Anugerah Hak Kanak-kanak 2007 – Panggilan untuk semua penyiar media
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2007 – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Persatuan Kabel dan Satelit Asia (CASBAA) dan Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) kini menjemput para penerbit dan penyiar Asia-Pasifik agar menghantar penyertaan-penyertaan untuk Anugerah Hak Kanak-kanak 2007. Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada program televisyen yang berkaitan dengan hak kanak-kanak yang diterbitkan di benua Asia-Pasifik. Ia memberi penghargaan terhadap usaha-usaha para penyiar di dalam mencapai tahap penerbitan yang berkualiti tinggi di dalam program kanak-kanak dan liputan berita berkenaan isu kanak-kanak. Hanya terdapat seorang pemenang bagi satu kategori. Program-program untuk dan tentang kanak-kanak, adalah layak untuk menyertai anugerah ini dan ia boleh meliputi mana-mana isu hak kanak-kanak. Penyertaan-penyertaan termasuklah dokumentari-dokumentari yang menerangkan dengan teliti tentang kesusahan dan kepayahan hidup yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak, drama-drama yang boleh mengurangkan stereotaip dan diskriminasi, atau animasi yang berbentuk pendidikan dan juga menghiburkan. Penyertaan-penyertaan mestilah disiarkan di antara bulan Ogos 2006 dan Julai 2007, dan mestilah diterima sebelum atau pada 10 Ogos 2007. Anugerah ini akan diberikan ketika konvensyen CASBAA di Hong Kong yang akan diadakan pada 2 November 2007. Pemenang anugerah ini akan diterbangkan ke Hong Kong untuk menghadiri upacara penyampaian ini. Pemenang-pemenang terdahulu termasuklah:
Penyertaan daripada Malaysia yang bertajuk "Dark Street Kids" yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia merupakan salah satu daripada sepuluh penyertaan di peringkat terakhir pada tahun 2006. Diterbitkan oleh Nawar Hani Kamaruddin, dokumentari tersebut membawa kisah kanak-kanak yang telah dilahirkan dan dibesarkan di lorong-lorong gelap atau rumah-rumah pelacuran di Malaysia. Ia menunjukkan kesusahan, termasuklah stigma dan diskriminasi, yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak kepada pekerja-pekerja seks secara komersil. Semenjak ia dimulakan pada tahun 2001, Anugerah Hak Kanak-kanak ini telah berkembang maju dengan jayanya. Negara-negara yang layak untuk menyertai anugerah ini adalah: Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang anugerah ini, sila layari laman web http://www.childrightsaward.org/ TAMAT
Maklumat yang berkaitan Tarikh tutup: 10 Ogos 2007 * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |