Minat remaja terhadap rap dan menggunakannya untuk sampaikan mesej AIDS
Oleh Su-May Tan IPOH, 30 November 2007 – Di antara 10 orang pemenang pertandingan antarabangsa MTV-UNICEF VLOGIT, penyertaan Chow Jia Long, iaitu seorang remaja Malaysia yang berusia 22 tahun, menyerlah bukan sahaja kerana kesungguhan dan keunikannya, tetapi kerana ia juga dilakukan di dalam bentuk rap. Kebanyakan daripada para peserta telah menghantar penyertaan mereka di dalam bentuk filem pendek dan dokumentari (sehari di dalam hidup seorang anak gadis yang sedang menjalani ujian HIV ataupun temuramah-temuramah dengan para pelajar di dalam kampus) tetapi Jia Long telah membuat keputusan untuk mengikut aliran muzik. “Saya ingin melakukan sesuatu yang berbeza,” kata penuntut universiti dan juga bakal penyanyi rap dan pelakon. “Sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai, serta pada masa yang sama tema yang digunakan juga amat sesuai.” Ia juga mestilah sesuatu yang boleh difahami dan dirasai oleh para penonton. Minatnya dengan hip hop (dan juga Eminem) yang telah bermula sejak berumur 15 tahun, rap merupakan jawapan yang diperlukan. Rap, beri suara kepada mereka yang dilupai “Rap bukan sahaja tentang parti dan ‘bling bling’,” terang Jia Long. “Rap juga boleh digunakan untuk memberi suara kepada mereka yang terpinggir, yang tertindas, dan untuk mereka yang telah dilupakan. Rap juga boleh digunakan untuk menceritakan kisah yang menyayat hati, kisah yang dramatik; yang memberi inspirasi kepada orang ramai, dan juga untuk memberi harapan kepada orang ramai.”Penyertaan Jia Long yang berbentuk rap ini telah mencapai kesemuanya, dengan menceritakan kisah daripada perspektif seorang yang hidup dengan HIV, yang berfikir untuk membunuh diri sendiri, tetapi, apabila telah didekati oleh ibunya dia menyedari bahawa harapan itu masih ada, dan dengan sokongan daripada keluarganya dia meneruskan kehidupan. Dengan menyertai pertandingan ini, ia memberikan Jia Long peluang untuk menyebarkan mesej mengenai AIDS daripada pandangan seorang remaja. “Kita selalu mendengar tentang orang dewasa seperti para guru, doktor dan ahli-ahli politik berbicara tentang AIDS,” kata Jia Long. “Tetapi kita jarang mendengar pandangan dan pendapat daripada para remaja dan golongan muda, jadi saya fakir ini merupakan satu peluang yang bagus untuk generasi muda meluahkan perasaan dan juga pemikiran kita terhadap subjek yang boleh dikatakan kontroversi ini.” Terjemahan lirik yang realistik Walaupun beliau sendiri tidak mengenali mereka yang HIV positif, Jia Long berjaya menghasilkan karya yang amat bagus. Beliau telah membuktikan bahawa beliau mempunyai maklumat serta pengetahuan yang mendalam terhadap topik ini. “Saya memang berminat dengan topik HIV sebelum pertandingan ini diadakan,” kata pelajar jurusan bioteknologi daripada Universiti Malaysia Sabah ini. “Mempelajari struktur HIV merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran.” Untuk cuba mendalami perasaan dan pemikiran seseorang yang dijangkiti HIV walaubagaimanapun, merupakan sesuatu yang amat sukar. “Saya telah mencari maklumat dan membuat kajian saya sendiri tentang bagaimana virus tersebut merebak, tanda-tanda jangkitan dan lain-lain,” jelas beliau. “Dan saya cuba bayangkan apa perasaan saya sekiranya saya melalui sesuatu seperti ini.” Di dalam menghasilkan rap tersebut, Jia Long mengingini para penonton agar dapat merasakan kepahitan dan penderitaan seseorang yang sedang hidup dengan HIV. Di dalam liriknya, “Seluruh badan saya merasai kesakitan yang amat sangat. Saya dapat merasakan virus ini meresap masuk ke seluruh badan saya….” Tetapi dia kembali merasa yakin dengan diri sendiri apabila ibunya datang menghampirinya sambila berkata “semuanya akan menjadi baik, akhirnya, kuatkan semangat, kekalkan keyakinan diri dan pandang ke hadapan, bersama-sama kita menghadapi musuh yang sama, kerana tidak kira apa yang berlaku, anakanda masih mempunyai keluarga”. Lirik muzik ini menunjukkan dengan jelas kekuatan di dalam penyertaan Jia Long. Beliau juga menyedarinya dan telah menukar fikiran untuk membuat kilp video rap ini di lorong-lorong kecil (untuk menunjukkan perdagangan seks) dan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti di ruang makan di rumahnya. “Kami fikir ini mungkin akan membuat para penonton menghayati liriknya dengan lebih mendalam,” kata beliau. “berbanding dengan klip yang berlatarbelakangkan gadis-gadis yang berpakaian seksi.” Belajar melalui pengalaman Di dalam proses untuk menghasilkan video dan juga berdasarkan pemerhatian-pemerhatian sebelum ini, Jia Long mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh para pemimpin di dalam pencegahan HIV. “Para pemimpin perlu mewujudkan kesedaran tentang HIV di kalangan orang ramai, bukan sahaja melalui ucapan, tetapi melalui tindakan,” beliau memberi tekanan. “(Mereka) perlu mencari punca masalah ini, tidak kisahlah samada ianya kemiskinan, penggunaan dadah, seks tanpa perlindungan, perbezaan kuasa di antara lelaki dan wanita atau lain-lain faktor, dan mula berjuang menentang peperangan ini daripada situ.” Perihal mesej beliau kepada anak-anak muda yang lain, beliau berkata, “Jadi lebih prihatin terhadap keadaan anda, dan tingkatkan pengetahuan. Bak kata pepatah, pencegahan lebih baik daripada mengubati, dan bagi penyakit yang sehingga kini masih tidak ditemui ubatnya, pencegahan adalah satu-satunya cara untuk kita hidup dan kekal sihat.” Dengan mengambil kata-kata daripada lirik Jia Long, “Bagi mereka yang ingin mencuba, jangan sekali-kali melakukannya. Ia mungkin terlambat untuk saya, tetapi ia masih belum terlambat untuk anda.” .................................................................................... Staying Alive Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Vlogit - PPA Selebriti Saksikan para selebriti berbicara tentang HIV dan AIDS untuk kempen UNICEF dan MTV Staying Alive. Ewan McGregor Duta Muhibbah UNICEF Shaggy artis reggae antarabangsa Simon Webbe pemuzik dan pelakon filem terkenal Da' Ville seorang artis reggae Jamaica Video di dalam Bahasa Inggeris. Hari AIDS Sedunia 2007 Berita Disember 2007: 15 November 2007: 1 Disember 2006:
Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS Menentang HIV/AIDS di Malaysia |