Amaran tentang penipuan internetNEW YORK, 11 July 2007 - UNICEF sangat mengambil berat tentang penipuan emel yang menggunakan nama dan logo kami. Laman web atau emel yang menawarkan kerja bagi pihak UNICEF adalah satu penipuan. Tawaran yang dibuat adalah rekaan semata-mata dan telah dicipta oleh individu yang tidak beretika. Dengan menggunakan jenama UNICEF, pihak tersebut cuba memusnahkan kepercayaan orang awam terhadap UNICEF. Semenjak penipuan emel ini tersebar secara meluas, kami telah mengambil tindakan dengan melaporkan hal ini kepada Jabatan Hal Ehwal Perundangan UNICEF. Pada masa yang sama kami ingin memberi amaran kepada orang awam supaya tidak memberikan maklumat peribadi mereka sewenang-wenangnya. Jangan terpedaya! Berhati-hati dengan ‘phishing’Ketika media memberi perhatian yang serius terhadap kecurian data-data peribadi, kebanyakan pengguna – begitu juga dengan penyokong kepada organisasi berbentuk kemanusiaan seperti UNICEF – amat bimbang tentang keselamatan dan juga integriti data-data peribadi mereka. Oleh sebab itu adalah penting agar anda berwaspada terhadap perutusan penipuan yang dilakukan melalui internet, atau lebih dikenali sebagai ‘phishing’. Phishing merupakan sejenis penipuan yang dilakukan melalui mesej-mesej emel, mesej segera dan laman-laman web yang digunakan untuk memperdaya individu-individu agar memberikan maklumat sulit dan peribadi mereka. Penipuan ini membolehkan orang ramai ‘terpedaya dengan umpan’ tersebut dan memberikan maklumat peribadi mereka, di mana ia boleh digunakan untuk penipuan kad kredit dan lain-lain penyalahgunaan maklumat sulit yang lebih serius. Emel-emel ‘phishing’ selalunya kelihatan seolah-olah dihantar oleh organisasi-organisasi yang sah, ia meminta para pengguna agar memberi jawapan atau menggunakan jaringan laman yang dibekalkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka. Kadangkala ia mempunyai logo sesebuah organisasi serta alamat surat-menyurat, tetapi laman web yang diberikan, atau URL, tidak sama dengan laman web organisasi yang sah tersebut. Jangan tertipu Antara maklumat-maklumat yang diminta oleh ‘phishers’ adalah nama dan alamat pengguna; nombor keselamatan sosial; nombor-nombor akaun dan juga kata-kata kunci; dan maklumat-maklumat tentang akaun bank dan kad kredit – kadangkala nama ibu pemegang akaun atau lain-lain maklumat sulit yang digunakan untuk tujuan-tujuan keselamatan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri daripada tertipu oleh skim ‘phishing’:
Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
|