Hari Memperingati AIDS Sedunia 2007 - Ahad, 20hb MeiPENASIHAT MEDIA KUALA LUMPUR, 20 April 2007 - HIV kini mengancam kehidupan kanak-kanak lebih dahsyat daripada sebelumnya. Secara global, kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun menyumbang 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV di dunia. Seorang kanak-kanak meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit pada setiap hari, seorang remaja yang berumur di antara 15 sehingga 24 tahun dijangkiti oleh HIV setiap 15 saat manakala 15 juta kanak-kanak kini telah menjadi yatim piatu disebabkan oleh AIDS.Di Malaysia, jangkitan-jangkitan baru HIV telah berganda setiap tiga tahun dengan purata seramai 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang kini telah pun dijangkiti di Malaysia sehingga Jun 2006, hampir empat puluh (40) peratus daripada mereka terdiri daripada anak-anak muda yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak pula telah meningkat daripada 0.2% jangkitan-jangkitan baru pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005. Lebih daripada dua puluh tahun epidemik AIDS telah berlaku dan HIV/AIDS kini tidak menunnjukkan sebarang kelemahan di dalam mengancam kehidupan masyarakat kita. Bilangan kanak-kanak, remaja dan juga anak-anak muda yang meletakkan diri mereka di dalam epidemik tersebut dan berisiko serta memerlukan perlindungan kini semakin meningkat setiap hari. AIDS telah menafikan kebanyakan hak-hak kemanusiaan kanak-kanak dan anak-anak muda – daripada penjagaan, kasih sayang dan kemesraan daripada ibubapa mereka; daripada guru-guru mereka dan lain-lain ‘role model’; terhadap pendidikan dan pilihan-pilihan untuk masa hadapan mereka; dan perlindungan daripada eksploitasi dan penderaan. Tema Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD) pada tahun ini adalah "Menerajui Jalan kepada Dunia tanpa AIDS" memanggil seluruh dunia agar mengambil tindakan sekarang, dengan segera dan juga dengan keputusan, untuk memastikan agar generasi kanak-kanak seterusnya akan bebas daripada AIDS. Pengalaman-pengalaman UNICEF daripada seluruh dunia telah menunjukkan bahawa intervensi-intervensi yang mensasarkan anak-anak muda boleh membantu menghentikan epidemik AIDS. Intervensi-intervensi ini termasuklah:
Dunia perlu mengambil tindakan segera terhadap impak khusus yang telah dibawa oleh AIDS terhadap kanak-kanak dan anak-anak muda, atau kita tidak mempunyai peluang langsung untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) 6 – iaitu untuk menghentikan dan mula membalikkan penyebaran penyakit ini menjelang tahun 2015. Kegagalan untuk mencapai matlamat terhadap HIV/AIDS ini akan memberi kesan kepada peluang-peluang bagi dunia untuk maju di dalam lain-lain MDG. Penyakit ini akan terus memberi halangan terhadap usaha-usaha untuk mengurangkan kemiskinan, kebuluran, di dalam memberikan pendidikan primer yang universal, dan juga untuk mengurangkan kematian bayi dan memperbaiki kesihatan ibu-ibu yang mengandung. IAMD merupakan salah satu daripada gerakan kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap HIV/AIDS di peringkat lapangan. Kini masuk ke tahun 24, IAMD telah menjadi lebih daripada suatu peringatan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia disebabkan AIDS. Ia memberikan peluang-peluang untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang HIV/AIDS; memberi maklumat kepada pembuat-pembuat dasar tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghentikan penyakit ini; dan mewujudkan dialog di peringkat masyarakat tentang pencegahan, penjagaan dan rawatan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Hari Memperingati AIDS Sedunia, sila layari laman web http://www.candlelightmemorial.org/ (* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.) Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin. .................................................................................... PENYIAR: Penyiaran video-video berkualiti
*Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI MEDIA: Sila hubungi UNICEF Malaysia
Hari Memperingati AIDS Sedunia 2007 Siaran akhbar Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dan HIV/AIDS Kesan HIV/AIDS terhadap Kanak-kanak Statistik HIV/AIDS untuk Malaysia dan sedunia * * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Menentang HIV/AIDS di Malaysia Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS Matlamat Pembangunan Milenium Matlamat Pembangunan Milenium* Matlamat Pembangunan Milenium – Malaysia * Laman web di dalam Bahasa Inggeris |