Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Tsunami, selepas dua tahun: Gambaran Keseluruhan Malaysia

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Kanak-kanak di perkampungan pantai Kuala Muda Kedah telah kembali bermain di pantai yang telah di landa tsunami dengan teruk di Malaysia pada tahun 2004.

Kesan tsunami yang telah melanda beberapa negara di persekitaran Lautan India pada 26 Disember 2004 tidak begitu teruk di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kawasan pantai barat Malaysia telah menerima kesan yang agak teruk lebih-lebih lagi di negeri Pulau Pinang dan Kedah, manakala di negeri Perlis dan Perak pula tidak begitu teruk. Di Malaysia, tsunami tersebut telah meragut 69 nyawa dan lebih daripada 8,700 orang di Malaysia telah mengalami masalah tekanan disebabkan oleh kemusnahan rumah-rumah dan juga sumber pendapatan mereka.

Wakil UNICEF di Malaysia dan Wakil Khas UNICEF di Brunei dan Singapura, Cik Gaye Phillips berkongsi cara-cara di mana UNICEF sedang menyokong usaha-usaha baik pulih negara ini untuk membina dengan lebih baik.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2006 – “Situasi di Malaysia kini amat berbeza sekali berbanding dengan apa yang boleh dilihat di negara-negara seperti Indonesia dan Sri Lanka. Di Malaysia, tanda-tanda fizikal dan kesan-kesan tsunami kini hampir tidak dapat dilihat dalam masa dua tahun lepas. Sekolah-sekolah telah pun memulakan operasi sebaik sahaja selepas tsunami melanda, hospital-hospital juga telah kembali beroperasi dan kebanyakan orang telah pun kembali ke rumah-rumah yang telah dibina oleh Kerajaan.

"Walaupun kita tidak dapat melihat kemusnahan fizikal seperti yang dapat kita lihat di negara-negara lain, kita masih dapat menyaksikan kesan-kesannya di dalam bentuk trauma dan juga perubahan emosi, yang amat ketara pada kanak-kanak dan remaja yang terpaksa menghadapi cabaran hidup seharian mereka. Kanak-kanak ini sedang mencari jalan untuk kembali semula dan mencari sumber-sumber yang teguh wujud sebelum berlakunya tsunami.

"Kita sedang membina kembali berdasarkan sistem yang baru dan polisi yang lebih komprehensif dan program-program yang membolehkan masyarakat dan sekolah-sekolah bertindakbalas dengan lebih cepat dan lebih berkesan terhadap keperluan-keperluan kanak-kanak yang mengalami trauma. Inisiatif kami termasuklah Pasukan Gerakbalas Trauma Kanak-kanak Kebangsaan. Selepas ia ditubuhkan, pasukan tersebut akan dihantar ketempat-tempat yang telah berlakunya bencana baru, memberikan sokongan kesihatan mental dan membantu masyarakat untuk memberi penjagaan pada diri mereka sendiri untuk jangakamasa yang panjang.

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Pelajar-pelajar yang menantikan Program Persediaan Kecemasan Sekolah oleh UNICEF dan Kementerian Pendidikan.

"Tsunami telah berlaku di kawasan yang mempunyai jumlah kes-kes HIV yang tinggi disebabkan oleh prevalensi pengguna-pengguna dadah yang tinggi. UNICEF telah memberi sokongan kepada Pusat-pusat Khidmat PROSTAR di Kedah dengan membolehkannya memberi maklumat dan kemahiran hidup berkenaan HIV/AIDS di kalangan remaja tidak kira samada mereka berada di sekolah atau tidak. Daripada kumpulan sasaran seramai 35,000 orang remaja, dana tsunami telah membolehkan model ini berkembang kepada enam daerah pendalaman yang boleh memberi manfaat kepada 900,000 orang kanak-kanak, remaja dan wanita di negeri Kedah.

"UNICEF juga sedang melibatkan kanak-kanak dan remaja yang telah mengalami tsunami untuk mengimbangi keperluan dan minat mereka. Dalam masa dua tahun lepas, anak-anak muda telah beralih daripada ketakutan mereka terhadap tsunami, kini meluahkan pandangan mereka tentang ancaman-ancaman yang lebih utama seperti HIV/AIDS, dadah dan keganasan. Dengan kerjasama badan bukan kerajaan tempatan, Empower, UNICEF meneruskan pengendalian aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak termasuklah teater dan kelas-kelas seni untuk membantu remaja meluahkan pandangan dan juga untuk mengambil-alih sepenuhnya isu-isu tersebut.

"Salah satu perkara yang menarik yang berlaku sebaik sahaja selepas tsunami adalah untuk mendengar kepada suara-suara wanita. Kami mempelajari bahawa sebagai tambahan kepada kemusnahan industri perikanan, tsunami juga telah memusnahkan aktiviti-aktiviti ekonomi lebih-lebih lagi yang djalankan oleh wanita, dan meningkatkan kelemahan dan ketidakupayaan kanak-kanak dan keluarga mereka. UNICEF telah melihat bagaimana untuk membantu membina kembali keupayaan wanita-wanita ini agar mereka dapat memperkukuhkan sumber pendapatan mereka dan keluarga mereka. Jika satu lagi bencana melanda, kami mahu agar mereka lebih bersedia secara ekonomi dengan lebih stabil dan juga dengan sedikit simpanan supaya mereka dapat mengendalikan diri mereka sendiri ketika bencana berlaku.

"UNICEF bekerja bukan sahaja untuk bergerakbalas terhadap kesan-kesan tsunami, tetapi juga fokus kepada membina asas kehidupan untuk memastikan kanak-kanak bukan sahaja dapat melaluinya, tetapi dapat membesar dan melepasi trauma yang dilalui, tekanan dan juga bencana melalui cara yang tidak akan memusnahkan keyakinan mereka terhadap kehidupan."

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

21 December 2006:
Wakil UNICEF Malaysia, Gaye Phillips, mengulas mengenai program-program UNICEF yang berkaitan dengan tsunami.
VIDEO   max | min 

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.


Laporan 2-Tahun Tsunami

Penerbitan*

Multi-media*

Esei Foto*

Laporan Global*

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Search:

 Email this article

unite for children