HIV/AIDS

 

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak dan HIV/AIDS

© UNICEF 2007/Malaysia/Steve Nettleton
Kanak-kanak Malaysia menghabiskan kerja sekolah mereka di rumah istimewa untuk kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS

Kesan-kesan epidemik HIV dan AIDS telah mencapai lebih dari jangkauan di mana hak-hak yang didapati di dalam Konvensyen terhadap Hak-Hak Kanak-kanak kini amat berkait-rapat dengannya.

Empat prinsip-prinsip panduan:

Meneruskan kehidupan, perkembangan dan perlindungan
AIDS merupakan penyakit yang membawa maut, oleh itu dengan jelas sekali ia mengancam hak individu untuk meneruskan kehidupan dan berkembang ke arah yang lebih sihat. Menurut artikel 6 pihak kerajaan perlu melakukan segalanya untuk memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dan berkembang. Ini termasuklah memastikan kanak-kanak dan golongan muda mempunyai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran untuk melindungi diri dan orang-orang lain daripada HIV, juga terhadap rawatan, kaunseling dan penjagaan yang bersesuaian.

Tiada diskriminasi
Artikel 2 menyatakan bahawa hak-hak individu patut dilindungi tidak kira “keturunan, warna, jantina, bahasa, agama, politik ataupun lain-lain pendapat, warganegara, etnik atau asal sosial, harta, kecacatan, kelahiran atau status lain” termasuk seseorang yang telah dijangkiti  HIV positif. Tetapi disebabkan oleh kejahilan, ketakutan dan prasangka, kanak-kanak dan golongan muda yang mempunyai kedua ibubapa yang telah dijangkiti HIV, samada mereka sendiri telah dijangkiti dengan virus tersebut, seringkali menolak laluan kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan atau sosial, dan tidak termasuk di dalam kehidupan masyarakat. Kadangkala kanak-kanak yang dijangkiti HIV positif telah ditinggalkan oleh keluarga mereka, masyarakat dan komuniti.

Tambahan pula, diskriminasi terhadap mereka yang mempunyai HIV bukanlah satu-satunya diskriminasi yang berkaitan di sini. Dalam kebanyakan masyarakat, diskriminasi terhadap gender meletakkan kanak-kanak perempuan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Terdapat pelbagai sebab mengapa ini berlaku. Kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk mendapat pendidikan berbanding dengan kanak-kanak lelaki, oleh itu mereka mempunyai pengetahuan yang kurang tentang bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka daripada jangkitan. Walaupun kanak-kanak perempuan ini berada di sekolah, sikap atau budaya tradisi mungkin bermaksud mereka tidak diajar tentang seks atau lain-lain penyakit seperti AIDS yang tersebar dengan meluasnya melalui seks. Juga, kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk diberi tekanan untuk melakukan seks dan mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk mengawal dengan siapa, bila dan bagaimana mereka akan melakukan seks.

Melihat kepentingan yang terbaik untuk kanak-kanak
Meletakkan kepentingan kanak-kanak dahulu (artikel 3) juga berkait-rapat dengan HIV dan AIDS. Di kebanyakan negara, perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan HIV seperti ujian HIV, kaunseling, rawatan dan penjagaan sudah sehingga kini telah direka untuk orang dewasa, dan juga mungkin tidak mesra ataupun boleh didapati oleh anak-anak muda. Sebagai contoh, mereka mungkin mempunyai maklumat yang kurang yang berkaitan dengan remaja-remaja yang aktif secara seksual, mereka mungkin tidak mempunyai pemberi penjagaan kesihatan yang dilatih khas yang tahu bagaimana untuk membantu dan bercakap dengan anak-anak muda, atau mereka memerlukan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga mereka. Hasilnya, anak-anak muda ini mungkin tidak akan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini, yang menjadikan ia lebih sukar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan untuk mengekalkan kesihatan dan keselamatan diri mereka.

Penglibatan
Hak untuk meluahkan pendapat kanak-kanak dan golongan muda dan memastikan ianya diambil kira (artikel 12) juga berkaitan. Golongan ini mempunyai hak untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap HIV dan AIDS, untuk bersuara tentang kesannya terhadap kehidupan mereka, dan juga untuk melibatkan diri di dalam perkembangan dasar-dasar dan program-program HIV dan AIDS.

Prinsip penglibatan juga digunakan di dalam ujian HIV: Kanak-kanak dan golongan muda patut diberikan maklumat-maklumat yang diperlukan dan sekiranya mereka sudah dewasa mengikut undang-undang di setiap negara, mereka patut dibenarkan untuk memilih sendiri samada mereka mahu menjalani ujian HIV atau tidak.

Lain-lain Hak

 

 
Search:

 Email this article

unite for children