HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Melakukan yang terbaik untuk mengatasi HIV

© UNICEF Malaysia/2006/Nadchatram
Dijangka lebih kurang 5,000 orang pelajar sekolah di Kedah akan mendapat manfaat daripada projek perintis Kemahiran Hidup HIV yang berdasarkan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan dan juga UNICEF.

Oleh Indra Nadchatram

Tema Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD) pada tahun ini adalah "Menerajui Jalan ke arah Dunia Tanpa AIDS” yang menyeru seluruh dunia agar bertindak sekarang, dengan segera dan juga dengan tekad, untuk memastikan antara lainnya agar generasi kanak-kanak yang seterusnya bebas daripada AIDS. Seluruh dunia haruslah mengambil kira kesan-kesan khusus yang dibawa oleh AIDS kepada kanak-kanak dan anak-anak muda, atau kita tidak mempunyai peluang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) 6 – iaitu untuk menghentikan dan juga memulakan pembalikan penyebaran penyakit ini menjelang tahun 2015. 

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2007 – Tasha merupakan seorang anak gadis yang cantik, berumur dua puluh satu tahun, dan amat gembira dengan masa depannya. Seperti rakan-rakannya yang lain, dia mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik, mencari cinta dan juga mempunyai keluarganya sendiri. Tasha juga HIV positif.

Psikologi graduan-graduan sarjana muda kini adalah seorang daripada 1,705 orang anak-anak muda di Malaysia telah dijangkiti HIV sebelum mencecah umur 19 tahun. Seperti orang lain, Tasha tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai HIV dan AIDS malahan telah diberikan maklumat-maklumat yang tidak benar mengenainya.

“Saya ingat kita hanya boleh mendapat HIV daripada ‘penagih dadah’ atau ‘pelacur’ sahaja kerana mesej-mesej itulah yang telah saya dapati daripada media,” katanya.  “Bekas teman lelaki saya datang daripada keluarga yang baik-baik, seperti saya. Dia kini sedang meneruskan pengajiannya di dalam bidang undang-undang di UK. Saya tidak terfikir tentang HIV apabila kami membuat keputusan untuk melakukan seks.”

Walaupun mempunyai lebih daripada tiga puluh tahun pengalaman yang diperolehi melalui sejarah HIV dan AIDS, tetapi dengan tragiknya, virus ini seolah-olah telah menang dari semua arah. Dengan setiap tahun yang berlalu, HIV telah menjadi penyakit untuk anak-anak muda serta golongan-golongan yang paling lemah dan terdedah. Menurut agensi utama PBB terhadap HIV/AIDS, UNAIDS, seorang anak muda yang berumur di dalam lingkungan 15 dan 25 tahun akan dijangkiti dengan HIV setiap 15 saat. Daripada 40 juta orang yang kini hidup dengan HIV, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada mereka berumur di bawah 25 tahun.

Jangkitan di kalangan remaja

Gambaran ini memang amat mendukacitakan di Malaysia. Seperti di lain-lain negara di seluruh dunia, anak-anak muda di dalam negara ini menyumbang kepada peningkatan bilangan jangkitan HIV setiap tahun. Statistik daripada Kementerian Kesihatan pada bulan Jun 2006 telah menunjukkan 38 peratus daripada 73,427 kes-kes HIV yang telah dilaporkan terdiri daripada anak-anak muda yang berada di dalam lingkungan umur 13 sehingga 29 tahun. Disebabkan oleh penyebaran HIV, kemungkinan besar  mereka telah dijangkiti ketika berumur di pertengahan dua puluhan dan kemungkinan juga ketika remaja.

Kurangnya pengetahuan tentang HIV adalah salah satu daripada sebab-sebab utama yang dikenalpasti sebagai punca penyebaran virus yang meluas dan ia juga berkaitan dengan stigma dan diskriminasi. Sensitif terhadap budaya seringkali mencegah perbincangan secara terbuka terhadap subjek ini. Berdiam diri, kejahilan, penafian dan cepat merasa puas hati dengan diri sendiri melengkapkan halangan-halangan yang wujud.

“Pendidikan seks memang hampir tiada ketika saya di sekolah. Kami belajar sedikit di dalam kelas biologi tetapi cikgu saya terlampau segan untuk berbincang tentangnya sampai saya dan rakan-rakan rasa tidak selesa,” kata Tasha, dengan kesedihan yang tampak jelas di anak matanya.   “Sekiranya cikgu saya telah mengajar kami fakta-fakta mengenai penyakit ini. Saya mungkin tidak akan menjadi HIV positif pada hari ini jika saya telah mengetahui dengan lebih banyak.”

Membuat perkara yang betul melalui anak-anak muda

Kisah Tasha ini patut diambil sebagai pengajaran untuk kita semua yang terlibat di dalam pencegahan HIV. Untuk membuat perkara yang betul melalui anak-anak muda, kita mestilah memahami sebab-sebab utama mengapa mereka amat lemah dan terdedah kepada jangkitan HIV.

Peringkat dewasa merupakan masa yang amat menyeronokkan, tetapi ia juga merupakan masa yang amat membingungkan. Ia merupakan masa di mana perasaan-perasaan baru akan muncul, penemuan dan juga mencuba kelakuan dan juga hubungan-hubungan yang baru. Ia merupakan masa di mana anak-anak muda merasakan bahawa mereka perlu menguji batasan-batasan mereka dan mengenalpasti siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka boleh buat. Harapan telah diletakkan di atas bahu mereka dan juga kepada peranan yang dibawa oleh mereka, remaja mempunyai keperluan untuk diterima oleh keluarga, rakan-rakan sebaya dan juga masyarakat. Nasihat yang sering didapati adalah melalui rakan-rakan, di mana seringkali boleh membawa mereka ke jalan yang salah.

Pengalaman UNICEF di peringkat global telah membuktikan bahawa program-program pencegahan yang mensasarkan anak-anak muda boleh membantu memendekkan epidemik AIDS. Mengamalkan gaya hidup yang sihat di peringkat dewasa adalah amat penting untuk melindungi anak-anak muda agar mereka selamat dan ia adalah lebih mudah berbanding dengan mengubah tingkah-laku mereka yang berisiko kemudian hari.

Di Malaysia, UNICEF bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan di dalam mengambil langkah yang penting untuk memperkenalkan pendidikan HIV berdasarkan Kemahiran Hidup (LSBE) ke dalam sistem sekolah Malaysia. Di dalam program perintis yang dilaksanakan pada tahun 2005 dan 2006, guru-guru daripada 20 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di Kedah telah dilatih di dalam bidang perkembangan diri dan sosial beserta pencegahan masalah-masalah kesihatan dan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan HIV/AIDS yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 5,000 orang pelajar-pelajar di negeri ini. Dengan menunjukkan keberkesanan projek perintis ini di peringkat negeri, UNICEF akan menyokong pemeringkatan pendidikan HIV/AIDS di lain-lain negeri.

Melawan virus

Adalah diharapkan dengan komitmen yang diberikan oleh pihak Kerajaan, serta program-program yang dijalankan oleh pihak NGO, badan-badan organisasi keagamaan, pihak swasta dan media, akan berjaya menukarkan tren HIV di negara ini dan memyelamatkan lebih ramai anak-anak muda lain daripada dijangkiti.

Walaupun ia nampak agak terlambat untuk Tasha. Wanita muda ini bertekad untuk bangun mengatasi jangkitannya.
 
“Saya tidak akan membenarkan virus ini menang! Saya telah merasa murung apabila mengetahui bahawa saya ini positif. Tetapi saya mempunyai ibu bapa yang terbaik di dunia ini dan mereka telah menolong saya untuk mencari harapan yang baru,” kata Tasha dengan penuh semangat.

“Saya tahu yang keluarga saya dan mereka yang rapat dengan saya, kami telah menjadi semakin rapat semenjak beberapa tahun yang lepas. Saya juga telah mempelajari betapa pentingnya keyakinan diri kepada saya, dan juga impian saya. Saya akan menggunakan masa saya sepenuhnya dengan baik. Saya akan menjadi yang terbaik,” tambahnya dengan sinar anak mata yang bercahaya.  

* Nama telah ditukar untuk melindungi identiti remaja berkenaan.

* Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

.....................................................................................

Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD), diadakan setiap tahun pada hari Ahad yang ketiga di dalam bulan Mei, ia merupakan salah satu kempen yang dilaksanakan di lapangan untuk meningkatkan kesedaran terhadap HIV/AIDS di seluruh dunia. Kini berada di tahun yang ke-24, IAMD telah menjadi lebih daripada satu peringatan untuk mengingati mereka-mereka yang telah pergi disebabkan oleh AIDS. Ia juga memberikan peluang untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang HIV/AIDS, memberi maklumat kepada mereka yng membuat dasar tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghentikan penyakit ini, dan juga untuk mewujdkan dialog masyarakat tentang pencegahan, penjagaan dan juga rawatan.

 

 

 

 

Hari Memperingati AIDS Sedunia 2007

Ahad, 20 Mei 2007
Menerajui Jalan Ke Arah Dunia Tanpa AIDS

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Video

Wakil UNICEF Gaye Phillips mengulas mengenai kesan HIV dan AIDS di Malaysia. 

VIDEO   Min | Max


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children