Celina, Kartini & Rafidah
Duta-Duta Muhibah UNICEF di Malaysia Celina Khor, Kartini Kamalul Ariffin dan Rafidah Abdullah adalah merupakan tiga orang pengacara yang dinamik daripada program relevisyen 3R. Mereka telah berperanan sebagai “role model” bagi kebanyakan remaja perempuan yang juga merupakan penonton utama program mereka.
3R telah dicipta untuk mengenalpasti kepentingan peranan wanita di dalam masyarakat dan juga keupayaan mereka untuk mencabar dan juga untuk mengubah keadaan di dalam hidup mereka dan juga masyarakat. Ia mengetengahkan isu-isu yang penting, kaitannya dan juga berkenaan remaja perempuan di dalam lingkungan umur 16 sehingga 27 tahun. Setiap episod 3R membicarakan isu-isu yang memberi kesan kepada remaja dan juga kanak-kanak daripada isu-isu yang serius kepada yang menarik dan kepada kontroversi dengan menggunakan kaedah “role playing”, temuramah dan perbincangan yang terbuka di antara ketiga-tiga pengacara.
3R telah dianugerahkan Program Infotainment Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2002, ia juga telah diberi kepujian di bawah kategori program Remaja Terbaik dan telah dianugerahkan Anugerah Media Riben Merah oleh Yayasan AIDS Malaysia untuk liputan yang telah dibuat berkenaan HIV/AIDS. Ia juga telah memenangi Anugerah Video Malaysia 2003 untuk Program Majalah Terbaik (Perak).
3R, lebih daripada program televisyen
3R juga telah menganjurkan pelbagai jenis acara lapangan dengan kerjasama daripada lain-lain badan-badan bukan kerajaan, syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan juga media. Tanda utama acara-acara lapangan 3R yang paling ketara ialah ia menarik dan bermaklumat. Dengan sokongan yang penuh daripada remaja, acara-acara 3R selalunya mempunyai kehadiran yang tinggi daripada penonton sasaran.
Ketiga-tiga pengacara juga telah menghadiri Forum Remaja di Persidangan Antarabangsa AIDS di Asia & Pasifik (ICAAP) yang telah diadakan di Kuala Lumpur (1999) dan Melbourne (2001). Pada tahun 2005, Celina, Kartini dan Rafidah telah mengendalikan forum AIDS dan media di bawah naungan UNICEF Malaysia ketika ICAAP di Kobe, 3R juga telah menerbitkan video “pertahanan diri” untuk wanita yang membicarakan isu-isu keselamatan dan telah diedarkan di sekolah-sekolah dan juga kolej.
Cerita Berkaitan (Laman web di dalam Bahasa Inggeris) |