ICDB 2007 - Dunia yang kami mahuPara penyiar digesa agar membantu kanak-kanak dan remaja mentakrifkan dunia yang mereka ingini. KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2007 – Tahun ini, Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) akan berlangsung pada hari Ahad, 9 Disember 2007 dengan bertemakan “Dunia yang kami mahu.” Lima tahun yang lepas, remaja-remaja daripada seluruh dunia telah bertemu di New York untuk menghadiri sebuah mesyuarat sesi khas untuk kanak-kanak. Hasil daripada mesyuarat yang telah diadakan tersebut adalah agenda untuk “Membina Dunia yang sesuai untuk kanak-kanak”, di mana empat isu telah diberi keutamaan iaitu: menggalakkan kehidupan yang sihat; memberikan pendidikan yang berkualiti; melindungi kanak-kanak daripada penderaan, eksploitasi dan keganasan; dan menentang HIV/AIDS. Pada ulangtahun yang ke-lima agenda ini, ICDB mempunyai tujuan untuk menerokai dengan lebih mendalam samada matlamat-matlamat ini telah dicapai untuk kanak-kanak. Melalui TV dan radio, UNICEF berharap agar anak-anak muda mempunyai peluang untuk memberikan cadangan-cadangan tentang bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah semasa untuk membina dunia yang sesuai untuk kanak-kanak. Para penyiar di Malaysia, daripada radio dan televisyen, adalah digalakkan untuk melibatkan diri pada hari bersejarah ini dengan menghasilkan program-program khas untuk kanak-kanak dan menggalakkan para remaja untuk melibatkan diri di dalam studio dan juga di dalam proses penerbitan dan penyampaian segala bentuk penyiaran. Sebagai tambahan, UNICEF juga mengalu-alukan para penyiar untuk melabur di dalam remaja dan anak-anak muda tempatan dengan melibatkan mereka di dalam proses penerbitan yang dilakukan sepanjang tahun. Kanak-kanak mempunyai hak untuk meluahkan pendapat mereka dan dengan memperkasakan mereka melalui penglibatan mereka di dalam radio dan televisyen, ianya sekaligus menggalakkan mereka untuk memperkembangkan idea-idea dan memberi mereka inspirasi untuk mengambil tindakan. UNICEF dan Akademi Antarabangsa untuk Seni Televisyen dan Sains akan bersama-sama menyampaikan Anugerah hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa kepada para penyiar yang berjaya menunjukkan semangat ICDB di dalam program mereka pada tahun ini. Pada tahun ini juga, UNICEF akan memperkenalkan Anugerah ICDB untuk Kecemerlangan Radio. Anugerah-anugerah untuk program yang telah diterbitkan pada tahun 2007 akan disampaikan ketika berlangsungnya Anugerah Emmy pada tahun 2008 nanti. Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa ini telah dilancarkan oleh UNICEF pada tahun 1991 untuk membantu membuka ruang media dan radio bagi anak-anak muda. ...................................................................................... PERTANYAAN MENGENAI MEDIA: Sila hubungi MalaysiaIndra Nadchatram: (+6) 013 366 3452; inadchatram@unicef.org Izwina Mohd Din: (+6) 012 243 7374; imohddin@unicef.org Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
ICDB 2007 Video PPA ICDB 2007 Anugerah ICDB |