eclipse menyumbang sebanyak RM150,000 untuk kempen “Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu menentang AIDS” UNICEF Malaysia
Oleh Indra Nadchatram KUALA LUMPUR, 15 Januari 2007 – En. Sonny San, seorang veteran asli di dalam industri fesyen dan pemasaran di Malaysia telah menggunakan kreativiti, minat dan idea-idea yang serba baru untuk kebaikan kanak-kanak di Malaysia. Apa yang dimulakan sebagai sebuah projek untuk Keraian Ulangtahun eclipse yang ke-10 telah bertukar dengan penuh gaya dalam masa sehari kepada kempen korporat, dengan En San meraih sumbangan sebanyak RM 150,000 (US$ 40,872) untuk kempen "Bersatu untuk Kanak-Kanak, Bersatu Menentang AIDS" UNICEF Malaysia, melebihi jumlah yang telah dijanjikan pada permulaan iaitu sebanyak RM 100,000. “UNICEF Malaysia amat berterima kasih kepada En Sonny San dan rakan-rakan di eclipse di atas dedikasi, galakan dan usaha-usaha kreatif mereka di dalam mengetengahkan isu HIV/AIDS terhadap kanak-kanak dengan menggunakan fesyen sebagai platform di mana ianya boleh dilihat dan dihargai oleh orang ramai. eclipse telah menggunakan gaya yang positif di dalam fesyen untuk meraih sumbangan yang amat diperlukan untuk UNICEF di dalam perjuangan menentang stigma dan diskriminasi yang masih terus menjadi cabaran kepada usaha-usaha untuk mencegah dan merawat HIV/AIDS,” kata Cik Gaye Phillips, Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas UNICEF ke Singapura dan Brunei. Sumbangan En San yang amat bermurah hati sangat-sangat diperlukan pada masa di mana kes-kes HIV di negara ini semakin meningkat. Malaysia telah merekodkan lebih daripada 74,000 kes-kes HIV sejak pertama kali ia dikesan pada tahun 1986. Jangkitan-jangkitan yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun di negara ini dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Hampir empat puluh peratus daripada kes-kes HIV di Malaysia berlaku pada mereka yang berumur kurang daripada 29 tahun. Kurangnya pengetahuan mengenai HIV adalah salah satu sebab mengapa epidemik ini tersebar dengan meluas dan ia berkait dengan stigma dan diskriminasi. Sensitif terhadap budaya masyarakat selalu mencegah perbincangan tentang subjek ini secara terbuka. Kesenyapan, tiada pengetahuan dan tidak sedar akan bahaya merupakan halangan-halangan yang utama di dalam perjuangan mencegah penyebaran HIV/AIDS. Meraih sumbangan dengan penuh gaya
Kempen yang penuh gaya ini telah dimulakan pada 1 September 2006 dengan “Keinginan: Parti Fesyen” telah diadakan bersama-sama dengan Motorola. Majlis ini telah mengetengahkan koleksi LUXE oleh En Sonny San buat pertama kalinya dan juga lelongan koleksi eclipse "Allure setelah 10 tahun" – membawa kembali 10 rekaan fesyen yang terutama yang telah dipilih dalam masa sedekad yang telah berlalu. Sokongan juga diberi oleh Motorola kepada UNICEF Malaysia, yang telah menaja enam telefon bimbit MOTORAZR V3i Swarovski yang telah direka khas. Kesemua pembelian daripada lelongan tersebut telah disalurkan kepada UNICEF Malaysia. Menyokong En San di dalam kempen ini adalah tiga orang pereka fesyen yang ternama di Malaysia, Datuk Tom Abang Saufi, Khoon Hooi dan Gillian Hung yang telah bersama-sama mereka edisi terhad ekslusif koleksi kasut dan beg tangan “Direka untuk eclipse, Pereka bersatu untuk UNICEF” (Designed for eclipse, Designers unite for UNICEF) di mana ia telah ditaja sepenuhnya oleh eclipse. Daripada 1 September sehingga 30 November 2006, 100% daripada jualan koleksi “Direka untuk eclipse” telah disalurkan sepenuhnya kepada kempen UNICEF Malaysia “Bersatu untuk Kanak-Kanak, Bersatu Menentang AIDS”. Eclipse telah memaksimumkan kempen tersebut dengan memasukkan sekali unsur-unsur pendidikan dan juga kesedaran. Melalui campuran kreatif media cetakan dan elektronik serta promosi-promosi melalui kedai dan jenama, eclipse telah berjaya mencapai dan mempromosikan kempen "Bersatu untuk Kanak-Kanak, Bersatu Menentang AIDS" kepada hampir 2 juta orang rakyat Malaysia. Berjuang untuk Kanak-Kanak “Kami amat yakin bahawa orang ramai akan keluar untuk memberi sokongan kepada fesyen yang mempunyai tujuan, tetapi kami amat gembira apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Saya juga berasa amat puas hati bahawa rakyat Malaysia yang bermurah hati dan ingin memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik dan saya berharap agar mereka kini lebih sedar tentang perjuangan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak pada masa kini, walaupun di dalam negara kita sendiri” kata Sonny San, pengasas eclipse, Pengarah Pengurusan dan Ketua Pereka. Melihat ke masa hadapan, En San percaya bahawa ia adalah penting bagi eclipse, sebagai sebuah korporat, untuk meneruskan usaha-usahanya di dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia. "Dengan laporan-laporan yang mengatakan keganasan terhadap kanak-kanak serta HIV dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat, ia adalah amat penting untuk meningkatkan lagi kempen-kempen kesedaran dan eclipse akan terus memainkan peranannya untuk menerajui tujuan ini," tambah pereka yang baik hati ini. Penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS Menentang HIV/AIDS di Malaysia Designed for eclipse, Designers unite for UNICEF
15 January 2007: 13 December 2006: 2 September 2006: 1 July 2006: |