Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

2006 - 2007

UNICEF mengalukan Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008
NEW YORK, 1 Januari 2008 – UNICEF secara rasminya pada hari ini telah mengalu-alukan hari pertama bagi Tahun Sanitasi Peringkat Antarabangsa 2008. Tahun Antarabangsa ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentinganya tindakan yang segera perlu diambil.

UNICEF raih 3 dari 10 kisah ‘Inspirasi’ Yahoo! untuk tahun 2007
NEW YORK, USA, 31 Disember 2007 – ‘Kajian Semula Tahunan’ oleh The Yahoo! News telah memetik 10 kisah yang teratas dari tahun 2007 “yang menjadi sumber kepada optimis dan harapan”. Dan UNICEF telah memainkan peranan yang utama.

Pencapaian dan cabaran dalam menangani HIV di Malaysia
KUALA LUMPUR, 15 Disember 2007 – Persidangan AIDS Kebangsaan yang pertama di negara ini telah membawa pelbagai berita baik dan berita yang kurang menarik. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek.

Sesi perbincangan Persidangan Umum PBB diakhiri dengan komitmen baru untuk kanak-kanak
NEW YORK, AS, 13 Disember 2007 – Sesi Perbincangan Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah diakhiri pada minggu ini dengan komitmen yang baru untuk mencapai matlamat yang telah dibincangkankan lima tahun yang lalu.

Kanak-kanak memulakan perbincangan PBB terhadap pendidikan dan perubahan iklim
NEW YORK, AS, 12 Disember 2007 – Ketika perbincangan diadakan diantara para pembuat dasar dan saintis dari seluruh dunia berkenaan tindakbalas yang perlu diambil berkenaan dengan perubahan iklim di persidangan PBB yang sedang berlangsung di Bali.

Pembukaan Persidangan Umum PBB dimulakan dengan mesyuarat peringkat tertinggi membincangkan tentang isu kanak-kanak
NEW YORK, AS, 11 Disember 2007 – Persidangan Umum Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bermula dengan perbincangan peringkat tertinggi pada hari Selasa, di mana ianya juga akan bertindak sebagai susulan daripada Sesi Khas terhadap kanak-kanak.

Kemajuan untuk Kanak-kanak – UNICEF lancarkan laporan lima tahun terhadap matlamat yang ditetapkan pada Sesi Khas
NEW YORK, AS, 10 Disember 2007 – Lima tahun selepas para pemimpin dunia berkumpul di Sesi Khas untuk Kanak-kanak, Persidangan Umum PBB, UNICEF hari ini telah melancarkan laporan ‘Kemajuan untuk Kanak-kanak.

Forum Remaja pemangkin penyediaan mesyuarat PBB 'Dunia Bersesuaian untuk Kanak-kanak +5'
NEW YORK, AS, 9 Disember 2007 – Lebih kurang 75 orang kanak-kanak dan golongan muda daripada 50 buah Negara telah berkumpul dan bertemu di ibu pejabat UNICEF di New York, sebagai persediaan untuk sesi hak kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pusat Remaja PROSTAR dapat sokongan Manchester United
KUALA LUMPUR, 30 November 2007 – Pusat Remaja PROSTAR Malaysia yang telah disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bansga Bersatu (UNICEF) yang terletak di utara semenanjung Malaysia, iaitu di negeri Kedah.

Meraikan Kepimpinan Remaja
JEMPUTAN MEDIA, KUALA LUMPUR - Walaupun orang muda telah dirujuk sebagai "harapan" untuk menghentikan dan mengubah laluan wabak ini, ia masih tidak mencukupi dengan mengaitkan mereka sebagai pemimpin bagi memberi maklumbalas tentang HIV.

Seorang ibu HIV positif memberitahu editor media bagaimana stigma membunuh kehidupan
KUALA LUMPUR, 20 November 2007 – “Ia bukanlah HIV yang membunuh kita tetapi stigma. Stigma membunuh semangat dan juga roh kita, dan meninggalkan rasa ketidakupayaan”, tangis Puan Khalsom, seorang ibu kepada tiga orang anak, yang HIV positif. “

Anak gadis dan wanita rai Pertandingan Futsal Wanita 3R 2007
JOHOR BAHRU, 17 November 2007 – Lebih kurang 300 orang wanita serta anak-anak gadis di sekitar kawasan selatan Semenanjung Malaysia telah bersama-sama meraikan kehidupan pada hari ini dan menyertai Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF peringkat Selatan.

Remaja Malaysia bersatu suara di dalam menentang HIV dan AIDS dengan menggunakan media terbaru
KUALA LUMPUR, 15 November 2007 – Chow Jia Long, seorang remaja dari Malaysia yang berusia dua puluh dua tahun bersatu dengan sembilan orang rakan yang sebaya dengannya daripada seluruh dunia pada awal tahun ini untuk program yang bertajuk VLOGIT.

Pendidik Rakan Sebaya membawa mesej AIDS ke sekolah
KUALA LUMPUR, 10 November 2007 – Ketika golongan anak-anak gadis di seluruh negara sedang bersiap-sedia untuk Pertandingan Futsal Wanita 3R-UNICEF, terdapat program lain yang sedang berlaku di dewan sekolah di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Man U memberi sokongan kepada 3R-UNICEF Futsal Wanita 2007
KUALA LUMPUR, 5 November 2007 – Kelab Bola Sepak Manchester, adalah salah satu kelab bola sepak yang paling popular di seluruh dunia, telah bersetuju untuk memberi sokongan terhadap program untuk anak-anak gadis.

Hari AIDS Sedunia 2007 meraikan KEPIMPINAN
PENASIHAT MEDIA - KUALA LUMPUR, 1 November 2007 – Setiap hari di Malaysia orang ramai berkumpul bersama-sama dengan keluarga mereka, pihak sekolah, masyarakat, dan di tempat kerja untuk mengatakan TIDAK pada AIDS!

Hak untuk semua kanak-kanak - CRC@18
PENASIHAT MEDIA - 20 November merupakan tarikh yang istimewa bagi kita semua. Lapan belas tahun yang lalu, pada tarikh ini, seluruh dunia telah bersatu untuk mengatakan ya bagi kanak-kanak; iaitu kanak-kanak kini mempunyai hak asasi yang sama.

UNICEF lantik jurucakap rasmi bagi isu keganasan terhadap kanak-kanak, manakala laporan PBB menunjukkan tanda harapan
NEW YORK, AS, 19 Oktober 2007 –Maklumat terkini yang dibentangkan ketika Persidangan Umum PBB yang berlangsung pada hari ini telah menunjukkan kemajuan di dalam usaha-usaha untuk mencapai pemansuhan beberapa jenis keganasan yang dilakukan.

Persidangan “Women Deliver" menyediakan landasan untuk memulakan tindakan global terhadap kadar kematian wanita mengandung
NEW YORK, AS, 17 Oktober 2007 – Setiap minit setiap hari, seorang wanita meninggal dunia ketika mengandung atau ketika melahirkan anak, kebanyakannya berlaku di negara-negara yang sedang membangun.

Setiausaha Agung PBB menjadi Pengerusi majlis ‘Stand up against Poverty’
NEW YORK, AS, 17 Oktober 2007 – Beratus-ratus orang berkumpul di hadapan ibu pejabat PBB di New York hari ini bersama-sama dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon untuk menandakan ulangtahun ke-20, Hari Antarabangsa untuk Membasmi Kemiskinan, dan “Stand Up against Poverty 2007”.

Hak terhadap makanan
PENASIHAT MEDIA - KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2007 – Walaupun Pengisytiharan Hak Kemanusiaan pada tahun 1948 telah mengenalpasti makanan sebagai salah satu hak manusia, tetapi untuk memastikan terdapatnya makanan yang berterusan.

Adakah kita telah gagal untuk melindungi anak-anak kita?
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2007 – Dua puluh tahun yang lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang berumur lapan tahun dari Kuala Lumpur telah dijumpai mati dengan sekeping kayu yang berpaku dimasukkan ke dalam kemaluannya, dan seutas dawai di lehernya.

Kematian memilukan bagi seorang gadis kecil
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2007 – Apabila Nurin Jazlin yang berumur lapan tahun telah diculik pada 22 Ogos, dia sedang dalam perjalanan untuk ke pasar malam yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Kisah Nurin telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Pencapaian yang mengagumkan, iaitu kematian kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun telah menurun kepada 10 juta orang setiap tahun
NEW YORK, AS 13 September 2007 – Seluruh dunia kini telah menyaksikan satu titik bersejarah terhadap kesinambungan kesihatan dan kehidupan kanak-kanak.

Kempen ‘Goals for Girls!’ bermula
NEW YORK, AS, 7 September 2007 – Menjelang Piala Dunia Bola Sepak Wanita FIFA di China 2007, di mana ia akan berlangsung daripada 10 sehingga 30 September, UNICEF telah melancarkan satu set perkhidmatan pengumuman umum (PPA) yang amat dinamik.

ICDB 2007 - Dunia yang kami mahu
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2007 – Tahun ini, Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) akan berlangsung pada hari Ahad, 9 Disember 2007 dengan bertemakan “Dunia yang kami mahu.”

Malaysia menempa kejayaan di dalam menurunkan kadar prevalensi kanak-kanak yang mempunyai kurang berat badan
KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2007 – Malaysia mempunyai pengalaman yang terbaik di dalam menurunkan kadar prevalensi kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang kurang di kawasan benua Asia Timur dan Pasifik.

Memperkayakan kandungan makanan boleh mengurangkan kemiskinan dan malnutrisi di Asia Timur
KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2007 – Ancaman yang dibawa oleh malnutrisi terhadap berjuta kanak-kanak dan bayi yang masih di dalam kandungan kini semakin ketara di benua ini dengan kelahiran bayi yang cacat, pembantutan tumbesaran dan kematian.

UNICEF mengalu – alukan ubatan baru untuk kanak-kanak yang hidup dengan HIV
NEW YORK, 16 Ogos 2007 – UNICEF hari ini mengalu-alukan Pentadbiran Pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat terhadap keputusan yang telah diambil untuk meluluskan satu dos kombinasi antiretroviral (ARV) yang pertama untuk kanak-kanak.

Hikmah disebalik penyusuan ibu
PENANG, 1 Ogos 2007 - "Kuasa penyusuan ibu adalah amat menakjubkan dan ia disambut sepanjang Minggu Susu Ibu Sedunia pada tahun ini di seluruh dunia dengan penuh sistematik dan sempurna sekali.

Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk mempertingkatkan tahap pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2007 – Anak-anak Orang Asli di Malaysia kini akan mendapat peluang untuk memperbaiki kemahiran-kemahrian membaca mereka melalui program pendidikan yang telah direka khas untuk memasukkan sekali kisah-kisah dongeng dan lagenda.

Penyusuan ibu pada jam yang pertama selepas kelahiran boleh membantu menyelamatkan lebih daripada satu juta bayi
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2007 – Minggu Susu Ibu Sedunia (WBW) pada tahun ini, akan diraikan daripada 1 sehingga 7 Ogos, ia mengetengahkan kepentingan saat-saat jam yang pertama kehidupan untuk ibu dan bayi, dan bagaimana permulaan untuk penyusuan ibu.

Persidangan San Rossore 2007 menerokai visi global terbaru untuk wanita dan kanak-kanak
SAN ROSSORE PARK, Tuscany, Itali, 19 Julai 2007 – UNICEF bersatu tenaga dengan Benua Tuscany pada hari ini ketika berlangsungnya persidangan di San Rossore di bawah tema: “Kanak-kanak dan Wanita: Memenuhi hak-hak mereka.

Amaran tentang penipuan internet
NEW YORK, 11 July 2007 - UNICEF sangat mengambil berat tentang penipuan emel yang menggunakan nama dan logo kami.

Pengurangan ketidaksamaan gender dapat diperkuatkan melalui pendidikan asas: Asia Timur/Pasifik
BANGKOK, 5 Julai 2007 – Di kawasan Asia Timur dan Pasifik, ketidaksamaan gender di dalam pendidikan asas masih berterusan.

PBB dapati kemajuan untuk mencapai sasaran MDG adalah berbeza
PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU, GENEVA, 2 Julai 2007 – Separuh jalan ke arah tarikh tamat pada tahun 2015, terdapat kemajuan-kemajuan yang jelas didapati di dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Milenium.

WHO dan UNICEF menyeru komitmen baru untuk penyusuan badan
MANILA, 20 Jun 2007 – Kadar penyusuan badan sepenuhnya di Asia Timur dan Pasifik adalah hanya 61% pada empat bulan pertama bayi dan lebih sedikit, iaitu 35% pada umur enam bulan.

Keganasan yang berlaku di Gaza telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ramai anak-anak muda
NEW YORK, 19 Jun 2007 – Keganasan yang telah berlaku di Teluk Gaza merupakan konflik dalaman negara Palestin yang telah membawa kesan yang amat trauma kepada anak-anak muda sehinggakan mereka tidak dapat menjalankan tugasan harian mereka.

Mendapatkan kembali nilai-nilai kemanusiaan kita dengan melindungi kanak-kanak.
KUALA LUMPUR, 26 Jun 2007 - Imran mengambil tempat duduknya di atas sebuah sofa sambil menjamah pisang goreng yang diambilnya. Dia mendongak ke atas untuk melihat pakciknya sambil mengorak sedikit senyuman kepadanya.

Perwakilan Junior 8 membentangkan pandangan golongan muda kepada pemimpin dunia G8.
NEW YORK, 7 Jun 2007 – Bagi sembilan anak-anak muda yang terlibat dalam Persidangan Junior 8 di Jerman, hari ini merupakan peluang keemasan yang wujud dalam kehidupan mereka.

Panggilan untuk meningkatkan laluan kepada perhidmatan-perkhidmatan ujian HIV dan juga kaunseling.
PHNOM PENH, Kemboja, 4 Jun 2007 – Di kalangan mereka yang telah dijangkiti HIV di Asia dan Pasifik, hanya kurang daripada 10 peratus yang mengetahui status mereka.

Kemajuan dan juga pencapaian untuk kanak-kanak pada tahun 2006 dikaji semula oleh Lembaga Eksekutif UNICEF
NEW YORK, 4 Jun 2007 – Lembaga Eksekutif UNICEF telah memulakan sesi tahunannya secara rasmi pada hari ini di New York.

Persidangan kemuncak J8 bermula di Jerman
WISMAR, Jerman, 3 Jun 2007 – Anak-anak muda daripada kumpulan yang terdiri daripada 8 buah negara-negara berindustri dan juga negara yang sedang membangun, begitu juga pegawai-pegawai daripada negara Jerman.

Menangani stigma berganda yang disebabkan oleh HIV/AIDS dan penggunaan dadah
KUALA LUMPUR, 2 Jun 2007 – Pengguna-pengguna dadah yang menyuntik merupakan penyumbang yang tertinggi kepada penyebaran HIV dan AIDS di Malaysia.

Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah Antarabangsa – 26 Jun
PENASIHAT MEDIA. KUALA LUMPUR, 26 MEI 2007-Lebih kurang 200 juta orang di seluruh dunia menggunakan dadah haram, iaitu bersamaan dengan 5 % daripada penduduk global yang berumur di antara 15-64 tahun mengikut Laporan Dadah Sedunia 2006.

RM 30,000 untuk mempertingkatkan perlindungan kanak-kanak di Malaysia
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2007 – Persekitaran yang terlindung untuk kanak-kanak di Malaysia akan diperkukuhkan lagi dengan sumbangan yang diterima sebanyak RM 30,000 daripada kempen Penjagaan dan Perlindungan Kerastase.

Melakukan yang terbaik untuk mengatasi HIV
KUALA LUMPUR, 20 Mei 2007 – Tasha merupakan seorang anak gadis jelita yang berusia dua puluh satu tahun, kini amat gembira dengan masa depannya. Seperti rakan-rakannya yang lain, dia turut mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik mengikut kemampuannya.

Anugerah Hak Kanak-kanak 2007 – Panggilan untuk semua penyiar media
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2007 - UNICEF, CASBAA dan ABU kini menjemput para penerbit dan penyiar Asia-Pasifik agar menghantar penyertaan-penyertaan untuk Anugerah Hak Kanak-kanak 2007.

Pemain-pemain bolasepak muda Malaysia melawan balik HIV dan AIDS
KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2007 – Shawn Daniels memegang dengan kuat rakan kumpulannya, dan enggan melepaskan pegangannya. Rakan-rakan pasukan yang lain bukan sahaja tidak menolong tahanan Shawn, sebaliknya mereka hanya melihat dan ketawa.

UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU) bergabung tenaga untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak
BALI / INDONESIA, 2 Mei 2007-Di Persidangan Gabungan Antara Parlimen (IPU) yang ke-116, mesyuarat yang diadakan di Nusa Dua (Indonesia), ahli-ahli badan organisasi UNICEF dan IPU mengatakan masih banyak lagi boleh dilakukan untuk menghentikan keganasan.

Memberi galakan awal kepada generasi ‘Orang Asli’ seterusnya di Malaysia
GERIK, 1 Mei 2007 – Simah Asir, mempunyai pekerjaan yang kebanyakan jiran-jirannya merasakan suatu pekerjaan yang tidak diperlukan.

Penulis kepada kajian keganasan PBB menjadi advokat kepada hak kanak-kanak di persidangan keadilan penjenayahan
NEW YORK, 27 April, 2007 – Professor Paulo Sérgio Pinheiro merupakan advokat untuk hak kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia, beliau telah berucap tentang pemangsaan kanak-kanak secara global ketika menghadiri Sesi ke-16 Suruhanjaya PBB.

Minggu Tindakan Global terhadap Pendidikan, terdapat berjuta-juta orang kanak-kanak yang masih tidak bersekolah
NEW YORK, 23 April 2007 – Ketika seluruh dunia sedang meraikan Minggu Tindakan Global terhadap Pendidikan, UNICEF meminta para penyumbang serta badan-badan kerajaan agar memenuhi janji mereka terhadap pendidikan.

Hari Memperingati AIDS Sedunia 2007 - Ahad, 20hb Mei
PENASIHAT MEDIA - KUALA LUMPUR, 20 April 2007 - HIV kini mengancam kehidupan kanak-kanak lebih dahsyat daripada sebelumnya.

Perkhidmatan rawatan terapi HIV telah meningkat dengan ketara pada tahun 2006
LONDON, 17 April 2007 – Laluan kepada perkhidmatan rawatan terapi ARV untuk jangkitan HIV di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana masih terus meningkat sepanjang tahun 2006.

Perjanjian PBB terhadap hak-hak orang kurang upaya ditandatangani dengan penglibatan remaja-remaja yang kurang upaya.
NEW YORK, 2 April 2007 – Satu perjanjian baru untuk memastikan hak-hak kemanusiaan bagi lebih kurang 650 juta orang di dalam dunia ini yang kurang upaya telah dibuka untuk tandatangan ketika berlangsungnya sesi khas Perhimpunan Umum PBB pada 30 Mac.

Malaysia berusaha untuk menghentikan jangkitan HIV daripada ibu kepada anak
KUALA LUMPUR / LANGKAWI, April 2007 – Puteri, 12 tahun, mengambil sebiji tablet berwarna oren dan memasukkanya ke dalam mulut. Dia terpaksa menelan air sebanyak dua kali sebelum dapat menelannya.

UNICEF membuka penyertaan untuk Anugerah Penyiaran untuk kanak-kanak
NEW YORK, 1 April 2007-UNICEF dan Akademi Antarabangsa Seni & Sains Televisyen hari ini telah membuka penyertaan kepada penyiar-penyiar televisyen untuk Anugerah Penyiaran bagi Hari Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 (ICDB).

Sabtu, 7hb April 2007 ialah Hari Kesihatan Sedunia.
PENASIHAT MEDIA, KUALA LUMPUR, 26 Mac 2007 – Tema untuk Hari Kesihatan Sedunia tahun ini adalah “Melabur di dalam kesihatan, membina masa depan yang lebih selamat” .

Kanak-kanak masih terlibat di dalam perdagangan haram walaupun dagangan hamba telah dihapuskan 200 tahun yang lalu
NEW YORK, 25 Mac 2007 – Walaupun tarikh 25 Mac menandakan ulangtahun Penghapusan Akta Dagangan Hamba yang ke-200, namun begitu penghambaan masih berlaku hari ini.

Pengarah Eksekutif UNICEF menyertai ‘Walk for Water’ oleh Starbucks dan Ethos
NEW YORK, 22 Mac 2007 – Bagi menandakan Hari Air Sedunia, Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman hari ini telah menyertai lebih daripada 250 pelajar-pelajar sekolah dan beratus-ratus lagi warga New York di dalam kempen ‘Walk for Water’.

Piala Dunia Kriket Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) bermula, mengetengahkan keperluan kanak-kanak di mana AIDS telah membawa kesan kepada kehidupan mereka
NEW YORK, AS, 12 Mac 2007 – Ia merupakan acara kriket yang terbesar dan juga paling berprestij, iaitu Piala Dunia Kriket, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), yang telah dilancarkan secara rasmi di Jamaica.

Kerastase melancarkan kempen "Penjagaan & Perlindungan" untuk kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 8 Februari 2007 – Program Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia oleh UNICEF akan menerima sokongan melalui kempen “Penjagaan & Perlindungan” iaitu sumbangan dari jenama penjagaan rambut yang terkenal Kérastase.

Banjir di Malaysia membawa ancaman kepada kehidupan kanak-kanak
NEW YORK, 19 Januari 2007 – Banjir di Malaysia yang disebabkan oleh hujan yang amat lebat telah menyebabkan beribu-ribu orang mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat, di mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak.

Lembaga Eksekutif mengakhiri mesyuarat sesi pertama bagi tahun 2007
NEW YORK, 18 Januari 2007 – Pada hari terakhir untuk sesi pertama 2007 mesyuarat Lembaga Eksekutif UNICEF, agenda-agenda utama yang telah diperbincangkan adalah tentang isu-isu peruntukan, kebuluran dan malnutrisi, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak.

Lebih daripada 115,000 telah dipindahkan daripada kawasan yang dilanda banjir teruk
15 Januari 2007 – Lebih daripada 115,000 orang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing disebabkan oleh banjir teruk yang telah melanda kawasan selatan dan di kepulauan Borneo.

eclipse menyumbang sebanyak RM150,000 untuk kempen “Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS” UNICEF Malaysia
KUALA LUMPUR, 15 Januari 2007 – En. Sonny San, seorang veteran asli di dalam industri fesyen dan pemasaran di Malaysia telah menggunakan kreativiti, minat dan idea-idea yang serba baru untuk kebaikan kanak-kanak di Malaysia.

Kempen Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu untuk Menentang AIDS kini beralih ke padang bola sepak
KUALA LUMPUR, 8 Januari 2007 – Kempen AIDS UNICEF akan beralih ke padang apabila lebih daripada 100 orang kanak-kanak di dalam lingkungan umur 6 sehingga 15 tahun akan memakai jersi rasmi mereka untuk Program Bola Sepak First Touch 2007.

Memberi anak-anak muda di Malaysia cara yang kreatif untuk melepaskan diri daripada belenggu trauma tsunami
LANGKAWI, 26 Disember 2006 – Bagi Nor Soffi binti Abu Bakar, pemulihan selepas tsunami datang dengan menolong kedua ibu bapanya. Restoran di tepi pantai kepunyaan keluarga Soffi telah dihanyutkan oleh ombak-ombak besar yang melanda pada Disember 2004.

Skim perniagaan-mikro memperkasa wanita di Malaysia yang telah mengalami tsunami
LANGKAWI, 23 Disember 2006 – Untuk lelaki yang menebarkan jala-jalan mereka di kawasan pantai Langkawi yang telah dilanda tsunami, kehidupan kini telah kembali normal.

Projek yang memberikan sokongan psikososial jangkamasa panjang kepada kanak-kanak di Malaysia yang telah mengalami kesan tsunami
LANGKAWI, 21 Disember 2006 – Mimpi buruk yang berkaitan dengan ombak-ombak besar kini kurang menghantui Nur Alia Ismail yang sering mengalaminya sebelum ini.

Tsunami, selepas dua tahun: Gambaran Keseluruhan Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2006 – “Situasi di Malaysia kini amat berbeza sekali berbanding dengan apa yang boleh dilihat di negara-negara seperti Indonesia dan Sri Lanka. Di Malaysia, tanda-tanda fizikal dari tsunami kini hampir tidak dapat dilihat."

Laporan utama UNICEF mengatakan bahawa kesaksamaan gender membawa manfaat kepada wanita-wanita dan juga kanak-kanak
NEW YORK, 10 Disember 2006 – Pada ulangtahun UNICEF yang ke-60 hari ini, sebuah laporan telah dilancarkan yang menyatakan bahawa kesaksamaan gender adalah amat penting untuk kehidupan dan perkembangan kanak-kanak.

Menjadikan kanak-kanak wira melalui program persediaan kecemasan
KUALA MUDA KEDAH, 1 September 2006 – “Saya sedang menonton TV apabila jiran saya datang ke rumah dan memberitahu saya untuk melihat satu garisan putih yang panjang di laut.

 

 

 

 

Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008


Garis Panduan Media

Laporan mengenai kanak-kanak dibawah usia 18 tahun 1

Laporan mengenai HIV/AIDS 1 ι 2 (Bahasa Inggeris)

Laporan mengenai pengabaiaan kanak-kanak 1 ι 2 (Bahasa Inggeris)

Laporan mengenai selsema burung 1 ι 2


Video atas Permintaan

 


Balai Berita UNICEF (Ibu Pejabat)

Keadaan Kanak-kanak Sedunia Tahun 2007

Wanita dan Kanak-kanak – Kesaksamaan Gender Berganda


Search:

 Email this article

unite for children