Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Professor Jaap E. Doek

© A. Doek, 2005

Professor Jaap E. Doek (1942) adalah seorang professor Undang-undang di Vrije Universiteit di Amsterdam (Undang-undang Keluarga dan Juvena). Beliau merupakan Dekan di Fakulti Undang-Undang di Vrije Universiteit pada tahun 1988 sehingga 1992. Beliau kini sebagai Timbalan Keadilan di Mahkamah Rayuan di Amsterdam dan telah menjadi hakim mahkamah juvena di mahkamah daerah Alkmaar dan Hague daripada tahun 1978 sehingga 1985.

 

Professor Jaap merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Kanak-Kanak (United Nations Committee on the Rights of the Child) daripada Mei 2001.

 

Professor Jaap merupakan pengasas kepada Persatuan Pencegahan Penderaan dan Terbiar Kanak-Kanak (ISPCAN) dan ahli lembaga di antara tahun1976 – 1992 (Presiden 1982 – 1984 dan Naib Presiden untuk negara-negara membangun 1984 – 1992). Beliau juga telah terlibat di dalam penubuhan Pembelaan Kanak-Kanak Antarabangsa (DCI; 1979) dan Bahagian Dutch bagi organisasi ini (1984). Beliau telah menjadi ahli kepada kumpulan kerja ISPCAN/DCI terhadap Buruh Kanak-Kanak yang telah menjalankan kajian yang besar terhadap Buruh Kanak-Kanak (1994-1997). Professor Jaap juga merupakan ahli Lembaga kepada Mahkamah Majistret Persatuan Antarabangsa Juvena dan Keluarga (1982-1986).

 

Pada tahun 1993, Professor Jaap telah menjadi pensyarah jemputan di Sekolah Undang-Undang Universiti Georgetown di Washington DC (Februari – Julai) dan di Sekolah Undang-Undang Universiti Michigan di Ann Arbor (September – Disember). Pada musim Bunga tahun 1999 (Januari – Mei), beliau merupakan professor jemputan di Sekolah Undang-Undang Universiti North Western di Chicago. Pada tahun 1999 – 2000, beliau merupakan presiden kepada Persatuan Fakulti Undang-Undang Eropah (ELFA).

 

Professor Jaap telah menerbitkan beberapa buah buku dan juga artikel di dalam jurnal yang berkenaan pelbagai topik berkaitan dengan hak-hak kanak-kanak dan juga undang-undang keluarga kebangsaan (Bahasa Dutch) dan juga antarabangsa (Bahasa Inggeris).

 

http://www.jaapedoek.nl/ 

 

 
Search:

 Email this article

unite for children