Ann M. Veneman
Pengarah Eksekutif
Ann M. Veneman mengambil alih teraju kepimpinan UNICEF pada 1hb Mei, 2005, beliau merupakan Pengarah Eksekutif yang kelima memimpin UNICEF di dalam masa 60 tahun. Sebelum UNICEF, Veneman telah bekerja sebagai Menteri Pertanian Amerika Syarikat (Secretary of the US Department of Agriculture) yang ke-27 daripada tahun 2001 sehingga 2005.
Sebagai salah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF bekerja di lapangan di 156 negara-negara yang sedang membangun dan negara-negara yang berada di dalam peralihan untuk membantu kanak-kanak membina kehidupan dan membesar dengan lebih baik. Pembekal vaksin yang terbesar untuk negara-negara yang miskin, UNICEF bekerja untuk memajukan “Matlamat Pembangunan Milenium” (Millennium Development Goals) dengan memberi sokongan terhadap kesihatan kanak-kanak dan nutrisi, pendidikan asas yang berkualiti untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan, air yang bersih serta sanitasi, dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan AIDS.
Di UNICEF, Veneman memimpin agensi global ini melalui lebih kurang 10,000 pegawai dan juga jumlah sumber tahunan sebanyak US$3 billion, dibiayai sepenuhnnya oleh sumbangan daripada kerajaan-kerajaan, korporat dan perniagaan, yayasan-yayasan dan individu-individu. Semenjak beliau mengambil-alih jawatan Pengarah Eksekutif, beliau telah melawat lebih daripada 30 buah negara, melihat dengan sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh UNICEF, menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan juga persidangan, dan melawat pemimpin-peminpin negara atau kerajaan dan lain-lain rakan agensi.
Visi Veneman di UNICEF adalah untuk menyemai “daya keutamaan” dan memastikan dasar-dasar dan program-program agensi dapat mencapai “Matlamat Pembangunan Milenium” pada tahun 2015. Beliau juga telah menekankan bahawa pendekatan yang berintegrasi, fokus kepada peningkatan intervensi untuk menyokong kesihatan dan kemajuan kanak-kanak. Veneman juga menekankan kepentingan kepada keteguhan, serta perkongsian yang berkesan yang boleh memaksimumkan sumber-sumber dan juga mengelakkan duplikasi.
Editor kepada jurnal perubatan Lancet pada tahun tahun 2005 telah memuji visi tersebut, dengan menulis: “UNICEF … telah muncul di bawah sebuah kepimpinan yang baru sebagai protagonis yang amat penting bagi menjamin keupayaan kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan. Iltizam ini selalunya tidak dapat dijamin. Tetapi pengarah eksekutif UNICEF yang baru, Ann Veneman, telah berikrar bahawa agensi ini adalah setara dengan keupayaan untuk meneruskan revolusi kehidupan bagi anak kedua.”
Di bawah pimpinan beliau, perkongsian-perkongsian yang baru dan utama telah dilancarkan, termasuklah Perkongsian untuk Ibu-Ibu, Bayi dan Kesihatan Anak-anak; dan kempen secara global iaitu “Bersatu untuk Kanak-Kanak, Bersatu menentang AIDS”. UNICEF juga bekerja bersama-sama Program Makanan Sedunia (World Food Program) dan lain-lain rakan kongsi terhadap inisiatif yang bertujuan untuk menghapuskan malnutrisi dan juga kelaparan bagi kanak-kanak.
Veneman kini mempengerusikan Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan nutrisi dan juga badan Persekutuan Global untuk Vaksin dan Imunisasi.
Pengurusan yang teguh, transparensi merupakan kemuncak kareer Veneman. Di UNICEF, beliau memberi tekanan kepada “budaya yang berterusan membawa kepada kemajuan” untuk membantu mencapai keputusan yang berkekalan bagi kanak-kanak. Veneman juga telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memperbaiki amalan perniagaan, pengurusan dan perkongsian, termasuklah kajian semula terhadap organisasi agensi secara komprehensif.
Di Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA), Veneman telah menguruskan jabatan yang mempunyai 111,000 pekerja-pekerja; di peringkat program sebanyak $113 billion yang merupakan ke-enam terbesar di A.S jika ia sebuah korporat; yang mempunyai tugasan yang paling pelbagai dan juga paling mencabar di dalam kerajaan.
Kareer Veneman sebelum UNICEF hampir kesemuanya fokus kepada nutrisi kanak-kanak, kesihatan umum, perdagangan dan kemajuan antarabangsa, menurunkan kadar kebuluran, termasuklah inisiatif-inisiatif penting untuk membantu mengurangkan malnutrisi di seluruh dunia.
Veneman telah mengembara ke beberapa buah negara yang sedang membangun sebelum melibatkan diri dengan UNICEF, menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin negara dan juga lawatan projek-projek lapangan di beberapa buah benua. Beliau juga telah bekerja rapat dengan Organisasi Makanan dan Agrikultur (Food and Agriculture Program) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Program Makanan Sedunia, Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Kemajuan (Organisation for Economic Cooperation and Development), Bank Dunia (World Bank), Organisasi Perdagangan Sedunia (World Trade Organisation), dan lain-lain kumpulan kebajikan dan organisasi masyarakat.
Veneman sebelum ini telah berkhidmat di dalam pelbagai jawatan di USDA dan juga kerajaan negeri. Daripada tahun 1991 sehingga tahun 1993, beliau merupakan Timbalan Setiausaha USDA, iaitu jawatan kedua tertinggi. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Bawahan Agrikultur bagi Program Komoditi dan Hubungan Antasabangsa daripada tahun1989 sehingga 1991. Veneman telah menyertai Perkhidmatan Agrikultur Luar Negara USDA pada tahun 1986 dan kemudian berkhidmat sebagai Pentadbir sehingga tahun 1989. Daripada tahun 1995 sehingga 1999, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha bagi Jabatan Makanan dan Agrikultur California (CDFA).
Beliau telah memulakan kareer guaman sebagai seorang peguam di pejabat Penasihat Awam di Daerah Bay Rapid Transit di Oakland, California, pada tahun 1976. Pada tahun 1978, beliau telah kembali ke tempat asal beliau di Modesto, di mana beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Guambela Awam. Pada tahun 1980, beliau telah menyertai firma guaman Modesto Damrell, Damrell dan Nelson, di mana beliau bertindak sebagai rakan kerja dan kemudian menjadi rakan kongsi.
Beliau telah bekerja sebagai peguam di Washington, D.C., firma guaman Patton Boggs daripada tahun 1993 sehingga 1995 sebelum kembali semula ke California untuk berkhidmat sebagai Setiausaha negeri bagi Makanan dan Agrikultur, di mana beliau telah menguruskan program-program dan perkhidmatan agrikultur yang paling terbesar dan paling banyak di dalam negeri yang menghasilkan produk-produk agrikultur di AS. Sebelum beliau dilantik sebangai Setiausaha AS untuk Agrikultur, Veneman bekerja di firma guaman Nossaman, Guthner, Knox dan Elliott.
Veneman memperolehi ijazah sarjana muda beliau di dalam sains politik daripada University of California, Davis; ijazah sarjana di dalam polisi awam daripada University of California, Berkeley; dan ijazah doktor falsafah daripada University of California, Kolej Perundangan Hastings. Beliau juga telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada Universiti Politeknik California, San Luis Obispo (2001); Lincoln University of Missouri (2003); Delaware State University (2004); dan Middlebury College (2006).
Berdasarkan kapasiti beliau sendiri, beliau telah berkhidmat sebagai ahli lembaga untuk “Yayasan Close Up”, ia merupakan organisasi pendidikan sivik, dan telah berkhidmat di dalam beberapa buah majlis penasihat dan jawatankuasa sebelum ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pendidikan di peringkat tinggi.
Veneman telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuklah: Cal Aggie Alumni Award (1995); Kiwanis National Farm-City Week Award (1995); Outstanding Woman in International Trade Award (2001); UC Davis Outstanding Alumna of the Year Award (2001); Food Research and Action Center Award (2001); National 4-H Alumni Recognition Award (2002); Dutch American Heritage Award (2002); Junior Statesman Foundation Statesman of the Year Award (2002); United Fresh Fruit & Vegetable Distinguished Service Award (2002); California Council for International Trade Golden State Award (2002); Goldman School of Public Policy Alumnus of the Year Award (2003); California Agriculturalist of the Year (2003); Sigma Alpha Sorority Award (2004); The History Channel’s Save Our History Leadership Award (2004); Main Street Partnership John Chafee Award for Distinguished Public Service (2004); American PVO Partners Award for Service to People in Need (2004); Richard E. Lyng Award for Public Service (2005); and Sesame Workshop’s Leadership Award for Children (2006).
Dikemaskini pada September 2006
|