Pusat media

Balai berita

Topik hangat

Kedudukan UNICEF

Garis panduan media

Kit media

Ucapan

Profil

Kalendar 2008

Acara / Majlis

Hubungi kami

 

Philip O'Brien

© UNICEF/HQ03-0266/Robert Bailey

Pengarah Serantau
Pejabat Serantau, Geneva

 

Sebelum memulakan tugasan beliau sebagai Pengarah Serantau untuk Pejabat Serantau UNICEF di Geneva, En. O’Brien merupakan Pengarah Serantau bagi Pejabat UNICEF untuk CEE/CIS/Baltik. 

 

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pengarah dan Ketua Bahagian Geografi untuk Bahagian Program UNICEF di New York. Semasa ini, beliau bertanggungjawab untuk mengawasi program sokongan strategi global kepada pejabat-pejabat di benua-benua dan juga negara-negara di mana UNICEF bekerja. Jawatan beliau telah membolehkan beliau mendapatkan gambaran keseluruhan kerja-kerja yang dilakukan oleh UNICEF secara komprehensif di benua CEE/CIS.  Beliau telah memberikan panduan di dalam negara dan juga sokongan kepada beberapa buah pejabat negara di benua tersebut, dan telah mengikuti beberapa mesyuarat Kumpulan Pengurusan Serantau.

 

Beliau juga telah bertanggungjawab di dalam kerjasama program UNICEF dengan Kumpulan-Kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP, WFP, UNFPA dan lain-lain agensi) dan telah menyumbang kepada perkembangan program-program kerjasama yang baru di antara UNICEF dan Bank Dunia (World Bank).

 

Sebelum tugasan ini, En. O'Brien telah bekerja di Pejabat Pengarah Eksekutif terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kertas-kertas cadangan Reformasi PBB Setiausaha Jeneral, membantu di dalam pembangunan laporan terhadap sumbangan-sumbangan UNICEF, dan juga melicinkan program-program organisasi dan maklumbalas operasi terhadapnya.

 

En. O'Brien telah menyertai UNICEF pada Mei 1988 sebagai Ketua Kesihatan dan Nutrisi di pejabat negara Bangladesh. Ketika tugasan beliau, program kerjasama UNICEF telah membantu Kerajaan Bangladesh di dalam mencapai Imunisasi Universal Kanak-Kanak, mencapai “universal salt iodisation” dan dasar formulasi, strategi dan juga undang-undang untuk menggalakkan penyusuan ibu dan menangani malnutrisi.

 

Pada Mac 1993, beliau telah dilantik sebagai Penyelaras Bangsa-Bangsa Bersatu di sektor selatan Operasi Talian Kehidupan Sudan (Operation Lifeline Sudan), program Bangsa-Bangsa Bersatu yang melepasi sempadan utama, dan sekaligus sebagai Ketua Operasi UNICEF di dalam program-program di Selatan Sudan. Beliau bertanggungjawab di dalam perkembangan strategi secara keseluruhan dan juga penyelarasan operasi 30 konsortium Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang beroperasi di bawah aegis OLS.

 

En. O'Brien telah dilantik sebagai Pegawai Atasan Program di Pejabat Program Kecemasan di ibu pejabat UNICEF pada Jun 1996, di mana beliau bertanggungjawab di dalam sokongan operasi dan dasar kepada pejabat-pejabat UNICEF yang bekerja di dalam situasi krisis.

 

Sebelum menyertai UNICEF, En. O'Brien telah bekerja dengan CONCERN WORLDWIDE, sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, daripada tahun 1975 sehingga tahun 1988. Beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan atasan di dalam organisasi ini, termasuklah Wakil ke Bangladesh dan Tanzania.

 

En. O'Brien adalah seorang warganegara Ireland. Beliau menamatkan pengajian daripada University of Wales, Swansea, U.K. pada tahun 1977 dengan Diploma di dalam Dasar Sosial dan Pentadbiran. Pada tahun 1984 beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana di dalam Sains Ekonomi (Perancangan Sosial) juga daripada the University of Wales, Swansea, U.K.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children