Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Keganasan yang berlaku di Gaza telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ramai anak-anak muda

© UNICEF/HQ07-0772/El Baba
Dengan berlandaskan beg di bahunya, kanak-kanak ini berjalan dengan berhati-hati melalui kawasan yang telah dilanda pertelingkahan dalaman di Gaza, Palestin.

Oleh Amy Bennett

NEW YORK, 19 Jun 2007 – Keganasan yang telah berlaku di Teluk Gaza merupakan konflik dalaman negara Palestin yang telah membawa kesan yang amat trauma kepada anak-anak muda sehinggakan mereka tidak dapat menjalankan tugasan harian mereka. Pertembungan di antara Hamas dan Fatah pada minggu lepas telah menyebabkan kematian lebih daripada 110 orang dan mencederakan lebih kurang 500 orang.

Kebanyakan keluarga telah mencari perlindungan di dalam rumah masing-masing, takut untuk keluar, ada yang hidup tanpa air dan elektrik. Anak-anak muda tiada pilihan lain kecuali hanya menanti dan berharap, kecewa dengan pembatalan terhadap rancangan yang telah dibuat sepanjang musim panas dan juga ketidakpastian yang telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

“Kehidupan kami telah terganggu pada minggu lepas,” Julie yang berumur 17 tahun, cuba mengingati kembali. Dia merupakan salah seorang daripada remaja-remaja Palestin yang telah berbicara dengan Radio UNICEF tentang pengalaman mereka. “Pergelutan serta tembak-menembak telah berlarutan selama lima hari,” tambahnya lagi. “Keadaan pada masa itu memang agak teruk. Tiada seorang pun yang dapat keluar daripada rumah mereka, hendak mendekati tingkap pun tidak boleh.”

‘Pertelingkahan di jalanan’

Jaringan pembekalan elektrik di Gaza telah menerima kerosakan yang amat teruk disebabkan oleh bom-bom, dan kebanyakan orang ramai telah kehilangan sumber elektrik di rumah masing-masing. Putusnya bekalan elektrik tersebut telah menganggu perkhidmatan pembekalan air dan juga pembersihan kumbahan. Ketakutan amat dirasai oleh orang awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan-kawasan di mana pergaduhan telah berlaku dengan dahsyat.

“Minggu lepas memang dahsyat. Ia seperti satu mimpi yang buruk,” kata Chris, yang berumur 13 tahun. “Konflik tersebut telah berlaku berdekatan dengan rumah kami, dan kami boleh mendengar bunyi tembak-menembak di sekeliling kami. Kami langung tidak dapat keluar daripada rumah kami.”

 “Kami telah berpindah ke bilik air dan duduk di sana selama satu hari. Apabila tiba masa untuk tidur, kami telah tidur di atas lantai, kerana kami takut sekiranya terdapat butir-butiran peluru yang terlepas masuk ke dalam rumah kami,” tambahnya lagi.

© UNICEF/2007/El Baba
Seorang kanak-kanak perempuan cuba memanjat ke bahagian atas rumah mereka di kem pelarian Rafah, selatan Gaza untuk membantu abangnya.

“Ia memang teruk,” lapor Mustafa, seorang lagi remaja. “Semuanya lelaki-lelaki yang memakai topeng yang berjuang di jalanan. Mereka telah melontar begitu banyak bom dan, banyak rumah di sini telah diserang tanpa sebab. Ramai orang awam yang telah terkorban, samada ketika mereka sedang berjalan atau ketika mereka berada di dalam rumah mereka.”

Peperiksaan terakhir telah terganggu bagi kebanyakan pelajar

Mustafa dan pelajar-pelajar lain yang sedang menduduki peperiksaan Tawjihi mereka (peperiksaan akhir bagi sekolah-sekolah menengah) ketika berlakunya krisis tersebut kini berada di bawah tekanan yang berat. Ada yang tidak dapat melakukannya sebaik yang diharapkan, manakala yang lain langsung tidak dapat mengambil peperiksaan tersebut. Namun bagitu, terdapat lebih kurang 24,000 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan yang sama setiap hari.

“Memang amat sukar untuk menumpukan perhatian pada pelajaran apabila tembak-menembak dan pergaduhan sedang berlaku di kawasan lain,” kata Yaffa, yang berumur 18 tahun.

Tambah Mustafa: “Saya tidak dapat mengambil salah satu peperiksaan saya. Kami tidak dapat meninggalkan rumah kami selama beberapa hari.”

Walaupun dengan cabaran-cabaran yang terpaksa mereka lalui, Mustafa dan Yaffa berharap agar keputusan peperiksaan mereka akan dapat melayakkan diri mereka untuk memasuki universiti pilihan mereka.

Bantuan kecemasan daripada UNICEF

Selepas berlakunya keganasan pada minggu lepas, UNICEF kini merancang untuk menghantar vaksin-vaksin yang amat diperlukan ke Gaza. Hospital-hospital kebanyakannya telah diserang dengan teruk; mereka kekurangan perkakas untuk melakukan pembedahan vaskular, bekalan darah, filem X-ray. Sutur, bekalan-bekalan untuk makmal dan juga bahan acuan untuk digunakan oleh ortopedik. Kebanyakan ubat-ubatan yang penting juga semakin kurang.

UNICEF juga sedang merancang untuk membekalkan lebih kurang 50,000 liter disel melalui rakan kongsinya, iaitu Coastal Municipalities Water Utility, manakala pada masa yang sama menanti bekalan disel melalui saluran kebiasaan dapat dikembalikan.

Dan kumpulan organisasi psikososial juga telah kembali meneruskan kerja-kerja mereka di Gaza melalui perkongsian di antara UNICEF dan badan-badan bukan kerajaan. Kumpulan-kumpulan tersebut kini sedang menyaring kanak-kanak yang berada di kawasan yang dilanda keganasan dengan teruk untuk mengenalpasti mereka yang memerlukan perhatian.

Kehidupan yang penuh dengan ketakutan dan ketidakpastian

Pada masa yang sama, anak-anak muda seperti Julie, Chris, Mustafa dan Yaffa harus hidup dengan trauma yang telah mereka alami, dan terpaksa menghadapi masa dengan yang kelam. “Kami takut sekiranya bekalan elektrik dan air akan berhenti,” kata Chris.

“Kami takut apabila kehabisan wang, dan tiada makanan yang dapat memasuki Gaza kerana semua sempadan-sempadan dengan Negara-negara yang menyokong Gaza ditutup. Pada musim panas yang lepas, perkara yang sama telah berlaku.”

“Saya amat takut untuk keluar daripada rumah, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain di Gaza, kerana kami takut yang konflik ini akan berterusan,” terangnya. “Setiap kali ia berlaku, saya berharap agar semuanya dapat diperbaiki,” Julie mengeluh, “tetapi mereka beralih kembali kepada pergaduhan, setiap kali, berulang-kali. Mereka tidak pernah berhenti.”

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Audio

18 Jun 2007:
Wartawan UNICEF, Amy Bennett menemubual empat orang anak-anak muda di Gaza selepas berlakunya pertelingkahan keganasan di antara Hamas dan Fatah.
  AUDIO dengar

*Laporan audio di dalam Bahasa Inggeris.


Kawasan Palestin yang Dijajah – Laman Web UNICEF

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children