Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Piala Dunia Kriket Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) bermula, mengetengahkan keperluan kanak-kanak di mana AIDS telah membawa kesan kepada kehidupan mereka

© UNICEF/HQ07-0141/Nesbitt
Seorang peminat kecil sedang memegang kayu pemukul kriket selepas pertandingan liga remaja di Eastern Cape Province, Afrika Selatan.

Oleh Dan Thomas

NEW YORK, AS, 12 Mac 2007 – Ia merupakan acara kriket yang terbesar dan juga paling berprestij, iaitu Piala Dunia Kriket, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), yang telah dilancarkan secara rasmi di Jamaica pada hari minggu ini dengan upacara pembukaan yang berwarna-warni melibatkan lebih 10,000 orang penonton dan juga lebih daripada 2,000 orang penghibur.

Tetapi sedang sambutan ini diadakan terdapat juga matlamat disebaliknya, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) telah bergabung dengan UNICEF dan lain-lain rakan untuk menarik perhatian orang ramai kepada isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak serta remaja yang mendapat kesan daripada HIV/AIDS. Ia merupakan sebahagiam daripada perkongsian yang baru, yang telah diumumkan pada awal bulan ini, di antara ICC, UNAIDS, UNICEF dan juga Perkongsian Media Penyiaran Caribbean terhadap HIV/AIDS.

Dikala Piala Dunia Kriket ICC 2007 menonjolkan 16 buah pasukan yang terkemuka di dunia yang berjuang di padang, di luar padang pula mereka akan bersama-sama bergandingan untuk memberi sokongan kepada kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS.

Perkongsian Piala Dunia Kriket ICC ini akan membantu menyedarkan dunia kepada fakta bahawa “AIDS telah merampas berjuta-juta kanak-kanak daripada kehidupan mereka,” kata Wakil UNICEF di Jamaica, Bertrand Bainvel. En. Bainvel telah berucap di persidangan akhbar Kingston yang telah diadakan pada minggu lepas mendahului perlawanan yang bakal berlangsung.

Meningkatkan kesedaran, berjuang menentang stigma

Lebih daripada 2 juta orang peminat-peminat kriket dijangka akan mengikuti acara sukan dunia ini, yang akan bermula dengan upacara pembukaan pada 11hb Mac di Jamaica dan berakhir dengan perlawanan akhir Piala Dunia Kriket ICC di Barbados pada 28hb April.

“Semangat kesukanan kriket merupakan sebahagian daripada permainan kami yang istimewa dan merupakan suatu konsep yang menjangkau lebih daripada batas luar padang,” kata Presiden ICC Percy Sonn. “Kita berharap agar kepelbagian aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada Piala Dunia Kriket ICC 2007 akan membawa perubahan di dalam meningkatkan kesedaran dan juga mengurangkan stigma yang menyelubungi HIV di Caribbean dan juga di merata dunia di mana kriket semakin berkembang,” tambah beliau.

“Kanak-kanak selama ini merupakan wajah yang telah hilang di dalam pandemik AIDS,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman. “Majlis Kriket Antarabangsa akan menjadi rakan sekutu yang kuat di dalam memastikan kanak-kanak diletakkan di tengah-tengah maklumbalas global terhadap epidemik ini.”

Mesej-mesej video daripada pemain-pemain kriket terkemuka dunia

Untuk menandakan acara ini, UNICEF telah melancarkan sekali lagi laman web Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS dengan bahagian khas memaparkan profil-profil video para pemain kriket yang berbicara tentang kesan AIDS kepada kanak-kanak, kuiz, pertandingan video dan juga artikel-artikel serta gambar-gambar yang diambil ketika acara pertandingan diadakan.

Beberapa siri mesej video yang menyokong kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS oleh 28 daripada pemain-pemain kriket terkemuka dunia, termasuklah kapten dari pasukan Australia, Ricky Ponting dan juga kapten bagi pasukan India, Rahul Dravid, akan disiarkan melalui TV dan juga di pertandingan tersebut.
Para pemain dan juga pegawai-pegawai daripada setiap pasukan akan memakai riben kempen yang berwarna merah dan biru ketika beraksi di dalam permainan pertama mereka dan juga ketika pertandingan akhir. Para pemain juga akan melawat program-program yang telah ditaja oleh UNICEF di Caribbean di dalam menyokong kanak-kanak dan juga remaja yang telah mendapat kesan daripada HIV.

Dengan sokongan daripada Yayasan Keluarga Kaiser, Perkongsian Media Penyiaran Caribbean terhadap HIV/AIDS – suatu gabungan yang melibatkan lebih daripada 50 penyiar-penyiar daripada 23 buah negara dan juga kawasan-kawasan di Caribbean – yang juga telah melancarkan kempen pelbagai platform, iaitu sebuah kempen terhadap HIV/AIDS yang pertama diterajui oleh media, dikenali sebagai LIVE UP!

Penonton daripada negara-negara yang telah dibebani oleh AIDS

Kriket amat popular di kebanyakan negara yang telah mendapat kesan daripada AIDS, termasuklah India dan Afrika Selatan. Bersama, kedua-dua buah negara ini menempatkan lebih kurang 11 juta sehingga 40 juta orang yang hidup dengan HIV di seluruh dunia.

Di Caribbean, UNAIDS menjangkakan terdapat lebih kurang 250,000 sehingga 15,000 orang yang mempunyai kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun – kini hidup dengan HIV pada tahun 2006.

Kriket juga merupakan sukan utama di kebanyakan negara-negara penyumbang yang amat aktif di dalam maklumbalas global terhadap AIDS, termasuklah Australia, Kanada, Britain, Netherlands dan New Zealand. Kesemua negara-negara tersebut mengambil bahagian di dalam Piala Dunia Kriket ICC 2007.

Anwulika Okafor telah menyumbang kepada artikel ini.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS - Piala Dunia Kriket ICC 2007

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Video

Mac 2007:
Saksikan video upacara pembukaan Piala Dunia Kriket ICC 2007 yang berbicara tentang perkongsian menentang AIDS. Diterbitkan oleh John Mims dan Dan Thomas. Diutarakan oleh Donald Bobb.
 VIDEO max min

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.


PPA oleh Pemain Kriket

Paparan Global A: Ricky Ponting, Andrew Strauss dan Rahul Dravid berbicara tentang kesan HIV dan AIDS terhadap kanak-kanak.

 VIDEO max | min

Lebih banyak lagi Pengumuman Perkhidmatan Umum (PSA) oleh Pemain-pemain kriket Piala Dunia.

PSA juga disiarkan melalui Saluran Kriket ASTRO (Sebuah Perkhidmatan Masyarakat oleh ASTRO).

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children