HIV/AIDS

AIDS di Malaysia

Respons UNICEF: 2005 – 2007

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS

Berita

Kehidupan benar

 

Malaysia berusaha untuk menghentikan jangkitan HIV daripada ibu kepada anak

© UNICEF 2007/Malaysia/Steve Nettleton
Kanak-kanak yang ditempatkan di rumah khas bagi mereka yang dijangkiti HIV dan AIDS di Malaysia sedang menghabiskan kerja sekolah mereka.

Oleh Steve Nettleton

KUALA LUMPUR / LANGKAWI, April 2007 – Puteri, 12 tahun, mengambil sebiji tablet berwarna oren dan memasukkanya ke dalam mulut. Dia terpaksa menelan air  sebanyak dua kali sebelum dapat menelannya. Dia kemudian mengerut muka, melihat ke dalam bekas kecil di tangannya yang mengandungi tiga biji pil lain yang pelbagai bentuk dan warna.

Memakan ubat bukanlah suatu kegemarannya sebagai salah satu rutin yang dilakukannya setiap hari, tetapi Puteri (bukan nama sebenarnya) tahu bahawa ia akan membuatnya rasa lebih sihat. Dia amat mengharapkan suatu hari dia tidak perlu mengambil pil-pil tersebut dan dapat mengubah rupa parasnya yang kini amat kurus kepada lebih sihat, seperti lain-lain anak gadis yang sebaya dengannya.

“Impian saya adalah untuk sembuh,” katanya.

Wanita dan kanak-kanak adalah berisiko

Puteri telah dilahirkan dengan HIV. Kedua ibubapanya telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang berkaitan dengan AIDS ketika dia masih kecil. Dia telah menetap bersama-sama dengan neneknya di negeri Kedah sehinggalah bulan Disember 2006, apabila kesihatannya yang sekian menjadi teruk memerlukan penjagaan pakar dan ia telah memakan terlalu banyak masa dan tenaga untuk neneknya, yang juga terpaksa menjaga lagi dua orang kakak Puteri yang juga sedang meningkat remaja.. 

Dia telah dimasukkan ke rumah khas yang terletak di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak yang telah dijangkiti HIV dan juga AIDS. Puteri mendapati agak sukar baginya untuk menyesuaikan diri.

“Kadangkala saya merasa takut dan bimbang. Saya tidak tahu mengapa,” kata Puteri. “Kadangkala saya merasa sedih. Saya sangat rindukan ibu dan ayah, saya sangat rindukan keluarga saya.”

Pendidikan dan rawatan ARV mencegah jangkitan

Seperti Puteri, terdapat 14 orang kanak-kanak perempuan dan lelaki di rumah ini yang telah kehilangan salah seorang ataupun kedua-dua ibubapa mereka kepada HIV/AIDS. Sebahagian daripada mereka telah ditinggalkan. Mereka semua telah menderita disebabkan oleh penyakit ini.

Mengikut perangkaan rasmi, terdapat sekurang-kurangya 1,000 orang kanak-kanak di Malaysia yang telah dijangkiti HIV, manakala kumpulan-kumpulan sokongan AIDS pula mengatakan bahawa masih terdapat beratus-ratus orang kanak-kanak yang HIV positif tetapi belum diuji. Wanita menyumbang sebahagian peratusan kes-kes HIV baru dan bilangannya semakin meningkat. Akibatnya, lebih ramai kanak-kanak dilahirkan dengan virus HIV.

© UNICEF 2007/Malaysia/Nadchatram
Siti, seorang ibu yang HIV positif dengan anak lelakinya yang HIV negative, kini berumur lima tahun, dan anak perempuannya yang berumur sembilan bulan, yang sehingga kini diuji HIV negatif atas hasil program PMTCT kerajaan yang diberikan secara percuma.

Ini merupakan suatu tren peningkatan yang tidak sepatutnya berterusan.

Malaysia telah meningkatkan usaha-usaha untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak. Di bawah program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita-wanita yang mengandung dan pada masa yang sama telah mendapatkan perkhidmatan di klinik-klinik kerajaan akan diuji untuk virus HIV dan bagi mereka yang didapati positif akan diberikan kaunseling selepas ujian dan juga rawatan ARV sepanjang kehamilan mereka.

Ibu-ibu yang terlibat di dalam program ini akan menerima rawatan ARV sepanjang hidup mereka. Bagi bayi-bayi baru dilahirkan pula akan diberikan rawatan dan juga ujian-ujian untuk HIV secara berterusan.

‘Ubat telah menyelamatkan bayi saya’

Siti (bukan nama sebenar), seorang ibu kepada lima orang anak kini menetap di pulau Langkawi, amat berharap agar program Kerajaan akan menyelamatkan anak-anaknya daripada HIV. Dijangkiti oleh suaminya, yang telah meninggal dunia pada bulan Januari lepas, Siti hanya mengetahui tentang virus tersebut apabila dia telah mengandung anak keempatnya, yang kini sudah pun berumur lima tahun.

“Apabila saya sedar yang saya HIV positif dan sedang mengandung, saya kehilangan semua harapan. Saya takut saya akan menjangkiti bayi saya dengan virus tersebut,” kata Siti. “Tetapi mereka di bahagian perubatan telah menerangkan kepada saya yang mereka akan memberi saya ubat untuk menyelamatkan bayi saya. Hanya selepas itu baru saya rasa gembira dengan kehidupan saya, apabila saya telah diberitahu yang harapan masih ada untuk mencegah bayi yang saya kandung daripada mendapat HIV.”

Dengan rawatan, bayi Siti telah dilahirkan bebas daripada virus HIV. Empat tahun kemudian, beliau telah mengandung sekali lagi dengan anak bongsunya. Kini berumur sembilan bulan, bayi perempuannya telah diuji negatif untuk HIV, tetapi hanya apabila bayi tersebut berumur dua tahun barulah para doktor dapat memastikan yang dia tidak dijangkiti.

Dengan memberikan lebih ramai wanita-wanita seperti Siti perkhidmatan rawatan, UNICEF dan Kerajaan Malaysia berharap agar bilangan kanak-kanak yang terpaksa membesar di rumah-rumah khas seperti ini dapat dikurangkan, sekaligus menghindari mereka daripada dibebani dengan penyakit dan juga stigma.

Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.

 

 

 

 

Video

Mac 2007:
Perutusan UNICEF, Steve Nettleton melaporkan tentang usaha-usaha di Malaysia untuk mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak.
 VIDEO max | min

Laporan video adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Video berkualiti untuk penyiaran berdasarkan permintaan daripada The Newsmarket.


Hari Kesihatan Sedunia 2007

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris.


Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Statistik AIDS di Malaysia

 


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children