Pengurangan ketidaksamaan gender dapat diperkuatkan melalui pendidikan asas: Asia Timur/PasifikBANGKOK, 5 Julai 2007 – Di kawasan Asia Timur dan Pasifik, ketidaksamaan gender di dalam pendidikan asas masih berterusan. Ini memberi halangan kepada peningkatan kadar kemasukan kanak-kanak, ia juga membawa kepada pemberhentian sekolah di peringkat awal, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak perempuan, dan ia juga membantu meningkatkan kemiskinan. Realiti ini merupakan fokus bagi sekumpulan pakar pendidikan daripada pelbagai benua yang telah bertemu untuk membincang tentang pelbagai bentuk diskriminasi gender di dalam bilik darjah dan juga perlunya laluan kepada pendidikan dipertingkatkan dan diperluaskan untuk kanak-kanak yang terpinggir, termasuklah mereka yang hidup di dalam kemiskinan, mereka yang kurang upaya, kanak-kanak yang menjadi buruh, dan juga kumpulan etnik yang minoriti. Inisiatif Pendidikan untuk Anak-Anak Gadis oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia Timur dan Pasifik (UNGEI) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat berdasarkan Gender di dalam Pendidikan di mana ia akan mengetengahkan cabaran-cabaran dan juga penyelesaian-penyelesaian, serta pada masa yang sama memanggil untuk tindakan. Di dunia yang memerlukan pendidikan asas yang mencukupi sebagai suatu kemestian untuk mendapatkan pekerjaan, ataupun sebagai suatu jalan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, kesan-kesan yang dibawa oleh layanan yang tidak adil serta diskriminasi yang berdasarkan gender boleh dilihat sebagai sesuatu yang amat tragik. Sekumpulan panel pakar akan berdebat tentang isu-isu gender yang penting ketika berlangsungnya perbincangan meja bulat tersebut, di mana ia dikendalikan oleh 13 buah rakan-rakan UNGEI daripada pelbagai benua.* Dianggarkan lebih kurang tujuh puluh delegasi-delegasi daripada pihak-pihak kerajaan, dan juga daripada bidang-bidang kemanusiaan dan sosial yang akan melibatkan diri di dalam perjumpaan ini, bersama-sama dengan para aktivis yang berjuang untuk hak-hak pendidikan bagi anak-anak gadis. Kawasan ini telah berkembang maju secara konsisten untuk mencapai pendidikan asas yang universal dan kini sedang menuju kearah Matlamat Pembangunan Milenium, iaitu menjelang tahun 2015, semua pelajar perempuan dan lelaki dapat menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah. Di Aisa Timur dan Pasifik, bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang berdaftar di peringkat sekolah rendah adalah sama: pelajar perempuan merangkumi 48 peratus daripada 206.2 juga orang kanak-kanak yang berdafter di sekolah rendah. Walaubagaimanapun, di sesetengan negara, masih terdapat jurang gender yang ketara. Di Laos, 81 peratus daripada kanak-kanak perempuan yang mendaftar di peringkat sekolah rendah, terdapat 86 peratus pendaftaran bagi kanak-kanak lelaki. Dan perbezaan ini kelihatan lebih ketara di peringkat sekolah menengah di mana terdapat 19 peratus pelajar perempuan berbanding dengan 30 peratus pelajar lelaki, manakalau di Papua New Guinea, bilangannya adalah 21 peratus berbanding dengan 27 peratus. Di Viet Nam, di mana pendaftaran kemasukan pelajar adalah tinggi bagi kedua-dua jantina, kanak-kanak perempuan daripada kumpulan minoriti adalah sebahagian daripada kumpulan yang lemah dan terdedah. Hak-hak mereka terhadap pendidikan telah dinafikan berbanding dengan lelaki daripada kumpulan etnik yang minoriti dan juga kadar berhenti sekolah bagi kanak-kanak perempuan, lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman, di mana bilangannya adalah lebih tinggi. Kanak-kanak perempuan tidak semestinya berada di dalam keadaan yang tidak berupaya. Bilangan pelajar lelaki yang pergi ke bersekolah adalah lebih sedikit berbanding dengan pelajar perempuan – terutama sekali di peringkat sekolah menengah – di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia. Antara sebab mengapa ini berlaku adalah kerana budak-budak lelaki ingin bekerja sepenuh masa untuk mendapatkan wang, dan berhenti daripada pendidikan formal mereka. Di Filipina, 65 peratus daripada kanak-kanak perempuan menghadiri sekolah menengah, berbanding hanya 54 peratus pelajar lelaki. Walaupun di negara-negara di mana pelajar-pelajar perempuan dan lelaki mendapat peluang pendidikan yang sama rata, pelajar lelaki masih lebih perkasa berbanding dengan pelajar perempuan yang seringkali terpinggir. Ketidaksamaan gender di sekolah dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk, termasuklah: rasa tidak selamat, lebih-lebih lagi bagi pelajar perempuan, ketika pergi ke sekolah, di mana reka bentuk sekolah tersebut tidak mempunyai bilik air yang berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan, buku-buku teks bahan-bahan pelajaran yang selalunya tidak adil dengan menunjukkan perempuan berada di persekitaran dalam rumah dengan kemahiran yang terhad, dan pemikiran guru-guru yang stereotaip terhadap peranan-peranan gender di dalam masyarakat. Ini seringkali menjadi faktor utama yang memaksa anak-anak gadis berhenti daripada sekolah rendah, dan jika mereka dapat menamatkan persekolahan mereka, mereka seringkali terpaksa menghadapi lebih banyak cabaran berbanding dengan lelaki untuk meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Untuk para guru, ketidaksamaan juga berlaku di tempat-tempat kerja. Guru-guru wanita dan lelaki terpaksa mendapati terdapat perbezaan di dalam penglibatan mereka terhadap keputusan-keputusan pentadbiran sekolah dan juga di dalam persekitaran tempat kerja mereka. Di kebanyakan negara, lelaki mendominasi jawatan-jawatan pendidikan yang tinggi. Di Kemboja, di peringkat sekolah rendah, 41% adalah guru-guru wanita, di mana pada peringkat sekolah menengah pula, hanya 27%. **************************************** Nota kepada Pengarang: Komuniti Antarabangsa Baha’i; Pusat Perkembangan Pendidikan (EDC); Persatuan Burh Antarabangsa (ILO) bagi Pejabat untuk Benua Asia dan Pasifik; Oxfam Great Britain; Pejabat Perancangan Benua Asia; Save the Children Sweden; Pejabat untuk Benua Asia Tenggara dan Pasifik; Sekretariat Persatuan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO); Program Kerjasama PBB terhadap HIV/AIDS (UNAIDS) Pasukan Sokongan Benua bagi Asia Pasifik; Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP); Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Biro Pendidikan untuk Benua Asia-Pasifik; Tabung Penduduk PBB (UNFPA); Tabung untuk Kanak-Kanak PBB (UNICEF) Pejabat untuk Benua Asia Timur dan Pasifik; dan World Vision Foundation of Thailand. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
* Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
UNGEI Inisiatif Pendidikan untuk Anak-anak Gadis oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jaringan Luar) * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Pendidikan di Malaysia UNICEF dalam Tindakan (Ibupejabat) – Pendidikan Asas & Kesaksamaan Gender Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Berita Pengurangan ketidaksamaan gender dapat diperkuatkan melalui pendidikan asas Berjuta-juta orang kanak-kanak masih tidak bersekolah Di PBB, anak-anak gadis memperbincangkan cabaran yang di dapati di dalam pendidikan* Memperkasa anak-anak gadis di Malaysia melalui pendidikan Pelaburan terhadap pendidikan membawa pulangan untuk anak-anak gadis di Malaysia* * Laporan berita di dalam Bahasa Inggeris. |