Panggilan untuk meningkatkan laluan kepada perhidmatan-perkhidmatan ujian HIV dan juga kaunseling.PHNOM PENH, Kemboja, 4 Jun 2007 – Di kalangan mereka yang telah dijangkiti HIV di Asia dan Pasifik, hanya kurang daripada 10 peratus yang mengetahui status mereka. Ini merupakan halangan yang utama di dalam kempen untuk mencegah jangkitan HIV dan juga untuk memberikan rawatan, kata agensi-agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang pada hari ini telah memanggil kesemua pihak-pihak kerajaan di benua ini untuk meluaskan lagi laluan kepada perkhidmatan-perkhidmatan ujian HIV dan kaunseling. Wakil-wakil daripada Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Tabung untuk Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Gabungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap HIV/AIDS (UNAIDS) akan bersama-sama dengan pakar-pakar serta delegasi-delegasi daripada persatuan sivil di Phnom Penh, Kemboja daripada 4hb sehingga 6hb Jun untuk mengenalpasti strategi-strategi yang dapat meningkatkan laluan kepada perkhidmatan-perkhidmatan ini dengan ketara. Sehingga tahun 2006, dianggarkan terdapat seramai 8.5 juta orang yang kini hidup dengan HIV di benua Asia Pasifik. Pada tahun 2006 sahaja, terdapat seramai satu juta orang telah dijangkiti dan lebih daripada 500,000 orang yang telah meninggal dunia. Usaha-usaha untuk mencegah jangkitan-jangkitan yang baru serta memberi rawatan kepada mereka yang HIV positif menjadi sukar kerana hanya sedikit bilangan mereka yang mengetahui status mereka. “Adalah amat penting dari segi kesihatan umum dan hak-hak kemanusian untuk mengetahui status HIV anda sendiri, kerana ia boleh membawa kepada rawatan, perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan dan sokongan, dan begitu juga dengan intervensi-intervensi penjagaan yang berdasarkan bukti dan fakta kerana ia boleh menyelamatkan dan juga melanjutkan usia mereka yang menghidapi HIV," kata Dr Shigeru Omi, Pengarah Benua WHO untuk Pasifik Barat. 20 tahun telah berlalu semenjak kes pertama HIV telah dilaporkan di Benua ini, namun begitu laluan kepada perkhidmatan-perkhidmatan ujian dan kaunseling masih terhad. Walaupun tapak-tapak untuk mengadakan kaunseling dan ujian secara sukarela telah pun ditubuhkan di semua negara, tetapi sumber manusia yang terhad serta infrastruktur yang lemah telah menghalang usaha-usaha perkhidmatan kesihatan untuk memperkenalkan dan juga memberi perkhidmatan ujian dan kaunseling yang sememangnya amat diperlukan ini. Wujudnya stigma dan diskriminasi yang berterusan juga mencegah individu-individu daripada mendapatkan bantuan secara aktif. Mereka yang telah dijangkiti selalunya akan menunggu sehingga mereka terlalu sakit, dan ini mengurangkan peluang kejayaan terhadap rawatan yang diberikan. Dan seringkali, mereka yang berisiko untuk mendapat jangkitan HIV, seperti pasangan-pasangan pengguna dadah yang menyuntik atau lelaki yang mendapatkan perkhidmatan pekerja-pekerja seks, yang tidak melihat diri mereka berisiko untuk dijangkiti. Di dalam usaha untuk menangani halangan ini, agensi-agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu memanggil usaha untuk meningkatkan perkhidmatan ujian dan kaunseling yang dimulakan oleh klien ataupun pemberi perkhidmatan, serta pada masa yang sama memperkukuhkan perkhidmatan-perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan. Rundingan di Phnom Penh ini melibatkan lebih kurang 70 orang pakar-pakar serta saintis-saintis, wakil-wakil daripada badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan sivil dan masyarakat yang menerima kesan HIV, bersama-sama dengan pakar-pakar hak-hak asasi manusia daripada benua Asia dan Pasifik. Mereka akan mengkaji dasar-dasar serta amalan-amalan yang dilakukan di dalam ujian dan kaunseling, perbincangan mengenai panduan-panduan global, dan juga mengenalpasti cara-cara untuk meningkatkan ujian HIV dan kaunseling sebagai sebahagian daripada perkhidmatan-perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan di benua ini. Salah satu komponen penting di dalam membuat pertimbangan terhadap perkara ini adalah panduan untuk perkhidmatan-perkhidmatan ujian HIV dan kaunseling yang dimulakan oleh pemberi khidmat di mana buku panduan tersebut telah dikeluarkan oleh WHO dan UNAIDS. Kaunseling dan ujian HIV yang dimulakan oleh pemberi khidmat (PITC) ini merupakan suatu pendekatan di mana pemberi khidmat kesihatan akan menyarankan ujian HIV, apabila ia sesuai dengan konteks epidemiologi dan juga sosial tempatan. Untuk melakukannya, kemudahan-kemudahan kesihatan mestilah mempunyai keupayaan untuk memastikan pesakit-pesakit menerima serta mendapat maklumat asas mengenai HIV dan telah pun memberi keizinan setelah mendapat maklumat-maklumat tersebut sebelum menjalani ujian. Kaunseling pasca-ujian dan rujukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus patut disediakan sebagai langkah-langkah yang patut diambil selepas ujian HIV dilakukan, iaitu secara idealnya dilakukan di makmal-makmal yang berhubung-kait dengan skim-skim kawalan dan jaminan kualiti. “Untuk meluaskan laluan kepada ujian HIV dan kaunseling yang berkualiti, ia memerlukan pengukuhan dari segi infrastruktur, sistem jaminan kualiti dan juga keupayaan sumber manusia, termasuklah sistem penilaian dan pengawasan, di semua peringkat sistem kesihatan," kata Dr Samlee Plianbangchang, Pengarah Benua WHO untuk Asia Timur-Selatan. Menurut panduan yang baru tersebut, ujian HIV masih kekal dilakukan secara sukarela dan mestilah mematuhi “3 C" – iaitu keizinan setelah diberi maklumat (informed consent), kaunseling (counseling) dan sulit (confidentiality). Ini menuntut kehadiran undang-undang serta dasar-dasar yang menentang diskriminasi terhadap status HIV seseorang itu. Sekiranya undang-undang sebegini wujud, lebih banyak usaha-usaha diperlukan untuk memastikan ia dikuatkuasakan. “Sedang kita bekerja untuk meningkatkan ujian dan kaunseling yang sesuai dengan konteks benua, kita patut pada masa yang sama menjaga hak-hak mereka yang telah diuji positif dengan menyediakan peruntukan untuk melatih mereka yang berada di dalam sistem penjagaan kesihatan untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi,” kata Prasada Rao, Pengarah Benua Asia Pasifik bagi UNAIDS. “Kita memerlukan komitmen yang lebih besar untuk mengubah sikap orang ramai terhadap virus ini dan dengan mengukuhkan komitmen daripada segi politik boleh menjadikan dasar-dasar anti-diskriminasi suatu realiti.” Keutamaan juga perlu diberikan kepada kanak-kanak, yang mempunyai daya tahan yang lemah berbanding dengan orang dewasa serta mempunyai isu-isu sensitif yang khusus tentang keizinan dan juga sulit. Pada masa ini, 64,000 orang kanak-kanak yang hidup dengan HIV di benua ini, hanya seorang daripada lima orang di kalangan mereka yang mendapat rawatan antiretorviral. “Dengan meningkatkan pengesanan awal diagnosis HIV di kalangan bayi dan kanak-kanak, kita mempunyai peluang untuk memperbaiki kualiti kehidupan kanak-kanak yang telah diuji positif dengan memberikan mereka rawatan, penjagaan dan juga sokongan yang lebih baik,” kata Anupama Rao Singh, Pengarah Benua UNICEF di Pejabat Benua Asia Timur dan Pasifik. “Walaubagaimanapun, kita perlu memastikan bahawa Konvensyen Hak Kanak-kanak dipatuhi apabila ujian dilakukan pada kanak-kanak, lebih-lebih lagi terhadap kebajikan kanak-kanak tersebut, ia mestilah dihormati.” Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS Menentang HIV/AIDS di Malaysia |