Perwakilan Junior 8 membentangkan pandangan golongan muda kepada pemimpin dunia G8.
Oleh Anwulika Okafor NEW YORK, 7 Jun 2007 – Bagi sembilan anak-anak muda yang terlibat dalam Persidangan Junior 8 di Jerman, hari ini merupakan peluang keemasan yang wujud dalam kehidupan mereka. Kesembilan peserta ini telah dipilih oleh rakan-rakan sebaya mereka – sekumpulan 74 orang anak-anak muda dari 18 negara – untuk mewakili saranan J8 kepada pemimpin-pemimpin dunia yang menghadiri Persidangan G8 terhadap negara-negara industri di Heiligendamm. Saranan-saranan yang dibentangkan adalah hasil daripada tugasan kerja yang dilakukan dalam masa seminggu oleh sekumpulan anak-anak muda, menyentuh tentang apa yang mereka lihat sebagai keperluan generasi masa hadapan dunia. “Kami mengetahui bahawa pada esok hari generasi kami akan berhadapan dengan warisan pada hari ini. Oleh sebab itu kami telah bersatu pada Persidangan Junior 8 ketiga ini untuk berusaha bersungguh-sungguh terhadap cara-cara untuk mengendalikan warisan ini,” kata anak-anak muda tersebut di dalam pengenalan kepada Pengisytiharan Persidangan Junior 8 yang dibincangkan pada mesyuarat 45 minit dengan pemimpin-pemimpin dunia. Bersuara untuk generasi masa hadapan Dibangunkan pada Persidangan J8 yang telah berlangsung pada minggu ini di Wismar, Jerman, Perisytiharan tersebut menyentuh isu-isu seperti pembangunan ekonomi di Afrika, perubahan cuaca, keberkesanan tenaga dan HIV/AIDS – sama seperti perkara-perkara yang terkandung dalam agenda Persidangan G8. Anak-anak muda tersebut menggesa para pemimpin G8 untuk:
Sebelum bersidang bersama-sama para pemimpin G8, anak-anak muda tersebut telah berjumpa dengan Canselor Jerman Angela Merkel termasuklah Duta Muhibbah UNICEF, Sir Roger Moore. Mereka juga telah mendengar daripada seorang bekas tentera kanak-kanak Ishmael Beah, yang telah membacakan memori kehidupan beliau semasa konflik di Sierra Leone. Dan aktivis HIV/AIDS dari Afrika Selatan, Thembi Ngubane telah memberi ucapan kepada para peserta J8 tentang perjuangan beliau sebagai seorang remaja yang hidup dengan HIV, dan kini sebagai seorang ibu kepada anak yang berusia dua tahun yang bebas dari HIV. ‘Kami di sini untuk membuat perubahan’ Bagi anak-anak muda ini, mewakili negara-negara yang sedang membangun dan telah membangun, Persidangan J8 merupakan suatu peluang untuk bersatu merentasi pelbagai budaya dan berusaha untuk mencapai sebuah masa depan yang lebih gembira dan sihat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Di dalam merumuskan Perisytiharan mereka kepada G8, anak-anak muda tersebut berkata: “Kami berada di sini untuk membuat satu perubahan. Kami akan terus menangani cabaran-cabaran yang terdapat di depan kami dengan sedaya-upaya kami. Untuk mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran ini, kami memerlukan sokongan anda. “Kami lihat bahawa dengan kuasa yang besar turut hadir adalah tanggungjawab yang besar. Anda mestilah memenuhi janji-janji anda, yang baru dan lama,” sambung Perisytiharan tersebut. “Dengan melakukannya bersama-sama adalah tidak mustahil untuk membuat satu perbezaan.” Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin. Laman web di dalam Bahasa Inggeris.
Persidangan Kemuncak J8 2007 Laman web rasmi Persidangan Kemuncak J8* Sertai Perbincangan Suara-suara Remaja UNICEF* * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. |