Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Sabtu, 7hb April 2007 ialah Hari Kesihatan Sedunia.

Kesihatan membawa kepada keselamatan; ketidakselamatan membawa kepada kesihatan yang terjejas.

PENASIHAT MEDIA, KUALA LUMPUR, 26 Mac 2007 – Tema untuk Hari Kesihatan Sedunia tahun ini adalah “Melabur di dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat” menunjukkan kepentingan keselamatan kesihatan antarabangsa sebagai pertahanan yang pertama terhadap kejutan-kejutan kesihatan seperti HIV/AIDS, selsema burung dan SARS yang membawa akibat buruk kepada orang ramai, masyarakat dan juga ekonomi di peringkat kebangsaan, benua dan juga dunia.

HIV/AIDS merupakan satu contoh yang kuat untuk menunjukkan hubungkait di antara kesihatan dan juga keselamatan. HIV/AIDS mengancam kestabilan seluruh negara dan juga benua. Tidak seperti lain-lain penyakit, AIDS membawa kesan kepada ahli-ahli masyarakat yang paling produktif.  Darihal sebaliknya, menangani kesan-kesan ancaman kesihatan yang lain seperti  SARS, selsema burung (H5NI), bio-terrorism dan juga kecemasan-kecemasan kemanusiaan pula melibatkan usaha-usaha gabungan yang dapat memperbaiki persediaan dan juga di dalam memberi maklumbalas yang berkesan apabila ia berlaku.

Di dalam dunia yang globalisasi kini, epidemik-epidemik yang muncul di merata tempat akan merentasi sempadan-sempadan kebangsaan dan juga mengancam keselamatan gabungan. Ancaman-ancaman kepada kesihatan dan keselamatan semakin berganda dan bergerak dengan lebih pantas berbanding dengan sebelum ini. Dua jenis ancaman kesihatan yang membimbangkan yang boleh kita dapati sekarang di Malaysia adalah HIV/AIDS dan selsema burung.

  • Sehingga Jun 2006, seramai 73,427 orang rakyat Malaysia telah dijangkiti HIV atau AIDS, dengan purata sebanyak 17 buah kes baru dilaporkan setiap hari. Kadar wanita-wanita yang telah dilaporkan dengan HIV telah meningkat secara mendadak semenjak satu dekad yang lepas daripada 4% kes-kes baru pada tahun 1995 kepada 12% kes-kes baru pada tahun 2005. Akibatnya, peratusan bayi-bayi yang dilahirkan dengan virus HIV telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.
  • Walaupun Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada Selsema Burung yang amat patogenik pada bulan Jun 2006 dengan mengawal penyebaran virus tersebut di beberapa buah tempat ternakan awal tahun ini, pihak berkuatkuasa perlu terus-menerus berada di tahap berjaga-jaga kerana negara ini berada di benua yang mempunyai rekod sebaran selsema burung yang amat membimbangkan dengan beberapa kematian telah direkodkan.

Setiap negara patut melabur di dalam kesihatan dan juga di dalam membina kapasiti untuk mencegah ancaman-ancaman yang sedia ada dan baru dengan memperkukuhkan sistem kesihatan awam. Perlindungan kesihatan masyarakat dan juga keselamatan kesemua yang terlibat memerlukan komitmen politik di peringkat yang tertinggi dan juga kerjasama yang erat di antara agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan juga media.
..................................................................................

PENYIAR:  Penyiaran video berkualiti Hari Kesihatan Sedunia yang boleh di dapati adalah:

PERTANYAAN LANJUT: Sila hubungi UNICEF Malaysia

Indra Nadchatram: 013 366 3452; inadchatram@unicef.org
Izwina Mohd Din:   012 243 7374; imohddin@unicef.org

 

 

 

 

 

Hari Kesihatan Sedunia 2007

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Garis Panduan Selsema Avian (H5N1)

Bahasa Melayu

Bhg 1: Virus H5N1

Bhg 2: Petua membuat Laporan 


Search:

 Email this article

unite for children