HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Perkhidmatan rawatan terapi HIV telah meningkat dengan ketara pada tahun 2006

Lebih daripada dua juta orang di negara-negara yang mempunyai pendapatan yang rendah dan sederhana kini telah menerima rawatan terapi HIV; Usaha-usaha mestilah dipertingkatkan secara mendadak untuk memastikan peningkatan laluan kepada perkhidmatan rawatan dan pencegahan HIV

LONDON, 17 April, 2007 –  Laluan kepada perkhidmatan rawatan terapi HIV untuk jangkitan HIV di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana masih terus meningkat sepanjang tahun 2006, dengan lebih daripada dua juta orang kini hidup dengan HIV/AIDS mendapat rawatan pada bulan Disember 2006, iaitu peningkatan sebanyak 54% berbanding dengan 1.3 juta orang yang mendapat rawatan setahun sebelumnya di negara-negara yang sama. Penemuan yang menggalakkan ini telah dinyatakan di dalam laporan yang baru, “Menuju ke arah lalaun universal: pemeringkatan intervensi-intervensi utama HIV/AIDS di dalam sektor kesihatan,” telah diterbitkan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Gabungan Program Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap HIV/AIDS (UNAIDS) dan UNICEF. 

Pada masa yang sama, walaubagaimanapun, laporan tersebut menyatakan beberapa kawasan utama yang memerlukan usaha-usaha untuk meningkatkan perkhidmatan adalah tidak mencukupi sekiranya matlamat secara global adalah untuk mencapai “laluan universal terhadap program-program pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan yang komprehensif” bagi HIV menjelang tahun 2010. Sebagai contoh, hanya 11% wanita-wanita mengandung yang HIV positif memerlukan rawatan antiretiroviral untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak (PMTCT) di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana kini menerima rawatan tersebut. Liputan global bagi ujian HIV dan kaunseling masih kekal berada di tahap yang kurang memuaskan, begitu juga dengan liputan intervensi-intervensi pencegahan dan rawatan bagi pengguna-pengguna dadah yang menyuntik. Dan walaupun negara-negara tersebut beriltizam untuk mencapai sasaran laluan universal sebelum akhir tahun 2006, hanya 90 peratus telah memberikan data terhadap sasaran ini pada tarikh tersebut.

“Usaha-usaha kerjasama daripada penyumbang-penyumbang, negara-negara yang menghadapi kesan, agensi-agensi PBB dan pihak penguatkuasa kesihatan awam telah memberikan kemajuan yang ketara dan berterusan di dalam memberi laluan kepada perkhidmatan HIV,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan. “Namun begitu, bagi setiap aspek, kita masih berada di peringkat awal komitmen ini. Kita memerlukan program-program kebangsaan yang komprehensif, lebih banyak gerakan di peringkat global, dan juga peningkatan kebertanggungjawaban sekiranya kita ingin berjaya."

Laluan kepada rawatan HIV

Laporan ini juga menunjukkan bahawa negara-negara di setiap benua di seluruh dunia kini sedang membuat kemajuan yang tinggi di dalam meningkatkan laluan kepada rawatan HIV.    Lebih daripada 1.3 juta orang di kawasan sub-Sahara Afrika telah menerima rawatan pada bulan Disember 2006, yang mewakili liputan sebanyak 28% mereka yang memerlukan rawatan berbanding hanya 2% pada tahun 2003. Liputan di negara-negara lain pula berbeza, daripada 6% di Afrika Utara dan di Timur Tengah, 15% di Eropah Timur dan Asia Tengah dan 72% di Amerika Latin dan Caribbean. Secara keseluruhan, sedang tren yang menggalakkan berterusan, hanya 28% daripada perangkaan seramai 7.1 juta orang yang memerlukan rawatan di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana kini telah menerimanya pada bulan Disember 2006.

Pembiayaan yang diberikan oleh Pelan Kecemasan untuk Bantuan AIDS Presiden Amerika Syarikat dan juga Dana Global untuk Menentang AIDS, Tuberkulosis dan Malaria telah membantu 1 265 000 individu-individu untuk menerima rawatan menjelang akhir tahun 2006. Harga-harga bagi kebanyakan rawatan ARV yang pertama telah menurun sebanyak 37% dan 53% di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana daripada tahun 2005 sehingga tahun 2006.

“Kemajuan yang amat ketara ini telah ditunjukkan di dalam laporan ini di mana peningkatan laluan kepada rawatan merupakan satu langkah yang positif untuk maju kehadapan bagi kebanyakan negara untuk mencapai matlamat mereka iaitu laluan universal bagi pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan terhadap HIV,” kata Dr Peter Piot, Pengarah Eksekutif bagi UNAIDS. “Walaubagaimanapun, data-data terbaru di dalam laporan ini juga menunjukkan bahawa perjalanan kita masih jauh,  lebih-lebih lagi di dalam penyebaran peruntukan yang meluas terhadap rawatan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak, yang masih kekal sebagai salah satu daripada kaedah pencegahan yang termurah dan mudah yang telah terbukti keberkesanannya,” tambah beliau.

Bilangan kanak-kanak yang telah menerima rawatan telah meningkat sebanyak 50% pada tahun lepas, tetapi pada dasar yang rendah. Pada bulan Disember 2006, hanya lebih kurang 115 500 (15%) orang kanak-kanak daripada perangkaan seramai 780 000 orang kanak-kanak yang memerlukan rawatan HIV mendapatnya. Menurut Pengarah HIV/AIDS WHO, Dr Kevin De Cock "keutamaan yang segera adalah untuk memperbaiki laluan rawatan HIV untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi di kawasan sub-Sahara Afrika, dan juga bagi pengguna-pengguna dadah yang menyuntik di serata dunia".  “Laluan kepada ujian HIV dan kaunseling, merupakan pintu masuk yang kritikal untuk perkhidmatan pencegahan dan juga rawatan, juga perlu di sebarkan dengan ketara sekiranya kita ingin mencapai sasaran-sasaran untuk laluan universal menjelang tahun 2010,"  tambah beliau.

“Kanak-kanak masih berterusan menjadi wajah-wajah yang hilang di dalam pandemik AIDS,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman, “masih terlalu ramai kanak-kanak yang tidak mendapat rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa mereka dan juga laluan kepada lain-lain perkhidmatan yang penting.” Pada tahun 2005, UNICEF, UNAIDS dan lain-lain rakan telah melancarkan kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS. Kempen ini mensasarkan empat isu utama: mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak; rawatan AIDS pediatrik; program-program pendidikan untuk pencegahan; dan juga sokongan untuk anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak yang terdedah dan lemah.

Cabaran-cabaran dan usulan-usulan

Antara usulan-usulan yang telah diberikan untuk memperbaiki maklumbalas AIDS secara global adalah seperti berikut:

Meningkatkan usaha-usaha  untuk memajukan pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit HIV di kalangan kanak-kanak. Sebagai tambahan kepada perlunya peningkatan laluan kepada rawatan, kemajuan di dalam pencegahan dan diagnosis HIV di kalangan kanak-kanak masih rendah dan kurang memuaskan. Cabaran-cabaran teknikal di dalam meningkatkan perkhidmatan untuk kanak-kanak pula telah bertambah. Pendekatan-pendekatan baru untuk menangani perkara-perkara ini, seperti memajukan diagnostik yang bersesuaian dan juga formulasi ubat pediatrik yang telah ditetapkan dosnya, perlu diterokai dan dipercepatkan.

Memperkenalkan pelbagai jenis strategi untuk meningkatkan pengetahuan tentang status HIV. Soal selidik di dua belas buah negara yang mempunyai kadar beban yang tinggi di sub-Sahara Afrika telah menunjukkan median sebanyak 12% bagi lelaki dan 10% bagi wanita di dalam populasi umum yang telah diuji untuk HIV dan telah menerima keputusannya. Sementara kaunseling dan ujian secara sukarela (VCT) yang dimulakan oleh klien membantu seseorang itu untuk mengetahui status mereka, ujian HIV yang dimulakan oleh pemberi khidmat (PITC) di dalam persekitaran penjagaan kesihatan kini mula timbul sebagai kunci strategi tambahan untuk meningkatkan laluan kepada perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan HIV. Keadaan-keadaan di mana ujian dan kaunseling diberikan mestilah diperbaiki untuk menghapuskan halangan-halangan yang menyebabkan orang ramai kurang mengambilnya, disebabkan oleh takut kepada stigma dan lain-lain reaksi negatif kepada pendedahan status seseorang.

Mempercepatkan pemeringkatan perkhidmatan-perkhidmatan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak (PMTCT). Lebih daripada 100 buah negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana telah menubuhkan program-program PMTCT, tetapi hanya tujuh buah negara yang telah mencapai 40% lebih ramai wanita-wanita mengandung yang HIV positif pada tahun 2005. Di sub-Sahara Afrika, di mana 85% wanita-wanita mengandung yang HIV positif menetap, liputan di negara-negara ini adalah di antara 1% sehingga 54%. Usaha-usaha yang kini sedang dilaksanakan untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak adalah masih jauh di bawah berbanding dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh PBB untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV di kalangan kanak-kanak sebanyak 50% menjelang tahun 2010. 

Meningkatan laluan kepada perkhidmatan-perkhidmatan untuk populasi yang mempunyai risiko yang tinggi, termasuklah pengguna-pengguna dadah yang menyuntik dan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki (MSM). Penggunaan dadah secara menyuntik merupakan cara penyebaran HIV yang utama di beberapa kawasan dan kini muncul sebagai satu kebimbangan di Afrika.  Perkhidmatan-perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan yang mencukupi mestilah diberikan kepada populasi ini sekiranya kesan yang nyata dapat dilihat terhadap penyebaran HIV. Munculnya penyebaran HIV dan lain-lain jangkitan melalui seks di kalangan MSM di negara-negara industri perlu dihalang, dan keperluan pencegahan MSM di negara-negara yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah dan sederhana perlu dibincangkan.

Melabur di dalam pencegahan untuk mereka yang hidup dengan mereka yang hidup dengan HIV boleh menjadi advokat yang kuat di dalam pencegahan HIV. Tindakan susulan yang lebih baik diperlukan untuk individu-individu yang telah diuji dengan HIV melalui pusat-pusat kaunseling dan ujian sukarela. Sektor kesihatan patut memberikan pelbagai jenis perkhidmatan dan intervensi untuk membantu mereka yang hidup dengan HIV/AIDS untuk memaksimumkan kesihatan mereka, mencegah jangkitan opportunistik dan jangkitan penyakit kelamin, mengurangkan kemudaratan yang berkaitan dengan penggunaan dadah secara menyuntik, dan mengelakkan daripada menjangkiti HIV kepada orang lain.

Memperbaiki laluan untuk mereka yang hidup dengan HIV/AIDS kepada perkhidmatan-perkhidmatan pencegahan TB, diagnostik dan rawatan.  Kebanyakan kes-kes TB boleh dicegah atau disembuh. Walaubagaimanapun, hampir satu juta orang yang kini hidup dengan HIV akan mendapat penyakit TB setiap tahun, membawa kepada hampir satu perempat juta kematian TB yang boleh dielakkan. Kurangnya pelaburan dan komitmen daripada ahli-ahli politik terhadap kawalan TB di kebanyakan negara yang mempunyai prevalensi HIV yang tinggi telah menyebabkan peningkatan insiden TB yang tinggi di kalangan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS dan telah menyumbang kepada penentangan terhadap ubat-ubatan TB. Timbulnya tuberkulosis yang menentang ubat-ubatan yang diberikan (XDR-TB) haruslah ditangani dengan segera melalui pengendalian dan juga perkhidmatan-perkhidmatan pencegahan, diagnostik, dan rawatan yang boleh didapati, dan melalui strategi-strategi kawalan jangkitan yang komprehensif.

Mengenalpasti berkhatan untuk lelaki sebagai salah satu intervensi pencegahan HIV tambahan yang penting. Data percubaan klinikal yang telah diadakan baru-baru ini  telah menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap risiko untuk dijangkiti HIV melalui hubungan heteroseksual di kalangan lelaki-lelaki yang telah berkhatan.  Pengkhatanan lelaki mungkin mempunyai kesan kesihatan awam di negara-negara di mana prevalensi HIV adalah tinggi, penyebaran jangkitan kebanyakannya adalah melalui hubungan keteroseksual, dan kadar pada lelaki yang telah berkhatan adalah rendah. Negara-negara ini patut memberi pertimbangan terhadap pemeringkatan laluan kepada perkhidmatan berkhatan untuk lelaki. Isu-isu utama di dalam melaksanakannya adalah termasuk perkhidmatan yang berkualiti dan selamat, memberi pertimbangan terhadap budaya, dan mengikuti prinsip-prinsip hak-hak kemanusiaan di dalam berkhatan untuk lelaki, termasuklah persetujuan setelah mendapat maklumat, sulit, dan ketiadaan paksaan.

Membincangkan isu-isu berkaitan pengekalan kewangan di dalam jangkamasa yang panjang. Isu-isu kewangan, lebih-lebih lagi yang merujuk kepada apa yang boleh didapati daripada sumber-sumber multilateral dan bilateral utama untuk jangkamasa yang panjang, masih terus memberi had di dalam skop dan kadar pemeringkatan di dalam kebanyakan negara dan mengancam pengekalan untuk jangkamasa yang panjang. Pada masa yang sama pengurangan di dalam harga regimen bagi rawatan pertama di negara-negara yang mempunyai sumber penadapatan yang rendah dan sederhana, dan permintaan untuk regimen-regimen bagi rawatan kedua yang lebih mahal pula akan terus meningkat. Pengekangan-pengekangan bajet mungkin akan membawa risiko kepada program-program rawatan, jika regimen-regimen rawatan kedua tidak turun secara mendadak.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 
Search:

 Email this article

unite for children