HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Remaja Malaysia bersatu suara di dalam menentang HIV dan AIDS dengan menggunakan media terbaru

© ihsan daripada Chow Jia Long
Seorang remaja dari Malaysia Chow Jia Long menggunakan rap untuk “berbicara” tentang HIV dan AIDS di dalam vlognya.

KUALA LUMPUR, 15 November 2007 – Chow Jia Long, seorang remaja dari Malaysia yang berusia dua puluh dua tahun bersatu dengan sembilan orang rakan yang sebaya dengannya daripada seluruh dunia pada awal tahun ini untuk program yang bertajuk VLOGIT iaitu perkongsian di antara MTV Networks International’s Staying Alive dan UNICEF untuk fasa yang pertama. Ia merupakan projek video global yang menggalakkan golongan muda untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mereka terhadap HIV dan AIDS dengan menggunakan media terbaru.

Sepuluh orang pemenang yang telah dipilih adalah daripada negara China, Ethiopia, Malaysia, Mexico, Romania, Afrika Selatan, Uganda dan Ukraine telah diberikan setiap seorang perakam video oleh MTV untuk menerbitkan vlog selama satu minit, ataupun dikenali sebagai blog video untuk merakam pendapat mereka mengenai HIV dan AIDS serta impaknya terhadap masyarakat.
 
"Situasi HIV di Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan negara-negara yang lain, tetapi sehingga bila ia akan berterusan, kita tidak tahu. Juga, subjek ini masih dianggap sebagai satu subjek yang ‘taboo’ di Malaysia dan kebanyakan orang ramai selalu mengelak daripada berbicara tentangnya”, kata Jia Long yang kini sedang menuntut di salah sebuah universiti di Sabah.

© UNICEF/HQ06-1500/ Pirozzi
Pemimpin-pemimpin remaja, di mana AIDS telah membawa kesan kepada hidup mereka sedang berdiri di dalam bulatan sambil berpegangan tangan, sebagai simbol kepada slogan ‘Kita boleh melakukannya bersama’.

Dengan menggalakkan golongan muda berkomunikasi tentang HIV dan AIDS menggunakan platform yang memberi inspirasi kepada mereka, VLOGIT cuba menunjukkan kehidupan golongan muda serta bagaimana mereka bertindakbalas terhadap epidemik ini di seluruh dunia.

Pelancaran laman web VLOGIT pada bulan Julai tahun ini, golongan muda daripada seluruh dunia telah dijemput untuk bersama-sama dengan Jia Long agar memuat turun vlog mereka sendiri ke dalam laman web Staying Alive. Laman web VLOGIT akan kekal sebagai suatu alatan media yang dapat melibatkan golongan muda di dalam perjuangan menentang HIV dan AIDS.

Jia Long yang telah memberi respon untuk Hari AIDS Sedunia 2006 UNICEF untuk menghantar penyertaan vlognya telah dipilih sebagai salah seorang pemenang  pertandingan video dengan menggunakan budaya popular melalui penyampaiannya yang kreatif dan inovatif untuk berbicara tentang HIV.

“AIDS kini adalah satu epidemik yang telah memberi impak yang mendalam di seluruh dunia. Agak sukar bagi saya untuk menulis tentangnya dengan cara yang paling kreatif, dan kemudian idea untuk menulis muzik menggunakan irama rap muncul, dan saya pun telah meletakkan segala tumpuan minda dan hati saya ke dalamnya," tambah Jia Long.

Para selebriti, termasuklah Da’Ville, Shaggy, Simon Webbe dan Duta Muhibbah UNICEF UK, Ewan McGregor juga telah menyumbangkan suara mereka keapda projek ini, dengan berbicara tentang betapa pentingnya pencegahan HIV dan kesan-kesan kemudaratan yang dibawa oleh AIDS terhadap keluarga dan masyarakat di seluruh dunia.

Perkongsian VLOGIT di antara MTV Networks International Staying Alive dan UNICEF merupakan sebahagian daripada kempen global UNICEF “Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS” yang memberikan kanak-kanak dan golongan muda pencegahan, rawatan dan sokongan terhadap HIV.  

Untuk maklumat lebih lanjut tentang VLOGIT, sila layari http://www.staying-alive.org/vlogit/

......................................................................................

MTV Networks International
MTV membawa jenama hiburan multimedia utama seperti MTV: Music Television, VH1, Nickelodeon, TMF (The Music Factory), VIVA, Flux, Paramount Comedy, Comedy Central, Game One dan IFILM. Jenama MTV Networks kini terpapar diseluruh dunia di dalam lebih daripada 503 juta rumah di 161 buah negara dan di dalam 32 buah bahasa melalui 138 saluran TV yang dikendalikan oleh operator tempatan dan lebih daripada 250  kandungan media digital. Anatara bidang yang diceburi oleh syarikat ini termasuklah televisyen, media digital, penerbitan, video persendirian, muzik yang direkod, barangan & lesen dan dua bahagian filem utama,  MTV Films dan Nickelodeon Movies.  MTV Networks merupakan sebuah unit di bahawah Viacom Inc. (NYSE: VIA, VIA.B).

Staying Alive
Staying Alive adalah kempen pencegahan HIV dan AIDS global yang mencabar stigma dan diskriminasi yang dikaitkan dengan HIV dan AIDS serta pada masa yang sama memperkasa golongan muda untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti. Kempen yang telah memenangi anugerah Emmy ini termasuklah dokumentari-dokumentari, pengumuman perkhidmatan umum (PSA), forum remaja, dan kandungan laman web pelbagai bahasa. Staying Alive memberikan segala hakcipta kepada bahan-bahan yang diterbitkan secara percuma kepada penyiar dan pengedar kandungan secara global untuk memastikan mesej pencegahan dapat disampaikan kepada para penonton di seluruh dunia. Kempen Staying Alive ini merupakan perkongsian di antara MTV Networks International, Family Health International’s YouthNet, Kaiser Family Foundation, UNAIDS, UNFPA, Sida, dan Creative Review.  Maklumat lanjut mengenai Staying Alive boleh didapati di laman web http://www.staying-alive.org/en/home MTV Networks International juga merupakan ahli aktif kepada Inisiatif AIDS Media Global yang disokong oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (GMAI).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi UNICEF Malaysia :
Indra Nadchatram: (+6.03) 2095 9157, 013 366 3452, inadchatram@unicef.org

Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Vlogit - PPA Selebriti

Saksikan para selebriti berbicara tentang HIV dan AIDS untuk kempen UNICEF dan MTV Staying Alive.

Ewan McGregor Duta Muhibbah UNICEF
 VIDEO max | min

Shaggy artis reggae antarabangsa
 VIDEO max | min

Simon Webbe pemuzik dan pelakon filem terkenal
 VIDEO max | min

Da' Ville seorang artis reggae Jamaica
 VIDEO maxmin

Video di dalam Bahasa Inggeris.


Vlog Remaja

VLOGIT Vlog 
 VIDEO max | min

Chow Jia Long, 21
Perak, Malaysia
 VIDEO max | min

Mariel Garcia Montes, 16
Kota Mexico, Mexico
 VIDEO max | min

Deng Yongshi, 17
Kota Dongguan, China
 VIDEO max | min

Thithi Nteta, 22
Cape Town, Afrika Selatan
 VIDEO maxmin

Video di dalam Bahasa Inggeris.


Hari AIDS Sedunia 2007

1 Disember 2007
Kepimpinan
Hentikan AIDS – Tunaikan janji

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Search:

 Email this article

unite for children