HIV/AIDS

 

Panggilan untuk bertindak

Kempen Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS memanggil setiap organisasi di seluruh dunia untuk bersama-sama meletakkan penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak, remaja dan anak-anak muda di tengah-tengah agenda HIV/AIDS. Terutama sekali, kempen ini bekerja untuk:

Menggerakkan sumber-sumber. Kempen ini akan memberi tekanan untuk meningkatkan lagi dana seluruh dunia untuk AIDS, di mana sebahagian daripada dana ini akan digunakan untuk kanak-kanak di mana penyakit ini telah memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Menanam tanggungjawab sosial korporat. Kempen ini akan melobi kepada kesemua korporat-korporat yang beroperasi di negara-negara yang mempunyai prevalensi yang tinggi untuk membangunkan polisi-polisi tanggungjawab sosial untuk para pekerja, keluarga mereka dan juga masyarakat di mana mereka bertempat, kerana ia secara tidak langsung akan melindungi kanak-kanak.

Beralih menuju kepada rawatan antiretroviral universal. Kempen ini menyediakan platform untuk meneruskan dan juga meningkatkan advokasi untuk menambahkan kajian perubatan dan pembangunan formulasi pediatrik oleh kerajaan-kerajaan, isntitusi akademik dan juga syarikat-syarikat perubatan daripada kedua-dua buah negara yang kaya dan juga miskin.

Mengurangkan harga rawatan dan juga ujian bagi kanak-kanak.

Bekerja untuk melupuskan bayaran persekolahan. Kempen ini akan menyediakan platform untuk meneruskan advokasi bagi institusi kewangan antarabangsa memberi kesemua sokongan yang mampu di dalam melupuskan bayaran tersebut dan memastikan semua kanak-kanak mempunyai peluang untuk ke sekolah.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web global Bersatu untuk Kanak-kanak, Bersatu Menentang AIDS Tindakan-tindakan Utama.

..............................................................................................

  Kanak-kanak adalah wajah AIDS yang hilang

  10 fakta-fakta asas tentang HIV dan AIDS

  Kesan AIDS terhadap kanak-kanak

  Objektif-objektif Kempen

  Panggilan untuk bertindak

  Apa yang anda boleh lakukan

  Menghadapi cabaran melalui perkongsian

 

 

 

 

Bersatu untuk kanak-kanak, Bersatu menentang HIV/AIDS

Belajarilah bagaimana!

Pelancaran kempen di Malaysia *

* Laman web di dalam Bahasa Inggeris


Menentang HIV/AIDS di Malaysia

Search:

 Email this article

unite for children