PBB dapati kemajuan untuk mencapai sasaran MDG adalah berbezaSetiausaha Agung menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Politik Haruslah Menunaikan Komitmen mereka PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU, GENEVA, 2 Julai 2007 – Separuh jalan ke arah tarikh tamat pada tahun 2015, terdapat kemajuan-kemajuan yang jelas didapati di dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Milenium, iaitu satu set komitmen global yang berupaya untuk membantu berjuta-juta orang di seluruh dunia keluar daripada belenggu kemiskinan. Tetapi menurut laporan kemajuan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kejayaan keseluruhan masih belum dapat dijamin,.“Hasil yang telah dibentangkan di dalam laporan ini telah mengatakan bahawa terdapat peningkatan dan kejayaan yang masih boleh dicapai di kebanyakan tempat di seluruh dunia,” isytihar Setiausaha Agung, Ban Ki-moon di dalam kata-kata pendahuluan beliau terhadap Laporan Matlamat Pembangunan Milenium 2007, yang telah dilancarkan pada hari ini. “Tetapi masih juga terdapat beberapa perkara yang masih belum dilaksanakan.” Komitmen-komitmen, tersebut telah dibuat oleh kesemua negara di seluruh Dunia ketika berlangsungnya Perjumpaan Milenium pada tahun 2000, di mana perjumpaan tersebut adalah berdasarkan lapan Matlamat-Matlamat yang menjadi sasaran. Kesemua Matlamat tersebut memerlukan kemajuan yang terikat dengan masa, iaitu kemajuan yang boleh di kaji untuk menghapuskan kemiskinan dan kebuluran; untuk mencapai pendidikan primer yang universal; untuk menggalakkan kesaksamaan gender dan memperkasa wanita; untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak; untuk memperbaiki kesihatan para ibu yang mengandung; untuk menentang HIV/AIDS, malaria dan lain-lain penyakit; untuk memastikan terdapat kesinambungan persekitaran; dan untuk mengembangkan perkongsian di peringkat global di dalam menggalakkan kemajuan. Laporan tersebut telah mendapati terdapatnya kemajuan yang ketara di dalam mencapai sasaran untuk mengurangkan kemiskinan kepada separuh sebelum menjelang tahun 2015, ia menyatakan bahawa bilangan penduduk di seluruh dunia yang hidup hanya dengan satu dolar setiap hari telah jatuh kepada 32 peratus (1.25 billion pada tahun 1990) kepada 19 peratus (980 juta pada tahun 2004). Sekiranya tren ini berterusan, laporan tersebut menjangkakan, “sasaran untuk mengurangkan kemiskinan MDG boleh dicapai di seluruh dunia dan untuk kebanyakan benua.” Ia juga menambah bahawa terdapat sebab-sebab untuk mengatakan masih ada harapan untuk melihat kemajuan “di tempat-tempat yang mempunyai cabaran-cabaran yang tinggi.” Sebagai contoh, di sub-Sahara Afrika, bilangan penduduk yang hidup di dalam kemiskinan telah “disamakan,” dan kadar kemiskinan di kawasan tersebut telah jatuh sebanyak enam peratus semenjak tahun 2000. Pada masa yang sama, laporan tersebut juga menyatakan, terdapat beberapa bilangan negara-negara di Afrika yang telah menunjukkan kemajuan yang mendadak, serta di dalam skala yang luas untuk mencapai MDG kerana ia mempunyai kepimpinan yang yang kuat, dasar-dasar yang bersesuaian dan strategi-strategi yang praktikal untuk menggalakkan pelaburan daripada orang awam serta dibangunkan dengan sokongan di dalam bentuk kewangan dan teknikal daripada komuniti antarabangsa. Terdapat juga berita-berita yang menggalakkan daripada Asia, di mana perkembangan ekonomi yang ketara telah meletakkan benua tersebut di tempat yang lebih selesa untuk mencapai sasaran di dalam mengurangkan kemiskinan seperti yang terdapat di dalam MDG. Laporan tersebut juga menyatakan kemajuan-kemajuan yang lain seperti:
Tetapi terdapat juga statistik yang bertentangan didapati di dalam laporan tersebut, ia menunjukkan gambaran yang kurang menggalakkan. Laporan tersebut juga mendapati terdapat pengurangan kadar kemiskinan yang ketara di kawasan-kawasan Asia Selatan, Timur-Selatan dan Asia Timur. Tetapi pada masa yang sama di Asia Barat, kadar kemiskinan telah meningkat sebanyak dua kali ganda. Dan walaupun terdapat peningkatan di sub-Sahara Afrika, jurang kemiskinan di kawasan tersebut masih berada di tahap yang tertinggi di dunia. Lain-lain permasalahan yang ketara masih kekal, menurut laporan tersebut. Lebih daripada setengah juta orang wanita meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh komplikasi ketika mengandung dan melahirkan anak yang boleh dicegah dan dirawat; terdapat kemajuan yang sedikit di dalam mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang kurang; dan kematian yang disebabkan oleh AIDS di seluruh dunia telah meningkat kepada 2.9 juta orang pada tahun lepas berbanding dengan 2.2 juta orang pada tahun 2001, manakala lebih daripada 15 juta orang kanak-kanak telah kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka kepada penyakit tersebut. Lebih-lebih lagi, separuh daripada penduduk di Negara-negara yang sedang membangun masih tidak mempunyai laluan kepada sanitasi yang asas, dan kesan-kesan yang dibawa oleh perubahan-perubahan iklim juga kini sudah mulai dapat dirasai. Antara sebab-sebab mengapa kurangnya kemajuan adalah kerana manfaat yang didapati daripada perkembangan ekonomi tidak dikongsi dengan adil, menurut Setiausaha Agung. Juga di beberapa buah negara, usaha-usasa untuk mencapai MDG telah diselubungi oleh ketidakstabilan dan kurangnya keselamatan yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti konflik bersenjata dan HIV/AIDS. Ketua PBB juga telah menyatakan kegagalan kebanyakan negara-negara yang telah membangun yang tidak memenuhi komitmen mereka untuk memberikan “sokongan kewangan yang secukupnya berdasarkan perkongsian global untuk perkembangan dan juga rangka kerja untuk tanggungjawab yang saksama.” “Yang paling utama,” tambah Setiausaha Agung di dalam kata-kata pendahuluan laporan tersebut, “kurangnya peningkatan yang ketara di dalam Bantuan Perkembangan Rasmi semenjak tahun 2004 menyebabkan negara-negara yang ditadbir dengan baik agak mustahil untuk mencapai MDG. ”Negara-negara industri yang utama telah berikrar untuk meningkatkan bantuan kepada Afrika sebanyak dua kali ganda sebelum menjelang tahun 2010 ketika mesyuarat di Gleneagles pada tahun 2005, tetapi jumlah bantuan rasmi telah jatuh sebanyak 5.1 peratus di antara tahun 2005 dan 2006. Hanya lima buah negara-negara penyumbang telah mencapai atau telah melebihi sasaran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam mengetepikan 0.7 peratus daripada Pendapatan Kasar Negara sebagai bantuan. “Amat jelas sekali tindakan bersama dan segera diperlukan daripada pemimpin-pemimpin politik,” tulis ketua PBB tersebut. Timbalan Setiausaha Agung PBB untuk Hubungan Ekonomi dan Sosial, José Antonio Ocampo, menerangkan bahawa laporan tersebut merupakan penilaian MDG secara global yang paling terperinci. Menurut beliau, ia berdasarkan satu set data yang telah disediakan oleh lebih daripada 20 buah organisasi di dalam dan di luar Sistem Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuklah Bank Dunia dan Organisasi untuk Perkembangan dan Kerjasama Ekonomi (OECD). Untuk maklumat lebih lanjut dan perhubungan media, sila layari www.un.org/millenniumgoals .................................................................................... Dikeluarkan oleh Bahagian Maklumat Awan PBB – DPI/2464 A -- Julai 2007 Penterjemahan ke Bahasa Inggeris oleh Anne Jamaludin.
Video 29 Jun 2007: Penyiaran video berkualiti berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket * Laporan video di dalam Bahasa Inggeris. Laporan Matlamat Pembangunan Milenium tahun 2007 Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris Berita - Global Berita - Malaysia Pendidikan awal untuk anak-anak ‘Orang Asli’ Dengan memberi rawatan kepada para ibu, anak-anak juga dapat diselamatkan daripada HIV Pusat-pusat remaja membantu melindungi kanak-kanak agar selamat daripada HIV Kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS telah dilancarkan* Penyusuan badan membantu menyelamatkan nyawa* Pelaburan terhadap pendidikan telah memberi pulangan terhadap kanak-kanak perempuan* Malaysia telah berjaya mengurangkan kematian-kematian bayi* * Laporan berita di dalam Bahasa Inggeris. |