk, serta rawatan untuk HIV/AIDS pediatrik, juga amat penting untuk kanak-kanak meneruskan kehidupan yang sihat – begitu juga dengan menggalakkan kebersihan air minuman dan kebersihan sanitasi.

Penemuan utama yang didapati daripada kadar kematian di bawah umur lima tahun

Angka-angka yang telah dilaporkan ini merupakan analisis daripada sumber-sumber data kebangsaan yang telah direka oleh UNICEF dan rakan-rakan, termasuklah “Multiple Indicator Cluster Surveys” dan “Demographic Household Surveys”. Sebagai tambahan kepada penurunan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia, kaji selidik ini juga telah menunjukkan penemuan utama berikut:

  • Setiap benua telah menunjukkan kemajuan di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Penurunan yang paling mendadak adalah di antara tahun 1990 dan 2006 di Latin Amerika dan Caribbean, Eropah Tengah dan Timur dan juga Negara-negara Komanwel, Asia Timur dan Pasifik.
  • Pada tahun-tahun yang lalu, kebanyakan kematian kanak-kanak berlaku di negara-negara Asia. Kini, lebih kurang 50 peratus daripada kematian kanak-kanak berlaku di sub-Sahara Afrika. Sekiranya tren ini berterusan, sub-Sahara Afrika akan menyumbang sebanyak 60 peratus daripada kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun menjelang tahun 2015.
  • Penurunan kadar kematian kanak-kanak di bawah lima tahun di Asia telah menyumbang kepada kadar penurunan di seluruh dunia. Kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara China telah menurun daripada 45 kematian bagi 1,000 kelahiran bayi yang masih hidup pada tahun 1990 kepada 24 kematian bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup pada tahun 2006, iaitu penurunan sebanyak 47 peratus. Da pada masa yang sama, kadar di India pula telah menurun daripada 115 kematian kepada 76 bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup, iaitu penurunan sebanyak 34 peratus.

Kemajuan dan Cabaran di Afrika

Walaupun terdapatnya tren yang meningkat di sub-Sahara Afrika, tetapi terdapat beberapa buah Negara yang menunjukkan kemajuan yang ketara di sana. Sebagai contohnya Malawi, telah menunjukkan penurunan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun sebanyak 29 peratus di antara tahun 2000 dan 2004, dan terdapat penurunan sebanyak lebih daripada 20 peratus di negara-negara seperti Ethiopia, Mozambique, Namibia, Nigeria, Rwanda dan Tanzania.

Kadar kematian kanak-kanak yang paling tinggi masih didapati di negara-negara Afrika Tengah dan Barat dan juga di kawasan selatan Afrika, di mana kejayaan yang didapati untuk perkembangan kehidupan kanak-kanak telah diselubungi oleh penyebaran HIV/AIDS.

Dengan sokongan yang berterusan terhadap inisiatif kesihatan kanak-kanak, peningkatan sumber kewangan dan perluasan rakan-rakan perkongsian, adalah tidak mustahil untuk melihat peningkatan kemajuan terhadap kehidupan kanak-kanak di peringkat dunia dan benua. Kini kehidupan kanak-kanak yang paling kecil dan paling lemah di seluruh dunia telah menjadi semakin kritikal.

Tim Ledwith telah memberi sumbangan kepada artikel ini.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children