Hikmah disebalik penyusuan ibu
Oleh Y Bhg Dato' (Dr.) Anwar Fazal Sempena Minggu Susu Ibu Sedunia, Pengerusi Emeritus Persekutuan Sedunia untuk Tindakan-tindakan Penyusuan Ibu (WABA), Y Bhg Dato’ (Dr.) Anwar Fazal menerangkan mengapa penyusuan ibu adalah yang terbaik! Dato’ (Dr.) Anwar juga merupakan penerima Anugerah ‘Right Livelihood’ atau lebih dikenali sebagai anugerah "Hadiah Nobel Alternatif". PENANG, 1 Ogos 2007 - "Kuasa penyusuan ibu adalah amat menakjubkan dan ia disambut sepanjang Minggu Susu Ibu Sedunia pada tahun ini di seluruh dunia dengan penuh sistematik dan sempurna sekali. Saya seringkali cuba menerangkan kuasa ini diibaratkan lima kelopak dari sekuntum bunga yang amat cantik sekali! Pertama, ia merupakan kuasa semulajadi untuk memupuk hubungan yang erat di antara ibu dan anak di mana kita dapat melihatnya seperti suatu keajaiban! Kedua, manfaat-manfaat kesihatan yang didapati daripada susu ibu sememangnya mengagumkan dan kita akan terus mendapat kebaikan daripadanya. Ketiga, susu ibu sememangnya tidak dapat disaingi oleh lain-lain formula gantian berdasarkan kandungan nutrisinya yang tinggi. Keempat, penyusuan ibu sememangnya mesra alam. Tiada tin, plastik, atau air yang tidak bersih, tiada api dan tiada pembuangan tenaga menjadikannya produk terbaik tanpa sisa buangan! Dan kelima, ia menjimatkan, percuma dan tidak menghabiskan duit rakyat dan sumber kewangan negara. Beratus-ratus tahun telah berlalu, propaganda yang memesongkan dan sikap tamak terhadap keuntungan telah menyelubungi usaha untuk menggalakkan penyusuan ibu tetapi ucapan terima kasih perlu diberikan kepada para doktor dan pekerja kesihatan, badan-badan organisasi sivil, dan jaringan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu terutama sekali melalui Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), satu perubahan yang dramatik dapat dilihat di seluruh dunia di mana penyusuan ibu kini telah kembali. Perlindungan,galakan dan sokongan terhadap penyusuan ibu kini telah menjadikannya suatu agenda universal. Ia juga semakin dikenalpasti bahawa permulaan awal penyusuan ibu ketika satu jam yang pertama kehidupan bayi boleh membawa kesan yang dramatik di dalam mengurangkan kadar kematian bayi. Pada tahun ini, Minggu Susu Ibu akan memberitahu anda mengapa dan bagaimana. Sila lawati http://www.worldbreastfeedingweek.org/* untuk mendapatkan inspirasi dan idea yang boleh digunakan untuk bertindak!" Perterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin. * Laman web di dalam Bahasa Inggeris.
Minggu Susu Ibu Sedunia 2007 1 – 7 Ogos 2007 Badan Tindakan Penyusuan Bersekutu Dunia (WABA)* (jaringan luar) * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Video PPA - Penyusuan ibu Berita utama Ogos 2007: Ogos 2007: 1 Ogos 2007: 1 Ogos 2007: 20 Julai 2007: 20 Jun 2007: 1 Ogos 2006: 29 Julai 2005: * Laporan berita di dalam Bahasa Inggeris. |