Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Lembaga Eksekutif mengakhiri mesyuarat sesi pertama bagi tahun 2007

© UNICEF/2007/Markisz
Ketua Program-program HIV/AIDS UNICEF, Peter McDermott, membentangkan maklumat-maklumat terkini tentang kempen AIDS kepada Lembaga Eksekutif.

Oleh Sabine Dolan

NEW YORK, AS, 18 Januari 2007 – Pada hari terakhir untuk sesi pertama mesyuarat Lembaga Eksekutif UNICEF bagi tahun 2007, agenda-agenda utama yang telah diperbincangkan adalah tentang isu-isu peruntukan, kebuluran kanak-kanak dan malnutrisi, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak.

“Dalam masa dua hari ini, kami telah – di kalangan lain-lain isu – membincangkan tentang betapa pentingnya kerja-kerja program UNICEF di dalam menyokong Pengisytiharan Millenium dan juga Matlamat Pembangunan Millenium,” kata Cik Ann M. Veneman, Pengarah Eksekutif, di dalam mengendalikan delegasi-delegasi kebangsaan yang telah menjanjikan pembiayaan pada peringkat negara mereka untuk UNICEF pada mesyuarat hari ini.

“Seperti yang telah kami katakan beberapa kali, kanak-kanak merupakan fokus utama Matlamat Pembangunan Millenium – dan dengan hanya lapan tahun sahaja yang tinggal sebelum tahun 2015, kita perlu mempercepatkan proses yang dapat membantu memastikan matlamat-matlamat tersebut dicapai,” tambah Cik Veneman. Beliau kemudian mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil negara yang telah menghadirkan diri di atas sokongan mereka.

Maklumat terkini tentang kempen AIDS

Kerjasama yang erat di antara UNICEF, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain rakan kerja telah menjadi tema perbincangan utama di dalam sesi Lembaga Eksekutif pada minggu ini. Beberapa ahli telah menekankan bahawa kerjasama tersebut adalah amat penting di dalam mencapai matlamat-matlamat pembangunan – termasuklah matlamat di dalam menghentikan dan mengurangkan penyebaran HIV/AIDS.

Ketua Program-program HIV/AIDS UNICEF, En. Peter McDermott telah membentangkan maklumat-maklumat terkini tentang kempen global "Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS" ketika mesyuarat Lembaga Eksekutif semalam.

“Dua puluh lima tahun kita telah melalui epidemik ini, dan walaupun kita telah meraih kejayaan di peringkat dunia, ia masih belum dapat membawa perubahan kepada kanak-kanak di lapangan,” kata beliau.

Maklumbalas yang ‘Amat tidak mencukupi’

Mesej yang disampaikan oleh En McDermott adalah amat jelas: Manakala sesetengah negara telah maju di dalam merawat kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan juga mencegah jangkitan virus yang membunuh tersebut, maklumbalas di seluruh dunia secara umumnya masih “tidak mencukupi”.

Walaupun terdapat 1,000 orang kanak-kanak dijangkiti HIV setiap hari, hanya 10 peratus sahaja yang memerlukan rawatan akan mendapatnya, En. McDermott melaporkan. Dan hanya 4 peratus daripada kanak-kanak yang telah dilahirkan oleh ibu-ibu yang telah dijangkiti HIV menerima rawatan profilaktik untuk mencegah jangkitan-jangkitan opportunistik yang mungkin boleh membawa maut.

“HIV dan AIDS masih dianggap sebagai penyakit orang dewasa,” kata En McDermott. “Pada pendapat saya masih terdapat kurang pemahaman atau pemahaman yang tidak mencukupi dan untuk mengenalpasti bagaimana HIV dan AIDS secara tidak langsung telah membawa kesan yang negatif di dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang menjaga mereka.”

Kerjasama dan Perkongsian untuk Kanak-Kanak

Ketika perbincangan terbuka selepas maklumat-maklumat terkini telah diberikan mengenai Kempen AIDS, Duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), En. Filipe Chidumo daripada Mozambique berucap bagi pihak ahli Lembaga Eksekutif dari benua Afrika, yang dipengaruhi HIV/AIDS.

“Banyak yang perlu dilakukan, kita perlu melibatkan lebih banyak kerajaan dan organisasi-organisasi kebangsaan, badan-badan bukan kerajaan dan rakyat sendiri di dalam perkongsian ini,” kata En. Chidumo.

“Walaupun kita telah lakukan sesuatu, tetapi banyak lagi yang masih perlu dilakukan,” tambah En. McDermott. “Jika kita bersatu untuk kanak-kanak, kita boleh bersatu menentang HIV dan AIDS – dan kanak-kanak berhak untuk menerima lebih dan tidak kurang.”

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Lembaga Eksekutif UNICEF

Mengenai Lembaga Eksekutif*

Ahli-ahli dan Pegawai-pegawai*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Matlamat Pembangunan Milenium

Search:

 Email this article

unite for children