Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

WHO dan UNICEF menyeru komitmen baru untuk penyusuan badan

© UNICEF/Myanmar

MANILA, 20 Jun 2007 – Kadar penyusuan badan sepenuhnya di Asia Timur dan Pasifik adalah hanya 61% pada empat bulan pertama bayi dan lebih sedikit, iaitu 35% pada umur enam bulan. Dan kini sains telah menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk enam bulan yang pertama di dalam kehidupan bayi merupakan satu-satunya strategi yang terbaik untuk memastikan bayi tersebut dapat hidup, membesar dan berkembang dengan baik.

Ini merupakan ancaman yang terbesar untuk kehidupan bayi, menurut WHO dan UNICEF, yang kini telah menggesa pihak kerajaan di Asia Timur dan Pasifik untuk melabur dengan lebih banyak di dalam melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan bayi. Organisasi-organisasi PBB berkata bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk memberitahu para ibubapa tentang kelebihan-kelebihan penyusuan badan serta bahaya gantian susu badan, dan untuk menghapuskan pencabulan terhadap Kod Antarabangsa Pemasaran Gantian Susu Badan, serta untuk pembiayaan yang lebih baik terhadap sistem kesihatan awam untuk memastikan perkhidmatan sokongan penyusuan badan kepada para ibu dan keluarga dapat diberikan.

Seruan terhadap usahasama WHO/UNICEF telah dilakukan pada hari pembukaan konsultansi sebanyak 70 orang pakar kesihatan awam daerah dan dunia selama tiga hari di Manila yang membicarakan tentang cara untuk melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan badan dengan lebih baik. Perjumpaan tersebut akan tertumpu kepada bagaimana untuk memansuhkan budaya penyusuan-botol dengan mengatasi pengaruh gantian susuan badan dan dengan mempromosikan bukti mengapa susu badan adalah yang terbaik melalui cara yang lebih bagus.

Di Filipina, kadar penyusuan badan pada bulan yang keempat sehingga bulan yang kelima telah jatuh daripada 20% pada tahun 1998 kepada 16% pada tahun 2003. Ianya dianggarkan bahawa sebanyak 16,000 kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Filipina adalah disebabkan amalan pemakanan yang kurang bersesuaian, termasuklah penggunaan formula bayi. Sebagai maklumbalas, Jabatan Kesihatan Negara tersebut telah mencadangkan Undang-Undang dan Syarat-Syarat Pelaksanaan Kod Susu Kebangsaan yang baru untuk memastikan penguatkuasaan Kod Pemasaran Gantian Susu-badan Antarabangsa yang sepenuhnya di samping mengelakkan pencabulan kod dari pembuat formula bayi.

“Nutrisi yang lemah merupakan faktor penyumbang terhebat terhadap kadar jangka-hayat dibawah usia lima tahun,” ujar Dr Shigeru Omi, Pengarah Pejabat WHO Daerah bagi Pasifik Barat. “Penyusuan badan memberi perlindungan yang semulajadi kepada seorang kanak-kanak pada bulan yang pertama dan ia juga memainkan peranan yang kritikal terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.” Strategi Survival Pasifik Barat yang merupakan hasil ssahasama WHO/UNICEF telah diluluskan oleh kesemua Ahli Negeri di Daerah Pasifik Barat, di mana strategi tersebut telah menyarankan penyusuan badan sepenuhnya dapat dilakukan sepanjang enam bulan yang pertama sebagai salah satu komponen utama bagi pakej untuk memastikan kanak-kanak dapat meneruskan kehidupan mereka.

Susu badan mengandungi beratus-ratus antibod peningkatan-kesihatan dan enzim-enzim yang merangsangkan sistem pertahanan diri serta mempertingkatkan tindakbalas kanak-kanak terhadap vaksinasi. Ia juga turut membantu mencegah cirit-birit, radang paru-paru serta sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS) serta menyumbang kepada jarak umur kelahiran anak-anak.

Sebagai tambahan kepada kebaikan jangka-masa pendek terhadap kesihatan ibu dan anak, terdapat juga bukti yang menunjukkan peranan penyusuan badan di dalam mengelakkan penyakit-penyakit kronik ketika dewasa.  Sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat jangka masa pendek yang didapati oleh kesihatan ibu dan bayi, terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan peranan yang dibawa oleh penyusuan badan di dalam mencegah penyakit-penyakit kronik apabila meningkat dewasa. Kajian semula global yang dilaksanakan oleh WHO baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberikan susu badan mempunyai min tekanan darah yang rendah, jumlah kolesterol yang rendah, dan sebagai seorang dewasa, mempunyai pencapaian yang tinggi di dalam ujian-ujian kepintaran. Juga, prevalensi kegemukan/berat badan dan diabetes type 2 adalah rendah di kalangan orang dewasa yang telah diberikan susu badan ketika bayi. Penyusuan badan menurunkan insiden asma, alergi, kanser yang berlaku pada kanak-kanak, diabetes, penyakit Crohn, kolitis, kegemukan, penyakit kardiovascular dan jangkitan telinga, serta pada masa yang sama menggalakkan perkembangan kognitif dan pencapaian di sekolah.

Di kebanyakan negara di benua ini, gabungan sistem kesihatan awam yang lemah, dan pemasaran formula susu yang meragukan dan mahal serta penguatkuasaan peraturan pemasaran yang lemah telah menyumbang kepada penurunan penyusuan badan. Seringkali, sistem kesihatan awam tidak mempunyai sumber untuk memberi latihan dan pengetahuan kepada para pekerja kesihatan untuk membantu ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan mengajar mereka bagaimana untuk menyusu badan. Masalah ini semakin menjadi-jadi apabila pekerja-pekerja kesihatan yang tidak mempunyai gaji yang tinggi telah ditawarkan hadiah-hadiah serta faedah-faedah daripada syarikat-syarikat yang mengeluarkan formula susu untuk mempromosikan barangan mereka.

Sebagai tambahan kepada faedah-faedah kesihatan umum yang dibawa oleh penyusuan badan, penjimatan kewangan untuk keluarga dan juga sistem kesihatan adalah amat tinggi. Ini sememangnya amat penting lebih-lebih lagi buat keluarga yang miskin, dimana mereka selalunya menghabiskan kebanyakan daripada sumber pendapatan mereka untuk membeli formula susu, yang telah diyakini bahawa ia merupakan satu cara untuk meningkatkan perkembangan kepintaran dan juga peluang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. WHO di Negara Filipina menganggarkan sebanyak US$ 465 juta telah dibelanjakan setiap tahun untuk formula bayi.

Bertentangan dengan tren di peringkat benua, Kemboja pula mengalami peningkatan di dalam bilangan wanita yang menyusukan bayi-bayi mereka sepenuhnya dengan penyusuan badan pada enam bulan yang pertama. Kadar ini telah meningkat daripada 11% pada tahun 2000 kepada 60% pada tahun 2005 – ini kerana kebanyakan ibu bapa telah mengetahui bahawa bayi mereka tidak perlu diberikan air. Ini telah menyumbang kepada pengurangan kadar kematian bayi yang mendadak iaitu: daripada 95 kematian bayi dan 124 kematian bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun untuk 1,000 kelahiran bayi pada tahun 2000, kepada 65 dan 83 kematian, pada tahun 2005. Kejayaan di Kemboja merupakan sebahagian daripada kempen agresif untuk mendidik wanita tentang kepentingan penyusuan badan yang membabitkan pendidikan kesedaran orang ramai melalui media dan dengan mewujudkan tapak-tapak yang “mesra-penyusuan badan” di kawasan-kawasan perkampungan.

“Di benua ini, kualiti air, kebersihan dan sanitasi yang rendah telah memberi kesan kepada peluang kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan. Dengan menggabungkan air yang kotor serta penggunaan formula susu yang menggantikan penyusuan badan, ancaman yang wujud adalah amat dahsyat,” kata Anupama Rao Singh, Pengarah Benua UNICEF untuk Asia Timur dan Pasifik. “Kita perlu memastikan bahawa kita kekal berkomited untuk melindungi dan menggalakkan penyusuan badan dengan membantu para ibu dan keluarga mereka memahami manfaat-manfaat yang dibawa oleh penyusuan badan. Ini bermakna bahawa pihak-pihak kerajaan mestilah mengekalkan komitmen mereka di dalam menguatkuasakan Kod Antarabangsa untuk Pemasaran Gantian Susu Badan dan juga membuat pelaburan yang lebih kepada sistem kesihatan awam.”

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children