Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Pengarah Eksekutif UNICEF menyertai ‘Walk for Water’ oleh Starbucks dan Ethos

© Starbucks/Stuart Ramson
Pelajar-pelajar sekolah rendah memegang sepanduk ketika kempen “Walk for Water” di New York, melambangkan kesukaran terpaksa dilalui oleh wanita serta kanak-kanak di negara-negara membangun setiap hari untuk mendapatkan air minuman bagi keluarga mereka.

Oleh Kun Li

NEW YORK, AS, 22 Mac 2007 – Bagi menandakan Hari Air Sedunia, Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman hari ini telah menyertai lebih daripada 250 pelajar-pelajar sekolah dan beratus-ratus lagi warga New York di dalam kempen ‘Walk for Water’ untuk mengetengahkan krisis air sedunia.

Acara ini telah dikendalikan oleh Syarikat Kopi Starbucks dan jenama Air Ethos yang dimilikinya. Ramai pekerja-pekerja, pelanggan-pelanggan dan juga rakan-rakan kongsi Starbucks telah digalakkan untuk menyertai kempen ini, bersama-sama dengan kanak-kanak daripada tiga buah sekolah kerajaan daripada kawasan Bronx dan Brooklyn di Bandaraya New York. Tidak kurang daripada 500 orang telah menyertai kempen ini.

Kempen “Walk for Water” ini melambangkan betapa sukarnya mereka yang hidup di negara-negara membangun untuk mendapatkan air yang bersih bagi keluarga mereka setiap hari. Secara purata, perjalanan sejauh 3 batu perlu diambil setiap hari, dan wanita serta kanak-kanak – terutama sekali kanak-kanak perempuan – seringkali terpaksa mengambil tugasan ini.

“Penyediaan air minum yang bersih adalah amat penting untuk kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia,” kata Cik. Veneman. “Di kebanyakan tempat di dunia ini, wanita dan kanak-kanak terpaksa berjalan agak jauh untuk mendapatkan air untuk keluarga mereka yang akan menggunakannya sebagai air minuman, membasuh dan juga memasak.”

Kematian yang boleh dicegah

Selepas acara tersebut, sebuah tayangan khas bagi dua filem, ‘Running Dry’ dan ‘One Water’, telah diadakan di Pawagam Sunshine Cinema yang terletak di bahagian bawah kawasan Manhattan. Kedua-dua filem tersebut ditayangkan secara percuma kepada orang ramai. Kedua-dua filem tersebut mengetengahkan krisis air di dunia dan apa yang boleh dilakukan oleh setiap individu untuk membantu mengurangkan masalah kekurangan air – iaitu tema bagi Hari Air Sedunia tahun ini.

Walaupun terdapat 1.2 juta orang yang kini dapat menikmati air yang bersih dan selamat semenjak tahun 1990, masih terdapat 425 juta orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang tidak bernasib baik. Setiap tahun, air yang tidak bersih dan juga kurangnya sanitasi telah menyumbang kepada kematian seramai 1.5 juta orang kanak-kanak di bawah lima tahun yang disebabkan oleh cirit-birit.

“Terdapat lebih kurang 1 bilion orang yang masih tidak dapat menikmati air yang bersih, 2.6 bilion yang tidak dapat menikmati perkhidmatan-perkhidmatan sanitasi yang lengkap,” kata Timbalan Presiden Starbucks dan perintis Air Ethos, Peter Thum. Beliau menambah bahawa masalah air dan sanitasi “berkait-rapat” dan telah membawa kesan yang ketara di negara-negara yang membangun.

Sokongan kewangan untuk projek-projek berkaitan air

“Walk for Water” hari ini merupakan satu contoh komitmen jangkamasa panjang oleh Starbucks dan Ethos untuk meningkatkan kesedaran terhadap krisis air dunia. Komitmen tersebut termasuklah memberi pendidikan dan maklumat kepada pelanggan-pelanggan dan juga rakan-rakan kongsi, dan memperkasa mereka untuk memainkan peranan mereka sebagai individu di dalam meringankan kekurangan air di dunia.

Sebagai tambahan, bagi setiap botol air Ethos yang dijual di kedai-kedai Starbucks, lima sen akan disumbangkan kepada Dana Air Ethos di bawah Yayasan Starbucks. Dana-dana ini akan memberi sokongan kepada matlamat Starbucks untuk menyumbang sekurang-kurangnya $10 juta dalam masa lima tahun ini kepada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dengan isu-isu yang berkaitan dengan air.

Sumbangan-sumbangan tersebut akan dilaburkan dengan memberikan perkhidmatan air, sanitasi serta pendidikan kebersihan di negara-negara yang membangun seperti Bangladesh, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Honduras, India dan Kenya, dan lain-lain negara.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Hari Air Sedunia 2007

Hidup dengan Air yang Semangkin Berkurangan (Coping with Water Scarcity)

20 Mac 2007


Esei Foto

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children