Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Kemajuan dan juga pencapaian untuk kanak-kanak pada tahun 2006 dikaji semula oleh Lembaga Eksekutif UNICEF

© UNICEF/ HQ06-2587/Kamber
Lembaga Eksekutif UNICEF akan mengadakan mesyuarat untuk mengkaji semula hasil-hasil yang didapati daripada program untuk kanak-kanak yang terdedah dan lemah seperti anak kecil di atas yang ttersisih disebabkan konflik yang berlaku Republik Afrika Tengah.

Oleh Kun Li

NEW YORK, 4 Jun 2007 – Lembaga Eksekutif UNICEF telah memulakan sesi tahunannya secara rasmi pada hari ini di New York.

Sepanjang mesyuarat yang akan berlangsung selama empat hari tersebut, ahli-ahli lembaga akan meneliti Laporan Tahunan organisasi untuk tahun 2006 serta membincangkan tentang program-program yang dilaksanakan di negara-negara terlibat di samping melihat kembali keputusan-keputusan yang telah dicapai dalam bidang pendidikan, kesaksamaan gender, nutrisi kanak-kanak dan bidang-bidang yang lain.

“Kita akan mempunyai peluang untuk mengkaji semula kemajuan yang telah dicapai untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Milenium,” kata Presiden Lembaga Eksekutif, H.E. Javier Loayza Barea, ketika memberi ucapan pembukaan beliau.

Program-program yang dijalankan di negara-negara yang terlibat menjadi tumpuan

Pada minggu ini, dokumen-dokumen program daripada 25 buah negara akan dikaji semula oleh ahli-ahli lembaga. Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman telah memberi penekanan bahawa walaupun perbincangan yang akan berlangsung adalah amat penting, namun begitu kerja utama badan organisasi ini adalah kerja-kerja yang dilakukan di lapangan.

Di lapangan, hasil-hasil yang didapati boleh membawa perubahan kepada kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak, kata Cik Veneman lagi. Sesetengah program yang dilaksanakan mensasarkan kanak-kanak di dalam negara-negara yang termiskin di dunia, tetapi tambah beliau, lain-lain program pula mensasarkan keperluan negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang tinggi – di mana kanak-kanak yang disasarkan sangat memerlukan perlindungan dan juga sokongan.

Program UNICEF selalunya berhadapan dengan negara-negara yang mempunyai kebangkitan konflik, negara-negara yang sedang melalui prevalensi HIV yang tinggi dan negara-negara yang mempunyai perbezaan dalaman dari segi ekonomi, sosial, kata Cik Veneman. Peranan UNICEF di dalam setiap persekitaran ini adalah untuk membantu memberikan peluang yang membolehkan kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Intervensi-intervensi yang mempunyai kesan yang mendalam

Sebelum bermulanya perbincangan tentang Laporan Tahunan ini, Timbalan Pengarah Eksekutif, Kul Gautam telah memberi pembentangan tentang hasil-hasil yang didapati daripada program-program yang telah dilaksanakan oleh UNICEF dan rakan organisasi yang lain. 

Encik Gautam juga telah memberi contoh seperti intervensi-intervensi dalam bidang pembangunan dan juga bagi kanak-kanak meneruskan kehidupan. Di antara tahun 1999 dan 2005, menurut beliau, kematian kanak-kanak disebabkan oleh cacar air telah menurun sebanyak 60 peratus secara global serta 75 peratus di Sub-Sahara Afrika, jauh melangkaui sasaran awal iaitu 50 peratus bagi setiap pengurangan.

Pada masa yang sama, liputan imunisasi juga telah berjaya mencapai sebanyak 78 peratus di seluruh dunia, dengan 113 buah negara telah pun berjaya mencapai liputan yang melebihi 90 peratus. Walaupun dengan bilangan peningkatan yang menggalakkan, Encik Gautam juga menegaskan bahawa, “Masih terdapat seramai 28 juta orang kanak-kanak yang masih belum diberikan imunisasi setiap tahun – 75 peratus daripada mereka dari 10 buah negara.”

Di dalam bidang pendidikan asas dan kesaksamaan gender, tambah beliau, jumlah anggaran bagi kanak-kanak yang sepatutnya berada di sekolah rendah tetapi tidak bersekolah telah menurun kepada 77 juta orang, ini disebabkan oleh inisiatif-inisiatif yang telah berjaya dilakukan termasuklah pemansuhan yuran sekolah, sokongan untuk sekolah yang mesra untuk kanak-kanak serta kempen “kembali ke sekolah”.

“Walaubagaimanapun, jumlah 77 juta orang ini masih terlalu ramai,” ujar Encik Gautam, beliau memberi penekanan terhadap perlunya laluan universal kepada sekolah serta untuk melihat kanak-kanak yang terlibat sememangnya berada di sekolah dan pendidikan mereka dapat dilengkapi.

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

4 Jun 2007:

Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman berbincang tentang kepentingan program-program yang dilaksanakan di negara-negara yang terlibat.*
 VIDEO  max | min

Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Kul Gautum membentangkan kemajuan-kemajuan dan juga pencapaian-pencapaian yang telah diperolehi daripada program-program yang dilaksanakan pada tahun 2006.*
 VIDEO  max | min

Presiden Lembaga Eksekutif UNICEF, H.E. Javier Loayza Barea mengalu-alukan kedatangan delegasi-delegasi ke mesyuarat tahunan Lembaga Eksekutif.*
 VIDEO  maxmin

* Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.


Laporan Tahunan 2006

* Laporan di dalam Bahasa Inggeris.


Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children