PersidanganPersidangan AIDS Kebangsaan Pertama Menghentikan serta membalikkan semula penyebaran HIV dan AIDS kekal sebagai satu-satunya sasaran Matlamat Pembangunan Millenium yang masih belum dapat dicapai oleh Malaysia. Kini jangkitan-jangkitan baru HIV di Malaysia adalah di dalam lingkungan antara 16-17 kes sehari dan kes-kes tersebut semakin berganda setiap tiga tahun. AIDS kini berterusan memberi ancaman dan cabaran yang serius terhadap pembangunan manusia dan perkembangan di Malaysia. Walaupun epidemik di Malaysia masih tertumpu di kalangan pengguna dadah yang menyuntik, ia juga telah menunjukkan tren jangkitan yang membimbangkan di kalangan wanita dan anak-anak gadis. Persidangan AIDS Kebangsaan Malaysia yang pertama pada tahun ini bertemakan ‘Berpegang pada Janji, Tindakan Bersatu', merupakan satu peluang untuk pembuat-pembuat dasar, pakar-pakar kesihatan, pakar-pakar di hospital, para akademik, para aktivis, para remaja dan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) untuk berkumpul bersama di dalam mengkaji dan menilai semula inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan serta cabaran-cabaran yang telah dihadapi pada tahun-tahun sebelum ini untuk berbincang tentang program-program pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan yang lebih baik untuk masa hadapan. Tiga bidang utama HIV dan AIDS yang akan diberi fokus utama di Malaysia adalah:
Peluang yang wujud untuk mengkaji semula maklumbalas-maklumbalas individu dan berkumpulan terhadap HIV dan AIDS juga akan memastikan bahawa program-program untuk masa hadapan dapat menyokong Rancangan Malaysia ke-9 dan seiring dengan Perancangan Strategik HIV/AIDS 2006 – 2010 serta komitmen yang lebih luas terhadap hasil yang telah didapati daripada Sesi Khas terhadap HIV/AIDS ketika berlangsungnya Persidangan Umum PBB dan juga Matlamat Pembangunan Milenium. Persidangan AIDS Kebangsaaan yang pertama ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan HIV Malaysia dan Pakar Kesihatan Umum Malaysia. Ia juga disokong oleh Kementerian Kesihatan dan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF). Persidangan ini akan diadakan daripada 30 November - 2 Disember 2007 bersempena dengan Hari AIDS Sedunia. Untuk maklumat lebih lanjut atau bagaimana untuk mendaftar, sila hubungi Persidangan AIDS Kebangsaan Bersama. Penganjur bersama oleh: Sokongan bersama oleh: ................................................................................ Sesi-sesi yang melibatkan UNICEF* *Laman web di dalam Bahasa Inggeris. Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Persidangan AIDS Kebangsaan Pertama Hari AIDS Sedunia 2007 |