Garis panduan mediaLaporan mengenai Kanak-kanak dibawah Usia 18 Tahun Kanak-kanak dan remaja mempunyai hak seperti orang dewasa. Di samping itu mereka mempunyai hak untuk dilindungi daripada kemudaratan. Melaporkan tentang kanak-kanak dan remaja melibatkan dimensi dan halangan tambahan ini, khususnya dalam era semasa ini apabila hampir-hampir mustahil untuk membataskan jangkauan sesebuah cerita itu. Prinsip dan garis panduan bagi pelaporan beretika mengenai kanak-kanak dan remaja yang berusia di bawah 18 tahun ialah menyokong hasrat murni wartawan beretika – berkhidmat untuk kepentingan awam untuk kebenaran tanpa menjejaskan hak asasi kanak-kanak.
Laporan mengenai HIV/AIDS Media telah memainkan peranan bernilai dalam memberi maklumat kepada orang awam tentang HIV. Tetapi ada kalanya, mereka juga menggunakan istilah yang dapat mengelirukan tentang virus atau yang memudaratkan kepada mereka yang menghidap penyakit HIV/AIDS. Panduan Media tentang HIV/AIDS ialah kumpulan maklumat dari UNAIDS yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan istilah yang tepat dan laporan yang menyumbang kepada dan bukan merampas maruah mereka yang menghidap penyakit HIV/AIDS, dan masyarakat yang mudah terdedah kepada bahaya HIV/AIDS dan yang terpinggir.
Laporan mengenai Hak Asasi Kanak-kanak, Penganiayaan dan Eksploitasi Cara media menggambarkan impak kanak-kanak bukan sahaja terhadap sikap masyarakat kepada kanak-kanak; ia juga mempengaruhi cara orang dewasa bertingkah-laku terhadap kanak-kanak. Liputan sensasi tentang penganiayaan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak tidak menceritakan keseluruhannya dan, dengan mengeksploitasi masalah yang serius ini, akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan. Memberitahu cerita mereka: Hak asasi kanak-kanak, eksploitasi dan media (Telling their stories: Child rights, exploitation and the media), oleh Persekutuan Para Wartawan Antarabangsa (IFJ) ialah panduan bagi media untuk menyumbang kepada pembaikan keadaan kanak-kanak. Antara lain, Panduan akan membantu wartawan memahami realiti tentang eksploitasi seks kanak-kanak dan peranan media tentang melaporkan penganiayaan. Ia juga menyediakan idea dan saranan tentang jalan cerita bagi isu semasa.
Laporan mengenai Selsema Burung (Avian Flu) Kemungkinan besar bahawa kesan utama wabak selsema avian bukanlah virus itu sendiri tetapi ketakutan dan kecemasan yang berlaku. Akan terdapat kesan ekonomi yang besar dalam semua negara dan potensi kegagalan infrastruktur yang meruncing. Seperti biasa yang berlaku mereka yang terdedah kepada bahaya ini ialah kanak-kanak. Unggas yang dijangkiti bermakna kehilangan pendapatan bagi isi rumah. Dengan duit yang kurang bagi keperluan asas, tekanan terhadap persekolahan dan pendidikan berkurangan. Meletusnya wabak penyakit ini juga bermakna bahawa kanak-kanak kehilangan sumber penting protein. Yang lebih teruk lagi ialah kemungkinan kehilangan ibu atau bapa kerana virus yang menakutkan ini. Komunikasi ialah salah satu komponen yang paling penting bagi respons yang berjaya untuk mengelakkan meletusnya wabak penyakit dan juga bersiap sedia menghadapinya. Panduan Media tentang Selsema Avian menyediakan fakta kepada editor dan wartawan tentang virus tersebut, maklumat latar belakang, maklumat yang menafikan tentang fakta yang karut, dan petua membuat laporan. Di samping itu terdapat satu senarai tentang pemberi maklumat di Malaysia yang boleh bercakap kepada media tentang isu yang berkaitan.
Panduan ini boleh juga didapati dalam bahasa Inggeris, Cina, dan Tamil. Sila lawat bahagian Penerbitan - Selsema Burung di Kit Media.
Garis Panduan Selsema Avian (H5N1) |