UNICEF mengalu – alukan ubatan baru untuk kanak-kanak yang hidup dengan HIVKombinasi dos tetap antiretroviral yang baru merupakan langkah yang penting untuk merawat kanak-kanak yang hidup dengan HIV NEW YORK, 16 Ogos 2007 – UNICEF hari ini mengalu-alukan Pentadbiran Pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat terhadap keputusan yang telah diambil untuk meluluskan satu dos kombinasi antiretroviral (ARV) yang pertama untuk kanak-kanak. Ubat yang baru ini, merupakan formulasi ‘tiga-dalam-satu’, telah direka khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang berada di luar A.S, yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk orang dewasa yang agak sukar untuk diberikan dan mungkin tidak berkesan atau mungkin juga berbahaya. Kelulusan daripada FDA ini membolehkan Tabung Kecemasan untuk AIDS, Presiden AS (PEPFAR) dan lain-lain badan organisasi untuk memperolehi ubat-ubatan ARV tersebut, di mana ia akan dihasilkan dalam bentuk generik, untuk negara-negara yang dilanda gejala HIV dan AIDS serta untuk kanak-kanak yang amat memerlukannya. Ubat tersebut membuktikan bahawa terdapatnya satu langkah ke hadapan di dalam menjadikan rawatan sebagai suatu yang boleh didapati secara universal untuk kanak-kanak yang amat memerlukannya. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan terdapat hanya 15 peratus daripada kanak-kanak yang memerlukan rawatan mendapat rawatan antiretroviral tersebut. Untuk memastikan rawatan yang diberikan berkesan dan selamat, UNICEF serta rakan-rakan lain meneruskan advokasi untuk mendapatkan lebih banyak formulasi ubat-ubatan antiretroviral tambahan yang khusus untuk kanak-kanak. Dengan bilangan kanak-kanak seramai 300,000 orang yang berumur 13 tahun ke bawah meninggal dunia kerana penyakit yang berkaitan dengan AIDS pada tahun 2006, adalah amat kritikal kanak-kanak diberikan rawatan HIV yang boleh menyelamatkan nyawa mereka agar matlamat untuk mencapai generasi yang bebas AIDS dapat dicapai. *** Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Gerrit Beger, UNICEF New York, +1-212-326-7116, gbeger@unicef.org Elizabeth Losleben, UNICEF New York, +212-326-7172, elosleben@unicef.org Penterjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Anne Jamaludin.
Pautan berkaitan 17 April 2007: 6 November 2006: 10 Ogos 2006: 26 Mei 2006: 9 Februari 2006: * Laman web di dalam Bahasa Inggeris. |