Anupama Rao Singh
Pengarah Serantau,
Cik Singh mengambil-alih jawatan sebagai Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Timur dan di Pasifik pada 1hb November 2004.
Sebelum perlantikan beliau, Cik Singh telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Program, Ibu Pejabat UNICEF di New York, jawatan yang telah beliau pegang daripada Januari 2001. Melalui kapasiti ini beliau bertanggungjawab di dalam pengawasan terhadap kerja-kerja dan juga sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF kepada reformasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga program strategik global yang memberi sokongan kepada pejabat-pejabat di benua dan juga negara. Tambahan pula, Cik Singh telah mengambil beberapa tugasan khas untuk sistem Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuklah pengendalian kajian keperluan untuk pembinaan semula di Iraq dan Timbalan Penyelaras Kemanusiaan dan peralihan ketika berlakunya krisis Darfur di Sudan.
Cik Singh menyertai UNICEF pada November 1980 sebagai Penolong Pegawai Program di New Delhi, India, di mana beliau telah memberikan sokongan teknikal di dalam perancangan, pembangunan dan juga pengawasan program-program yang disokong oleh UNICEF terhadap program komunikasi dan perlindungan kanak-kanak kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pada Disember 1985, beliau telah dipindahkan ke Pejabat Jaipur sebagai Pegawai Program di mana beliau bertanggungjawab terhadap advokasi, perancangan keseluruhan, pengurusan, dan juga pelaksanaan program-program UNICEF dengan kerjasama Negeri Rajasthan.
Pada Mei, 1993, Cik Singh telah bertukar ke Khartoum, Sudan, sebagai Ketua Perancang. Peranan beliau adalah dengan memberi bantuan teknikal di dalam persediaan dan juga kajian semula Kerajaan Sudan – program kerjasama negara UNICEF, juga formulasi projek, perancangan, pembahagian, pengawasan kegunaan dan laporan dana-dana program.
Pada April 1996, Cik Singh telah dilantik sebagai Pegawai Projek Atasan (Pendidikan) di Kampala, Uganda, di mana beliau bertanggungjawab terhadap program pembangunan, rekabentuk, perancangan, pelaksanaan dan juga pengurusan Pendidikan Asas, Penjagaan Kanak-Kanak dan Pembangunan Remaja, di dalam program negara Uganda. Beliau telah menyumbang dengan banyak di dalam memperkukuhkan program-program untuk kanak-kanak yang tidak berupaya dan juga program yang berdasarkan hak-hak. Tambahan pula, beliau merupakan penggerak utama di sebalik pembentukan Akta Kanak-Kanak di Uganda, salah satu undang-undang yang paling komprehensif untuk kanak-kanak di Afrika.
Pada Januari 1999, Cik Singh telah dilantik sebagai Wakil UNICEF di Iraq. Melalui kapasiti beliau, beliau telah bertanggungjawab di dalam advokasi untuk isu kanak-kanak dan juga perancangan keseluruhan, pengendalian dan juga pelaksanaan program-program UNICEF untuk memperbaiki kehidupan wanita dan kanak-kanak di Iraq. Kerja-kerja advokasi beliau terhadap keadaan wanita dan kanak-kanak di Iraq perlu diberikan perhatian. Beliau telah memegang jawatan tersebut sehinggalah tugasan beliau di Ibu Pejabat New York.
Sebelum menyertai UNICEF, daripada Ogos 1973 sehingga November 1980, Cik Singh telah berkhidmat di dalam pelbagai kapasiti teknikal dan kajian yang melibatkan wanita dan kanak-kanak, di kedua-dua peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Sebahagian daripada kareer beliau adalah sebagai seorang pensyarah di Kolej Lady Irwin di New Delhi, India.
Cik Singh adalah seorang warganegara India. Beliau telah mengikuti pengajian di Kolej Lady Irwin di New Delhi, India, di mana beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda bagi Ekonomi pada tahun 1970. Beliau juga telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1971 dan juga Ijazah Sarjana di dalam Perkembangan Kanak-Kanak pada tahun 1973 dengan memperolehi pangkat tertinggi.
|