Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU) bergabung tenaga untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak

UNICEF dan ahli-ahli majlis undangan daripada seluruh dunia telah melancarkan sebuah buku panduan dan mengatakan bahawa keganasan dan penderaan boleh diatasi oleh pihak-pihak kerajaan dan parlimen-parlimen yang mempunyai tekad dan komitmen.

BALI / INDONESIA, 2 Mei 2007 – Di Persidangan Gabungan Antara Parlimen (IPU) yang ke-116, mesyuarat yang diadakan di Nusa Dua (Indonesia), ahli-ahli badan organisasi UNICEF dan IPU mengatakan bahawa masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di setiap negara.

Menurut kajian Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang subjek ini, keganasan terhadap kanak-kanak amat berleluasa, kurang diberi perhatian dan merosakkan. Kesan-kesan yang dialami secara fizikal, emosi dan psikologikal yang disebabkan oleh keganasan boleh membawa implikasi yang dahsyat kepada perkembangan kanak-kanak, kesihatan dan juga kebolehan mereka untuk belajar.

“Cara terbaik untuk mengatasi keganasan terhadap kanak-kanak adalah dengan menghentikannya sebelum ia berlaku,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Toshi Niwa. “Bekerja melalui strategi kebangsaan yang selaras untuk mencegah dan bertindakbalas kepada keganasan terhadap kanak-kanak, pihak kerajaan dan parlimen harus membina persekitaran yang terlindung yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup tanpa ancaman yang dibawa oleh penderaan dan eksploitasi.”

“Keganasan membawa kepada kemiskinan, buta huruf dan kematian awal,” kata Presiden IPU, Pier Ferdinando Casini. “Keganasan yang berleluasa merompak masyarakat daripada potensinya untuk membangun dan menghalang kemajuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.”

Untuk membantu ahli-ahli parlimen menangani masalah ini, UNICEF dan IPU telah melancarkan sebuah buku panduan yang telah direka khusus untuk ahli-ahli parlimen. “Dengan adanya buku panduan ini, kami berhadap agar parlimen-parlimen mempunyai sebahagian daripada panduan yang mereka perlukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih terlindung untuk kanak-kanak,” tambah Presiden Casini.

Ahli-ahli parlimen dan organisasi-organisasi antarabangsa daripada 100 buah negara telah menghadiri mesyuarat selama seminggu ini yang telah diadakan di Indonesia yang telah membincangkan strategi-strategi untuk mempertingkatkan toleransi agama, menggalakkan hak-hak yang saksama dan menentang keganasan terhadap kanak-kanak.

“Adalah bagus untuk melihat ramai ahli majlis undangan di sini yang berkomited di dalam mengambil tindakan untuk mengakhiri keganasan,” kata Niwa. “Ahli-ahli parlimen boleh dan patut berada di kalangan mereka yang merupakan jaguh di dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Mereka boleh membuat undang-undang, memerhati aktiviti kerajaan, membuat peruntukan terhadap sumber kewangan dan, sebagai pemimpin-pemimpin di dalam negara mereka, melaksanakan advokasi untuk membawa perubahan.”

Ditubuhkan pada tahun 1889 dan mempunyai Ibu pejabat di Geneva, IPU, merupakan organisasi politik yang tertua, kini mempunyai 148 buah parlimen-parlimen kebangsaan sebagai ahli gabungan dan tujuh buah rakan gabungan benua. Organisasi parlimen-parlimen sedunia ini juga mempunyai Pejabat di New York, yang bertindak sebagai pemerhati tetap dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UNICEF kini bekerja di 150 buah negara. Di mana hampir kebanyakannya menjalankan program perlindungan kanak-kanak, memberi fokus terhadap kanak-kanak yang tidak mempunyai penjaga, buruh kanak-kanak, dan keganasan terhadap kanak-kanak. Sepanjang dua tahun yang lepas, organisasi ini telah meletakkan lebih daripada US$240 juta kepada kerja-kerja di dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

TAMAT.

 

 

 

 

Buku panduan

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Hentikan Keganasan Sekarang!

Hentikan keganasan!

Pelancaran di Malaysia*

Laporan PBB (laman web)*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Malaysia: Perlindungan Kanak-Kanak

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Gabungan antara Parlimen

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children