UNICEF membuka penyertaan untuk Anugerah Penyiaran untuk kanak-kanak
NEW YORK, 1 April 2007-UNICEF dan Akademi Antarabangsa Seni & Sains Televisyen hari ini telah membuka penyertaan kepada penyiar-penyiar televisyen untuk Anugerah Penyiaran bagi Hari Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 (ICDB). Anugerah ICDB ini akan diberikan kepada penyiar yang mempunyai program-program yang memaparkan Penyiaran Hari Kanak-Kanak Antarabangsa pada tahun 2006, kempen Bersatu untuk Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS, dan dapat menunjukkan dedikasi secara menyeluruh terhadap penglibatan remaja di dalam media. Penyiar-penyiar radio juga digalakkan untuk menghantar penyertaan program mereka, kerana UNICEF juga akan memberi Anugerah ICDB 2007 untuk Kecemerlangan Radio. Untuk melayakkan diri bagi Anugerah ICDB ini, program-program penyiaran tersebut mestilah berlaku pada, sebelum atau selepas hari Ahad, 10 Disember 2006 bersempena Penyiaran Hari Kanak-Kanak Antarabangsa 2006. Tarikh tutup untuk semua penyertaan adalah 18 Mei 2007. Untuk menggalakkan lebih ramai remaja melibatkan diri di dalam media bagi sepanjang tahun, para hakim untuk anugerah ini bukan sahaja membuat pertimbangan berdasarkan kualiti kerja yang diberikan, tetapi juga komitmen oleh penyiar-penyiar untuk melibatkan para remaja yang diadakan secara berterusan. "Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat-pendapat mereka dan para penyiar di seluruh dunia memberikan mereka peluang untuk berbuat demikian dengan menyiarkan suara-suara remaja ini – bukan sahaja untuk satu hari di dalam bulan Disember malah sepanjang tahun,” kata Stephen Cassidy, ketua bahagian Internet, Penyiaran dan Imej UNICEF.“Kita mahu memberikan mereka ganjaran di atas dedikasi serta komitmen yang diberikan oleh mereka.” “Kami amat berbangga dengan hubungan kerja selama 16 tahun dengan UNICEF melalui Anugerah ICDB. Anugerah istimewa ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan-sumbangan terbaik di dalam program kanak-kanak, tetapi ia juga sebagai pemangkin untuk memajukan lagi komitmen yang diberikan oleh penyiar-penyiar di dalam memperbaiki kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia,” kata Fred Cohen, Pengerusi Akademi Antarabangsa. Untuk tahun ketiganya, penghakiman Anugerah ICDB Award akan diadakan berdasarkan 8 benua dengan penyiar-penyiar yang layak untuk mendapat hadiah. Penyertaan televisyen yang mendapat markah tertinggi daripada setiap benua akan bersaing untuk Anugerah ICDB, yang akan diberikan pada Gala Anugerah-Anugerah Emmy® Antarabangsa, pada 19 November 2007 di New York. Penyertaan radio yang mendapat markah tertinggi akan menjadi finalis untuk Anugerah ICDB bagi Kecemerlangan Radio, yang akan diberikan pada Anugerah Breakfast di New York. Maklumat tentang penghakiman berdasarkan lokasi benua dan juga borang-borang penyertaan boleh didapati daripada www.unicef.org/icdb. Tahun lepas, Anugerah ini telah dimenangi oleh Teleradio Moldova untuk program “Let’s Play!” mereka. Teleradio Moldovia merupakan salah satu daripada 6 pemenang hadiah ICDB, yang dimenangi oleh ATN Bangla (Bangladesh), RCN (Colombia), Radio Gambia dan Perkhidmatan Televisyen (Gambia), TVE (Sepanyol) dan TV Penyiaran Syrian (Syria). **** NOTA kepada EDITOR Akademi Antarabangsa Seni & Sains TelevisyenAkademi Antarabangsa Seni & Sains Televisyen merupakan badan penyiar yang terbesar di dunia, dengan keahlian daripada 70 buah negara dan juga lebih 400 buah syarikat. Akademi ini telah diberikan tugas untuk mengenalpasti kecemerlangan di dalam program-program televisyen yang diterbitkan di luar Amerika Syarikat, dan ia memberikan Anugerah Emmy ® Antarabangsa di dalam empat belas kategori: Program-program Kesenian; Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita; Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki; Berita-berita Terkini; Kanak-kanak & Remaja; Komedi; Lanjutan Liputan Berita; Dokumentari; Siri-siri Drama; Saluran Interaktif; Perkhidmatan TV Interaktif; Hiburan Tanpa-Skrip; Filem TV /Siri-siri mini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Karen Cirillo,
|