Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Cik Santey anak Dugu berkongsi cerita lagenda Mah Meri tentang ”Doyan Budak Berhidung Terbalik” dengan rakan-rakan guru Orang Asli yang lain.

Oleh Indra Nadchatram

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2007 – Anak-anak Orang Asli di Malaysia kini akan mendapat peluang untuk memperbaiki kemahiran-kemahrian membaca mereka melalui program pendidikan yang telah direka khas untuk memasukkan sekali kisah-kisah dongeng dan lagenda Orang Asli di dalam alatan mengajar dan pembelajaran.

Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), program tambahan ini akan memperkenalkan teknik-teknik bercerita di dalam kelas bersama-sama dengan buku-buku cerita yang telah direka untuk menambahkan imaginasi anak-anak Orang Asli yang berjumlah lebih kurang 6,000 orang, ia bertujuan untuk memberi galakan kepada mereka untuk membaca buku dan memperbaiki kemahiran-kemahiran bertulis.

Walaupun negara ini telah mencapai keputusan yang memberangsangkan di dalam pendidikan dengan kadar pendaftaran kanak-kanak di sekolah-sekolah rendah sebanyak 96%, kebanyakan kanak-kanak daripada masyarakat Orang Asli kelihatan seolah-olah ketinggalan di belakang. Anak-anak Orang Asli beserta kanak-kanak daripada suku kaum orang asli di Sabah dan Sarawak menyumbang kepada 4% peratus orang kanak-kanak yang kurang menyerlah di dalam bidang akademik dan kadar pendaftaran di sekolah.

Terperangkap di dalam kemiskinan

Disebabkan pencapaian akademik yang lemah, Orang-Orang Asli di Malaysia masih kekal sebagai salah satu kumpulan minoriti yang termiskin di negara ini. Sebuah kaji selidik pendapatan rumahtangga yang telah dilaksanakan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu telah mendapati sebanyak 51% daripada penduduk di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan.

Cik Santey anak Dugu (24 tahun), seorang guru yang berasal daripada kumpulan etnik Mah Meri daripada Pulau Carey, Selangor menyalahkan sikap sambil lewa Orang Asli terhadap pendidikan telah membawa kepada kadar pendaftaran sekolah yang rendah, tidak hadir sekolah dan berhenti sekolah.
“Ibu bapa Orang Asli sememangnya tidak menyedari betapa pentingnya pendidikan. Apabila anak-anak gadis mencecah usia 10 atau 11 tahun, mereka seringkali diminta agar duduk sahaja di rumah dan menjaga adik-beradik mereka yang lain dan juga membuat kerja-kerja rumah, manakala bagi budak-budak lelaki pula akan dibawa ke laut untuk menangkap ikan,” kata Santey. “Ia merupakan suatu kehilangan yang besar kepada masyarakat kerana tanpa pendidikan, kita akan kekal terperangkap di dalam belenggu kemiskinan”.

Mengumpul cerita-cerita dongeng

© UNICEF Malaysia/2007/Nadchatram
Guru-guru daripada masyarakat Orang Asli, suku kaum Semelai dari Pahang sedang berbincang tentang kisah-kisah dongeng yang akan dipilih.

Cik Santey bersama dengan 19 orang guru-guru daripada masyarakat Orang Asli yang mewakili 5 buah kumpulan etnik – Jakun, Mah Meri, Semai, Semalai dan Temuan daripada negeri Pahang, Johor, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah menghadiri sebuah bengkel empat hari yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan UNICEF untuk berkongsi kisah-kisah dongeng daripada masyarakat Orang Asli.

Seperti lain-lain guru daripada masyarakat Orang Asli yang telah mengikuti bengkel ini, Cik Santey telah menyandarkan kepada pengetahuannya terhadap kisah-kisah dongeng yang telah diperturunkan daripada nenek moyang masyarakat Mah Meri. Dia amat berterima kasih apabila program ini telah diperkenalkan kerana ia merupakan salah satu cara di mana budaya dan kepercayaan masyarakatnya boleh dikekalkan dan diperturunkan kepada generasi-generasi yang akan datang melalui buku-buku cerita yang dihasilkan.

“Saya amat gembira dengan nilai-nilai yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan dan UNICEF terhadap warisan budaya kami. Ia membuat saya rasa amat berbangga kerana dapat berkongsi cerita daripada masyarakat saya agar dapat dipelajari oleh orang lain,” kata Cik Santey.

Cik Santey percaya bahawa kisah-kisah dongeng tersebut, dengan teladan-teladan yang dibawanya, akan menjadi suatu insentif yang kuat untuk memberi galakan kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk melibatkan diri di dalam pembelajaran. Pada masa yang sama, inisiatif tersebut juga akan membantu orang-orang lain mempelajari tentang tradisi dan kepercayaan daripada pelbagai suku kaum Orang Asli di Malaysia.

Kegemaran kanak-kanak untuk mendengar kisah dongeng

Sebanyak 13 buah kisah-kisah dongeng yang telah berjaya dikumpulkan sepanjang bengkel tersebut untuk mereka bahan-bahan dan buku-buku teks yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar Orang Asli di dalam darjah Dua dan darjah Tiga di negara ini. Sebagai tambahan, Kementerian Pendidikan dan UNICEF akan melatih guru-guru daripada masyarakat Orang Asli daripada 93 buah sekolah-sekolah tentang teknik-teknik serta amalan bercerita termasuklah penggunaan riak muka, pergerakan badan dan juga penggunaan intonasi suara yang pelbagai.

Menurut Penolong Pengarah Kementerian Pendidikan, Puan Norhayati Mokhtar, rekaan program ini mengambil kira kegemaran kanak-kanak terhadap kisah-kisah dongeng.

“Kisah-kisah dongeng ini amat bermakna dan ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menggalakkan pembacaan apabila mereka berbicara di dalam dunia pelajar. Dengan menggunakan kisah-kisah dongeng untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap identiti kaum mereka sendiri, memberikan mereka ‘role model’ yang positif, mengembangkan pengetahuan mereka tentang sejarah budaya, dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka,” terang Puan Norhayati.

Inisiatif yang telah dilaksanakan baru-baru ini telah dibina berlandaskan Program Pendidikan Tambahan Khas untuk anak-anak Orang Asli yang telah diadakan pada tahun 1997 di bawah Kementerian Pendidikan dan UNICEF.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children