Persidangan San Rossore 2007 menerokai visi global terbaru untuk wanita dan kanak-kanak
SAN ROSSORE PARK, Tuscany, Itali, 19 Julai 2007 – UNICEF bersatu tenaga dengan Benua Tuscany pada hari ini ketika berlangsungnya persidangan di San Rossore di bawah tema: “Kanak-kanak dan Wanita: Memenuhi hak-hak mereka, membangunkan bakat mereka, dan memajukan Agenda Milenium.” Lebih daripada 1,000 orang, termasuk kanak-kanak dan remaja, para pegawai tempatan dan kebangsaan, badan-badan organisasi antarabangsa dan bukan kerajaan (NGO), telah bertemu di kawasan taman, terletak beberapa kilometer daripada Pisa. PEserta-peserta yang telah hadir daripada Itali, lain-lain kawasan di Eropah dan dari Negara-negara yang sedang membangun – di mana pada hari terakhir akan menyerahkan Pengisytiharan San Rosso terhadap Kanak-Kanak, di mana mereka akan mememberi komitmen mereka di dalam memajukan hak-hak kanak-kanak. Ketika berlangsungnya sesi pembukaan, Claudio Martini, Presiden bahagian Benua Tuscany, telah mengucapkan terima kasih kepada UNICEF di atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat tersebut. “Keadaan dan situasi di mana kanak-kanak kini hidup adalah berkait-rapat dengan keadaan dan situasi yang dialami oleh wanita,” kata beliau, dan menekankan “peluang-peluang untuk kanak-kanak menonjolkan bakat-bakat mereka” mestilah diberikan. San Rossore 2007 adalah merupakan sebuah mesyuarat advokasi dan dasar di peringkat yang tinggi di mana ia membawa wakil-wakil kerajaan dan juga pembuat-pembuat keputusan bersama-sama dengan bermatlamat untuk meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah agenda dasar dan awam. Idea-idea dan usulan-usulan yang didapati pada mesyuarat tersebut akan dikongsi bersama pemimpin-pemimpin dunia ketika berlangsungnya kajian semula lima tahun terhadap Sesi Khas untuk Kanak-Kanak di Perjumpaan Umum PBB pada bulan Disember 2007 nanti. “Kami amat menantikan pandangan daripada para peserta di persidangan ini terutama sekali tentang apa yang negara anda sedang lakukan untuk melindungi hak-hak kanak-kanak dan memaksimumkan kesejahteraan mereka,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Kul Gautam, di dalam sebuah video penghargaan. Pembentang-pembentang utama pada sesi awalan hari ini termasuklah wakil-wakil daripada Majlis Eropah, Forum Dasar Kanak-Kanak Afrika, Organisasi Dunia untuk Pergerakan Pengakap, Persidangan Sedunia bagi Agama-Agama untuk Keamanan dan lain-lain badan organisasi yang menjalankan advokasi untuk kanak-kanak. Sebuah video penghargaan daripada Enrique V. Iglesias, Setiausaha Agung daripada Sekretariat Ibero-American juga telah dipertontonkan. Pengarah Pusat Kajian Innocenti UNICEF, Marta Santos Pais, telah terlebih dahulu berkongsi kad laporan awalan sebelum kajian semula Sesi Khas, beliau telah menyatakan terdapat perubahan-perubahan positif untuk kanak-kanak yang telah diperkenalkan di Eropah dan lain-lain tempat, contohnya seperti undang-undang kebangsaan yang baru, kemajuan di dalam pengumpulan data, dengan memasukkan hak-hak kanak-kanak di dalam kurikulum di sekolah dan juga lain-lain kemajuan. Namun begitu walaupun terdapat kemajuan-kemajuan tersebut, “kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak masih terus diselubungi dengan kemiskinan, terpinggir, pengasingan dan juga eksploitasi,” kata beliau. Laporan-laporan dan kajian-kajian UNICEF oleh Pusat Kajian Innocenti telah mengenalpasti bahawa masih terdapat paras kemiskinan kanak-kanak yang tidak dapat diterima di beberapa kawasan di Eropah dan lain-lain negara industri, beserta negara-negara yang sedang membangun. “Di dalam dunia yang dipenuhi dengan kemewahan … kita seolah-olah tidak dapat mencari sumber-sumber yang mencukupi untuk menyelamatkan lebih daripada 10 juta nyawa kanak-kanak yang meninggal dunia setiap tahun tanpa sebab,” kata Kul Gautam. ..................................................................................... Nota kepada pengarang: Pusat Kajian Innocenti UNICEF merupakan badan kajian UNICEF yang utama. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk meningkatkan pemahaman tentang hak-hak kanak-kanak dan menggalakkan pelaksanaan CRC di negara-negara berindustri dan negara-negara yang sedang membangun di peringkat antarabangsa. Siaran persidangan tersebut, beserta video-video penghargaan dan tiga mesyuarat perbincangan UNICEF boleh didapati di laman web IRC UNICEF: http://www.unicef-irc.org/* Perbincangan-perbincangan ini akan memberi fokus terhadap kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak, pencegahan pengasingan sosial – termasuklah di kalangan kanak-kanak pendatang – dan menggalakkan pentadbiran tempatan yang baik untuk hak kanak-kanak. UNICEF kini berada di lapangan di dalam lebih daripada 150 buah negara dan kawasan untuk membantu kanak-kanak meneruskan kehidupan dan membesar, daripada awal kehidupan sehinggalah mereka mencapai umur remaja. UNICEF merupakan pembekal terbesar vaksin kepada negara-negara yang sedang membangun di seluruh dunia, UNICEF menyokong kesihatan kanak-kanak dan nutrisi, air yang bersih dan sanitasi, pendidikan asas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berkualiti, dan perlindungan kanak-kanak daripada keganasan, eksplotasi, dan AIDS. UNICEF ditaja sepenuhnya oleh sumbangan-sumbangan ikhlas daripada individu-individu, syarikat-syarikat, yayasan-yayasan dan pihak kerajaan-kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Pusat Kajian Innocenti UNICEF, Florence Allyson Alert, Tel: +39 055 20 33 226, aalert@unicef.org Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin. * Laman web di dalam Bahasa Inggeris.
Sumber - sumber Pengisytiharan San Rossore terhadap Kanak-kanak, 19 Julai 2007* Kertas konsep: San Rossore 2007 * * Laman web di dalam Bahsasa Inggeris. Dunia yang bersesuaian untuk kanak-kanak Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Keadaan Kanak-Kanak Sedunia 2007 - Malaysia |