Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Persidangan kemuncak J8 bermula di Jerman

© UNICEF/2007/Tarneden
Dengan menggunakan cat, kumpulan anak-anak muda ini telah meletakkan tanda-tanda tangan mereka di atas sebuah panel pameran ketika berlangsungnya Persidangan Kemuncak J8, di mana mereka berkumpul untuk menyuarakan pendapat mereka kepada agenda G8.

Oleh Gerrit Beger

WISMAR, Jerman, 3 Jun 2007 – Anak-anak muda daripada kumpulan yang terdiri daripada 8 buah negara-negara berindustri dan juga negara yang sedang membangun,  begitu juga pegawai-pegawai daripada negara Jerman yang berada di peringkat persekutuan dan juga tempatan, telah bekumpul di sini untuk upacara pembukaan Persidangan Kemuncak Junior 8 – iaitu suatu persidangan remaja antarabangsa yang mempunyai agenda selari dengan Persidangan Kemuncak G8.

Upacara pembukaan telah diadakan dengan penuh semangat, di mana para peserta J8 telah membuat komitmen untuk memaksimakan kesan yang akan dibawa oleh persidangan kemuncak remaja ini dan menggesa pemimpin-pemimpin G8 agar memegang pada janji mereka terhadap beberapa isu utama. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh tiga orang remaja daripada negara Rusia, Jerman dan Jepun.

Menteri Pembangunan Negara Jerman iaitu Cik Heidemarie Wieczorek-Zeul telah memberi ucapan utama, dan di dalam ucapan beliau, beliau mengatakan betapa kagumnya beliau apabila melihat ramai peserta remaja daripada seluruh dunia telah menghadirkan diri.

“Kita semua sedang berbicara tentang globalisasi, tetapi apa yang kita sebenarnya memerlukan adalah globalisasi manusia – iaitu di mana semua orang dapat berkumpul,” kata beliau. “Andalah yang boleh membantu membuatnya suatu realiti.”

Interaksi dengan pemimpin-pemimpin dunia

Persidangan Kemuncak merupakan sebuah inisiatif gabungan yang telah dibiayai dan juga diterajui oleh UNICEF dan Yayasan Antarabangsa Morgan-Stanley, ia bertujuan untuk meningkatkan suara-suara dan pandangan daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda, meningkatkan keupayaan mereka untuk memberi pengaruh kepada keputusan-keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat G8, yang akan bermula pada hari Rabu ini.

Ia bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta J8 untuk berinteraksi secara langsung dengan para pemimpin, malahan ia juga memperkasa anak-anak muda untuk berbincang tentang isu-isu global yang memberi kesan kepada remaja dan pada masa yang sama memberi laluan bagi mereka untuk melakukan advokasi terhadap para pemimpin G8 untuk mencari penyelesaian dan bertindak.

© UNICEF/2007/Schuepp
Delegasi J8 daripada negara India, Yasminbi Shah Faqueer sedang memegang kad yang tertulis mesej-mesej yang menggesa para pemimpin dunia agar mendengar pandangan yang diberikan oleh anak-anak muda.

“Anda boleh bertemu dengan mereka yang datang dari seluruh pelusuk dunia, anda boleh berhubung, anda boleh menghabiskan masa yang berkualiti, anda betul-betul boleh mendapat ilham untuk mesej-mesej yang akan membuat orang ramai mendengarnya,” kata ketua Yayasan Antarabangsa Morgan-Stanley di negara Jerman iaitu Dagmar Kollmann. “Fikirkanlah,” tambah beliau. “Empat puluh minit bersama-sama dengan orang-orang yang penting di dalam dunia ini. Semestinya mereka akan mendengar apa yang ingin anda perkatakan.”

Agenda masa depan

Anak-anak muda yang kini berada di Wismar akan menghabiskan masa selama seminggu ini berdebat tentang emapt isu-isu penting: pembangunan ekonomi di negara Afrika; HIV/AIDS; perubahan iklim dan penggunaan tenaga yang cekap; serta cabaran-cabaran global yang baru, termasuklah hak-hak intelek dan tanggungjawab sosial bagi organisasi korporat – iaitu isu-isu yang sama di dalam agenda G8.

Cik. Wieczorek-Zeul telah memberi jaminan beliau bahawa negara Jerman akan melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat di dalam mesyuarat G8 tersebut.

“Perjuangan di dalam menentang AIDS merupakan salah satu keputusan utama yang akan diambil,” kata beliau. “[AIDS] bukan sahaja membunuh manusia tetapi ia juga membunuh harapan. Kami memenuhi tanggungjawab negara Jerman dengan meningkatkan sumbangan kami kepada Dana Global untuk memerangi HIV/AIDS, malaria dan tuberkulosis. Yang amat menyedihkan kini ialah lebih kurang 15 juta orang kanak-kanak telah pun kehilangan kedua ibu bapa mereka disebabkan oleh AIDS.”

Tentang perubahan iklim, Cik. Wieczorek-Zeul berkata bahawa kita tidak boleh membuang masa. “Menurut laporan iklim yang terkini, kita mempunyai lapan tahun untuk bertindak. Kita mesti mencari sumber-sumber tenaga lain sebagai alternatif. Perang telah berlaku untuk mendapatkan sumber minyak – tetapi perang tidak akan berlaku untuk mendapatkan sumber matahari,” beliau memberi tekanan.

Semangat kerjasama

“Kita masih boleh melihat lebih kurang 20 juta orang kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang langsung untuk mendapatkan pendidikan di peringkat sekolah rendah," tambah Cik. Wieczorek-Zeul. “Dan ini amat penting, kerana dengan berbekalkan pengetahuan dan pendidikan barulah anda boleh maju ke hadapan, anak-anak anda akan pergi ke sekolah dan negara anda mempunyai peluang yang lebih cerah.”

Untuk memupuk semangat  kerjasama, delegasi-delegasi J8 telah ditempatkan di atas sebuah kapal di Wismar. Tetapi terdapat maksud yang tersirat di sebaliknya: Setiap seorang daripada delegasi tersebut akan diberikan sebuah komputer riba untuk digunakan, ia diberikan sebagai pinjaman daripada sebuah pertubuhan yang tidak mengaut keuntungan iaitu “Sebuah komputer riba bagi setiap kanak-kanak”, dan setiap komputer disambungkan di dalam satu rangkaian dengan komputer-komputer lain. Ia merupakan komputer yang direka untuk kanak-kanak di negara-negara termiskin di dunia ini dengan harga yang berpatutan – iaitu menjadikannya amat sesuai bagi sekumpulan pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai niat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak di serata dunia.

Keesokan harinya, para peserta J8 akan menemui Canselor negara Jerman iaitu Cik Angela Merkel di Berlin dan akan membentangkan rumusan dan juga usulan-usulan mereka kepada para pemimpin G8 pada 7 Jun di Heiligendamm, iaitu tempat di mana mesyuarat G8 diadakan.

* Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

3 Jun 2007:
Wartawan UNICEF, Thomas Nybo melaporkan tentang upcara pembukaan Persidangan Kemuncak J8 di Wismar, Jerman.*
 VIDEO  max | min

Penyiaran video berkualiti berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket

* Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.


Persidangan Kemuncak J8 2007

Search:

 Email this article

unite for children